Jika dilihat situasi dunia pada hari ini, memberikan
gambaran bagaimana ekonomi global yang terdedah dengan risiko ketidaktentuan
geoplitik dunia yang dipengaruhi oleh US telah menyebabkan harga emas terdedah
kepada risiko kenaikan harga emas yang lebih tinggi dan cepat dari jangkaan
serta spekulasi-spekulasi lain yang membantu menaikann harga emas padi hari
ini. Jadi pada pandangan saya adalah tidak mustahil dipenghujung akhir tahun
2026 ni harga emas mungkin boleh mencecah hampir RM700 segram.
Konflik geopolitik dunia sekarang dilihat merupakan faktor
utama yang mempengaruhi pasaran emas melonjak untuk tahun 2026 dan tahun2 yang
mendatang. Ini kerana kemungkinan besar pelabur akan beralih arah dari
pelaburan saham ke pelaburan yang lebih selamat iaitu emas. Selain itu kadar
inflasi yang dijangka meningkat naik dan tinggi
juga akan melonjakka pasaran emas kerana permintaan emas dijangka akan
meningkat akibat emas dilihat kalis inflasi berbanding asset lain. DI samping itu
perubahan nilai wang utama dunia iaitu USD yang menjadi rujukan matawang negara
lain akan turut secara langsung mempnegaruhi lonjakan pasaran emas jika nilai
USD menjadi lemah berbanding dengan mata wang negara lain. Selain itu jika
kadar faedah dijangka meningkat ini tidak akan melonjakkan pasaran emas kerana
kemungkinan terdapat asset lain yang jauh lebih berbaloi berbanding emas
seperti bon dan sukuk.
Untuk pelabur kecil, langkah yang paling bijak jika ingin
terlibat dengan emas adalah dengan mempelbagaikan kaedah dan cara pemilikan
emas ini. Pilih langkah yang paling selamat, senang dan menjimatkan seperti membuka
akaun simpanan emas. Kemudian pelabur kecil juga boleh mula melakukan pelaburan
emas dalam bentuk emas fizikal dalam kuantiti yang kecil mengikut kemampuan
supaya di kemudian hari emas ini senang dicairkan bagi mendapatkan tunai secara
segera jika berlaku keadaan yang mendesak.
Masa terbaik untuk membeli atau menbuat pelaburan emas
adalah fleksibel iaitu semakin cepat seseorang itu melabur untuk memiliki emas,
maka semakin tinggi mereka untuk medapat pulangan yang tinggi dan semakin lewat
seseorang itu melabur kepada emas maka semakin kurang kadar pulangan yang akan
diperolehi. Dalam erti kata lain emas itu bergantung kepada tempoh masa
pemilikan emas. Ini kerana harga emas sejak mutahir ini secara purata sentiasa
menunjukkan peningkatan setiap tahun dan pemilikan emas di waktu yang muda atau
awal akan memberikan pulangan yang tinggi. Walaupun emas mempunyai hubungan
langsung dengan kadar USD, inflasi, kadar faedah dan beberapa lagi faktor,
namun trend penurunan emas adalah amat jarang berlaku.
No comments:
Post a Comment