Saturday 21 November 2015

KONVENSYEN KEBANGSAAN KEUSAHAWANAN ISLAM NCIE 2015

Alhamdulillah, pada 17 hingga 19 November di Dewan Dato Mohd Shahir, Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi telah berlangsung Konvensyen Kebangsaan Keusahawanan Islam 2015 (NCiE). Konvensyen ini julung-julung kalinya diadakan di ILIM. Konvensyen ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Pelajar ICEPS 11 dengan kerjasama ILIM dan MAIWP serta PPZ.


Sebanyak 20 kertas kerja dibentangkan sepanjang 3 hari program. Konvensyen ini berjaya menarik pembentang-pembentang yang terdiri daripada usahawan muda Islam, ahli akademik, warga pendidik, usahawan Muslim, institusi-institusi agama dan juga ramai lagi. Bertemakan Ukhrawi dan Duniawi; Revolusi Usahawan Muslim, beberapa tokoh agama turut hadir membentangkan kertas kerja yang berkisar keusahawanan Islam antaranya Pengerusi Baitulmal Wilayah Persekutuan, Pengerusi Pusat Zakat Wilayah Persekutuan, Penolong Pengarah Bahagian Hub Halal JAKIM dan beberapa lagi tokoh lain.

Konvensyen ini telah dirasmikan oleh KP JAKIM yang diwakili oleh Timbalan Ketua Pengarah iaitu Hj Zainal. Turut hadir Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa USIM, Prof Dr. Zulkepli.Hasil daripada konvensyen kebangsaan ini, satu resolusi terlah dibuat iaitu usahawan Muslim perlu mempunyai prinsip-prinsip dan etika Islam dalam berniaga serta meletakkan objektif job creater untuk masyarakat sebagai matlamat utama mereka dan bukan job seeker.