Pada hemat saya pendedahan RCI TH sangat
bermakna dan memberi impak yang sangat besar bukan sahaja kepada pengurusan LTH
itu sendiri tetapi juga pihak lain termasuk JAN, BNM, MOF, dan juga kerajaan.
Isu ini bukan sesuatu yang boleh dipandang remeh dan sebelah mata sahaja
sebaliknya perlu perlu dihadam dan diteliti satu persatu oleh kerajaan supaya
tidak berulang di masa hadapan. Para pendeposit TH khususnya masyarakat Islam
sangat sensitive dengan apa sahaja yang berkaitan isu yg boleh mencemarkan TH kerana TH merupakan
satu institusi Islam yang paling dipercayai oleh masyarakat Islam dan sangat bersih
kerana TH hanya bermotifkan untuk membantu masyarakat Islam menabung bagi
menunaikan haji dan juga membantu menguruskan msyarakat Islam menunaikan haji
secara selamat dan terancang. Jadi isu pendedahan RCI TH telah memberi satu
kejutan yang sangat besar dan parah kepada para penyimpan LTH apabila banyak
kesalahan tatakelola oleh mereka yang diamanahkan menguruskan LTH. Kesalahan
ini telah memberi kesan rantaian yang panjang kepada kedudukan kewangan TH sehingga
pelbagai asset TH terpaksa dijual dan distrukturkan semula demi menyelamatkan
TH. Yang paling menyedihkan adalah dan menjadi persoalan adalah laporan RCI TH
kenapa dikeluarkan terlalu lewat sehingga mereka yang terlibat masih belum ada
sebarang tindakan susulan. Kerugian LTH sebanyak RM10 bilion sejak 2014 hingga
2018 bukan sahaja menunjukkan kelemahan pengurusan LTH dari aspek tatakelola,
pematuhan undang-undang, kepimpinan, pelaburan dan perakauan LTH tetapi juga
menunjukkan tentang pembaziran yang terpaksa ditanggung oleh LTH bagi menampung
kerugian tersebut. Yang paling ketara dan mustahak adalah perlantikan orang
kepentingan politik menjadi peneraju utama LTH turut menjadi antara penyumpang
utama kepada berlakunya isu ini.

Sekiranya kerugian LTH sebanyak RM10 bilion
sejak 2014 hingga 2020 jika dihisab secara purata, ia sebenarnya mampu memberi
berita gembira kepada masyarakat Islam di Malaysia khususnya yang terdiri
daripada B40 yang ingin menunaikan haji. Ini kerana dengan andaian kos haji golongan
B40 sebanyak rm10,980 seorang, dijangka seramai 970,747 orang golongan B40
mampu pergi umrah secara percuma dalam tempoh 25 tahun dengan purata 36 429
orang setahun. Jumlah ini sudah mewakili 10% kuota yang diberikan kerajaan arab
saudi kepada Malaysia berdasarkan daripada jumlah penduduk Malaysia sekitar 34
juta orang. Ini merupakan satu angka yang sangat besar dan impaknya sangat
panjang sehingga mencecah 25 tahun bagi tajaan haji secara percuma utk golongan
b40 mampu dilaksanakan oleh LTH.
Laporan RCI Tabung Haji menunjukkan terdapat keuntungan
melampau yang sebenarnya merupakan deficit sehinggakan telah menganggu
keupayaan Tabung Haji untuk menanggung subsidi sepatutnya untuk rakyat. Bagi memastikan TH mendapatkan kembali keyakinan masyarakat
Islam di Malaysia, kerajaan perlu:
a. 1.Menyahkan lantikan orang politik dalam struktur
pengurusan tertinggi LTH
b. 2.Melantik Menteri agama yang hanya mempunyai
belakangkan bidang agama dengan ekonomi Islam, atau kewangan Islam atau
perbankan Islam.
c. 3.Pemberian bonus kakitangan bawahan hingga
pengurusan tertinggi yang melebihi 6 bulan perlu mendapat kelulusan dari
Menteri agama
d. 4.Skim simpanan haji yang lebih realistik dengan
mengambil kira reality ekonomi dunia di masa hadapan
e. 5.Melantik
orang yang pakar dan berpengalaman serta mempunyai latarbelakang industry dalam
anak syarikat LTH dan elak lantikan politik dalam anak syarikat LTH
f. 6.Melarang lantikan pengurusan tertinggi LTH dalam
mana-mana anak syarikat LTH
g. 7.Pemberian hibah yang kompetitif kepada
pendeposit TH
h. 8.Membawa kembali wang TH ke dalam rizab TH yang
diberikan kepada pengurusan LTH sebelum ini secara tidak beretika sepanjang
2014-2020.
i. 9. Melaksanakan hukuman kepada mereka yang terbukti
bersalah menyeleweng dan cuba
memanipulasi data dan dokumen serta keputusan yang menyebabkan LTH rugi dari
2014-2018.
Rakyat telah memberi reaksi yang sangat hampa
dan marah berdasarkan pendedahan RCI TH ini. Ini kerana rakyat merasakan
simpanan mereka untuk menunaikan haji telah dimanipulasi dan diseleweng oleh
pihak tertentu dengan beberapa cara demi mengaut keuntungan dan meraih
populariti masyarakat yang akhirnya
telah menjerut keseluruhan operasi institusi Islam tertua di Malasysia ini.
Justeru itu pengajaran yang diperolehi dari permasalahan TH ini adalah
pengurusan tertinggi TH perlu berpijak di bumi yang nyata dengan mengakui
kerugian dan kelemahan pengurusan TH sehinggga terpaksa memberikan kadar hibah
yang rendah. Masyarakat Islam akan faham dan menerima keadaan ini tanpa perlu
memperjudikan LTH dengan menawarkan kadar hibah yg tinggi kepada pendeposit demi
meraih undi masyarakat tetapi hakikatnya liabliti TH lebih tinggi daripada
asset TH. Ini yang sebenarnya menjadi punca kerosakan LTH di masa akan datang
dan ia wajib diperbetulkan. Masyarakat perlu juga faham bahawa LTH bukan macam
bank yang mementingkan keuntungan dalam setiap produk yg ditawarkan kepada
pelanggan sebaliknya LTH hanya membantu menguruskan tabungan untuk menunaikan
haji dan membantu masyarakat Islam menunaikana haji secara sistematik dan
selamat. Jadi jka masyarakat faham, maka pemberian hibah yg rendah kepada pendeposit
LTH tidak menjadi isu kerana hibah hanyalah aksesori kepada simpanan di LTH dan
bukan keutamaan penyimpan pendeposit di LTH.
Terdapat beberapa cadangan daripada RCI termasuk
menjalankan audit forensik terhadap pelaburan yang dibuat oleh LTH terutamanya
yang merugikan. Selain mengawal pemberian bonus melampau termasuk bonus
istimewa yang dilihat tidak mengikut peraturan, langkah-langkah yang sepatutnya boleh ditambah baik oleh
kerajaan adalah dengan memastikan apa yg telah dicadangkan oleh RCI TH
dikuatkuasakan ke atas institusi LTH. Mungkin sudah sampai masanya satu
keputusan berani dan berwibawa perlu dilakukan oleh kerajaan sekarang demi
kelangsungan LTH iaitu dengan menggubal akta tabung haji 1955 melalui
menguatkuasakan akta TH yang melarang lantikan orang politik dalam struktur
pengurusan tertinggi LTH. Selain itu Menteri agama yang diberi kepercayaan
untuk memantau TH tidak boleh dilantik di kalangan mereka yg hanya tahu bidang
agama semata-mata sebaliknya mesti terdiri dari mereka yang mempunyai
latarbelakang agama dengan displin ilmu yg lain iaitu perbankan dan kewangan
Islam. Satu pasukan forensic dan audit berkaliber perlu diwujudkan oleh LTH
bagi membolehkan laporan kewangan LTH sentiasa valid dan mematuhi peraturan.
Langkah yang boleh diambil oleh PDRM dan peguam negara
dengan Kerjasama SPRM adalah membuka kembali kes siasatan ke atas isu kerugian
LTH bermula dari 2014 sehingga 2020. Jika terbukti wujudnya kepincangan dan
kesalahan tatakelola secara sengaja dari sudut kepimpinan dan membuat
keputusan, melanggar dan ingkar arahan, peracangan pelaburan, etika perakaunan,
manipulasi data, dokumen palsu serta mempunyai unsur-unsur kepentingan
sekumpulan tertentu bagi meraih keuntungan dengan cara mudah dan senang maka
tindakan hukuman sewajarnya perlu diambil dengan berat supaya kejadian seperti
ini tidak akan berulang lagi di masa hadapan kerana krisis ini sebenarnya telah
menghakis tahap keyakianan dan kepercayaan masyarakat Islam untuk menyimpan
wang di LTH bagi menunaikan haji. Oleh itu kerajaan perlu berusaha mengembalikan
lagi kepercayaan orang ramai untuk terus menyimpan di LTH dengan berusaha
mendapatkan kembali kerugian RM10 bilion dengan apa jua cara daripada mereka
yang bertanggungjawab dgn kerjasama SPRM, PDRM dan Peguam negara. Ini tidak
mustahil kerana melalui pengalaman kes 1MDB kerajaan Malaysia telah berjaya
memperolehi sebahagian wang tersebut. Selain itu mereka yag terpalit dan
didapati bersalah dengan isu RC TH ini juga perlu disenaraikan sebagai mereka
yang tidak boleh terlibat dan dilantik dengan mana2 syarikat GLC, GLiC atau
agensi di bawah kerajaan di masa akan untuk selamanya.
MFi@chegar