Friday, 17 July 2026

Budaya suka berhutang semakin menular kepada masyarakat Malaysia khususnya golongan muda ?

 Ya, jumlah peningkatan pendaftaran akaun BNPL yang mencecah 8 juta orang pada suku pertama 2026 menunjukkan budaya berhutang semakin menular kepada masyarakat Malaysia khususnya golongan muda dan sesuatu perlu dilakukan oleh kerajaan suapaya budaya hutang ini merupakan sesuatu yang bermanfaat dalam jangka masa pendek dan bukan sesuautu yang bermanfaat untuk jangka masa panjang dan ia perlu dipantau diberi panduan supaya penyalahgunaan BNPL oleh generasi muda akan membunuh kesejahteraan kehidupan mereka di masa hadapan. Jesteru itu petunjuk kepada ‘hobi berhutang’ generasi muda dapat dibahagikan kepada dua faktor iaitu dalaman dan luaran. Faktor dalaman adalah sikap diri sendiri generasi muda yang tidak ada kesedaran dan ilmu tentang perancangan kewangan isi rumah menjerumuskan mereka kepada budaya suka berhutang. Selain itu sikap ingin bergaya dan menunjuk-nunjuk kepada orang sekeliling menjadi pendorong kepada budaya hutang ini. Di samping itu perasaan seronok ingin memenuhi kepuasan yang maksimum dengan cara yang mudah dan cepat turut menjadi pemangkin kepada hobi generasi muda berhutang. Manakala faktor luaran pula adalah seperti tekanan kos sara hidup menyebabkan generasi muda tidak mempunyai pilihan lain bagi membolehkan mereka hidup sejahtera melainkan dengan cara berhutang yang berpaksikan kepada keupayaan pendapatan boleh guna mereka. Selain itu tarikan dan promosi yang menarik dan mengujakan oleh pihak pengendali BNPL menyebabakan generasi mudah mudah membuat keputusan untuk terus menjadikan budaya hutang sebagai jalan pintas untuk mendapat sesuatu dengan cara mudah dan cepat tanpa memikirkan implikasi di sebaliknya khususnya dalam jangka masa yang panjang.

Implikasi yang nyata adalah ia akan menyebakan kadar hutang isi rumah khususnya golongan muda yang baru ingin membina kerjaya dan keluarga akan membengkak dan meningkat naik serta akan menjejaskan kesejahteraan hidup mereka bagi membentuk keluarga yang sejahtera. Selain itu, keupayaan golongan muda untuk memenuhi perbelanjaan asas yang penting seperti rumah kediaman dan medical card,simpanan dan sedikit pelaburan tidak mampu dilaksanakan disebabkan kadar bayaran hutang yang tinggi dan tiada lebihan pendapatan. Yang lebih merisaukan adalah ia mungkin menjadi faktor utama yang menyumbang kepada golongan muda terjebak dengan status muflis akibat kegagalan membayar hutang yang begitu banyak. Ini akhirnya akan membawa kepada peluang kepada pinjaman kepada pihak ketiga yang sangat merbahaya iaitu ah long yang akhirnya ini semua akan memerangkap golongan muda di awal usia mereka.

Kepentingan BNPL berlesen di bawah Suruhanjaya Kredit Pengguna (SKP) ini sangat penting kerana ia dilihat mampu melindungi pengguna daripada dimanipulasi oleh pengendali BNPL yang hanya memengtingkan keuntungan semata-mata tanpa melihat kesan jangka masa panjang kepaa pengguna. Ini penting supaya pengguna kelak tidak dibebani hutang yang tidak perlu dan terlampau besar sehingga menggugat kepuayaan kewangan pengguna yang boleh menjurus mereka kpd status miskin bandar. Jesteru itu melalu SKP ini tatakelola yang ditawarkan melalui BNPL dapat dipantau dan mesti mematuhi garis panduan yang akan ditetapkan oleh SKP khususnya berkaitan kelayakan pengguna yang ingin menggunakan BNPL, caj keuntungan BNPL dan caj faedah BNPL sebagainya lagi.

Islam mengharuskan kita untuk berhutang tetapi mesti berusaha sedaya upaya menyelesaikan hutang tersebut selagi masih hidup sehingga pengagihan harta si mati tidak boleh faraidkan lagi sekiranya belum lagi dilangsaikan segala hutang-hutang semasa hidupnya.

MFi@chegar

Wednesday, 8 July 2026

Adakah formula bahagikan gaji bulanan kepada 50:30:20(50 % untuk keperluan, 30% kehendak & 20% simpanan) sesuai digunakan untuk semua pasangan baharu dengan semua level gaji?

Formula ini tidak sesuai digunakan untuk pasangan yang baru berkahwin ataupun pasangan sedia ada kerana cabaran hidup masa kini jauh lebih mencabar berbanding zaman dahulu dan juga kos sara hidup yang semakin meningkat yang akhirnya mengcengkam kuasa pembeli masyarakat khususnya pasangan muda yang ingin dan baru berkahwin serta baru memasuki alam pekerjaan. Jesteru itu saya berpandangan formula yang sebenar dan konsisten adalah 60% untuk keperluan dan kesejahteraan hidup, 20% untuk kehendak dan keselesaan, 10% untuk pelaburan dan 10% simpanan. 60% untuk keperluan dan kesejahteraan hidup merangkumi keperluaan makanan dan minuman, rumah dan kenderaan serta kesihatan serta pendidikan (memenuhi Maqasid Syariah). Manakala 20% untuk kehendak dan keselesaan adalah merujuk kepada kehendak manusia yang memerlukan ganjaran untuk diri sendiri dan pasangan yang mampu menjadikan hidup mereka lebih ceria, akrab, rapat dan bahagia serta mampu menghilangkan tekanan seperti membeli belah, berkelah dan melancong. Walapun pasangan ini masih muda, mereka juga perlu ada simpanan sekurang-kurangnya 10% untuk jangka masa pendek dan panjang yg merangkumi simpanan di LTH, ASBi, KWSP dan beberapa lagi. Bagi memastikan pasangan ini mempunyai sesuatu asset yang mampu memberi dan meningkatkan kualiti hidup di masa panjang maka 10% gaji perlu diperuntukan kepada pelaburan sama ada dlm bentuk emas fizikal, emas hiasan, pelaburan SSPN dan pelaburan lain yang sah. Formula ini sesuai untuk pasangan muda kerana mereka mempunyai komitmen yang masih lagi rendah dan peluang untuk melabur dan menyimpan adalah tinggi.

Kaedah terbaik untuk pasangan baru uruskan perbelanjaan mereka adalah dengan mengutamakan perbelanjaan yang bersifat keperluan dahulu berbanding kehendak mereka yang mungkin dominan dengan pelbagai citarasa yang akhirnya menyebabkan berlaku ketirisan jika tidak dikawal. Selain itu menjadi keutamaan pasangan baru untuk mencuba memiliki rumah sendiri walaupun murah dan kecil berbanding memiliki asset baru tetapi mengalami susut nilai yg banyak setiap tahun seperti membeli kereta berjenama dan di luar kemampuan. Pasangan muda mudi perlu elak dari sikap suka menunjuk-nunjuk dan bersaing untuk menunjukkan kemewahan sehingga akhirnya mebebankan kewangan pasangan muda. Yang mustahak adalah elak menjadikan medium BNPL ( Buy Now Pay Later) sebagai kaedah utama untuk mendapatkan barangan dengan cepat dan mudah tetapi membayar dengan kos yang paling minimum kerana dikhuatiri BNPL akan menjerat psangan muda mudi dalam tempoh masa jangka masa panjang. Elak menggunakan kad kredit terhadap barangan yang tidak perlu dan diluar kemampuan membayar balik hutang mereka. Disarankan agar si isteri menjadi pengurus dan pemegang wang dalam rumah tangga pasangan muda berbanding suami supaya pendapatan mereka lebih selamat dan mempunyai lebihan serta tidak boros dan bocor.

MFi@chegar