Thursday 15 December 2016

Ibra' VS Muqasah



Ibra'= Memberikan hak. Dalam urus niaga komersial, pemiutang memberikan sebahagian atau semua haknya kepada penghutang, biasanya untuk penyelesaian awal hutang itu. Beberapa cendekiawan (fuqaha) berpendapat bahawa Ibra’ adalah serupa dengan rebat.

Muqasah=Penyelesaian hutang mengikut urus niaga kontrak

Gambaran Umum Pembiayaan Dalam Sistem Bank

Bank Mofaisib Islam Malaysia
Perkhidmatan ini disediakan untuk memenuhi keperluan pelanggan yang ingin membeli atau membina rumah kediaman, rumah kedai, lot tanah perumahan dan juga pengubahsuaian serta baik pulih rumah kediaman. Ia terbuka kepada pemohon warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas tetapi tidak melebihi umur 65 tahun di akhir tempoh tamat pembayaran pembiayaan. Skim ini agak istimewa kerana ia mebolehkan pelanggan membuat bayaran balik pembiayaan dalam tempoh yang agak lama iaitu sehingga 30 tahun. Tujuannya untuk memberi kemudahan kepada pembeli yang tidak mampu membuat bayaran tunai.

Pada asasnya produk ini berasaskan konsep perbankan bayc bi thaman ajil (BBA).
Konsep BBA ini seara umumnya sama dengan murabahah, kecuali BBA untuk pembiayaan bagi tempoh yang lebih panjang, biasanya melebihi 12 bulan. BBA membolehkan pembelian sesuatu barangan dengan bayaran ditangguhkan sehingga ke suatu masa yang ditetapkan dengan bayaran secara beransur-ansur. Pembiayaan ini melibatkan prosedur berikut:

1) bank akan membeli asset yang dikehendaki oleh pelanggan
2) bank kemudiannya menjual asset tersebut kepada pelanggan pada harga yang meliputi kos asal aset( harga belian yang telah dibayar oleh bank) dan tambahan untung bagi bank
3) pelanggan bersetuju membeli aset tersebut dan membuat pembayaran secara ansuran selama tempoh masa yang ditetapkan

Contohnya seorang pelanggan Bank Mofaisib bernama Encik Tufail ingin membeli sebuah rumah kediaman dengan menggunakan kontrak BBA, Bank Mofaisib akan membeli rumah tersebut( katakan pada harga RM100,000) kemudian pihak bank akan menjualkan kembali rumah tersebut kepada Encik Tufail dengan harga tertangguh sebanyak RM180,000. Harga ini berdasarkan harga asal rumah (RM100,000) dan juga margin keuntungan sebanyak RM80,000. Encik Tufail akan membayar balik jumlah RM180,000 ini dalam tempoh 15 tahun (180 bulan) sebanyak RM1000 sebulan. Justeru itu, dalam tempoh 180 bulan tersebut Encik Tufail dikehendaki membayar harga RM1000 sebulan tanpa mengambil kira keadaan ekonomi dalam tempoh  pembiayaan 15 tahun tersebut. 

Walau bagaimanapun jika dalam tempoh 10 tahun(120 bulan), Encik Tufail sudah membayar RM120,000 dan beliau sudah bersedia untuk membayar sepenuhnya keseluruhan baki yang tinggal, persoalannya adakah Encik Tufail dikehendaki membayar sebanyak RM60,000? Dalam masalah ini, prinsip kewangan Islam membenarkan pihak yang memberikan pembiayaan untuk memberi rebat kepada pelanggan untuk mengurangkan jumlah yang harus dibayar balik.

Berdasarkan contoh di atas, Bank Mofaisib akan memberi rebat kepada Encik Tufail secara ibra’. Berdasarkan kaedah ibra’ (rebat) Encik Tufail diberi pelepasan hutang dan beliau tidak perlu membayar apa-apa lagi. Kaedah ini berbeza dengan Bank Islam Malaysia Berhad yang memberi rebat secara muqassah. Dalam kaedah muqassah sekiranya Bank Islam menganggap bahawa margin keuntungan yang munasabah selepas 10 tahun ialah RM50,000, muqassah yang diberi kepada Encik Tufail ialah sebanyak RM30,000, dikira seperti berikut:

Harga belian rumah 100,000
Margin keuntungan + 50,000
= 150,000

Jumlah yang telah dibayar balik 120,000
Jumlah yang perlu dibayar balik = 30,000

Baki jumlah mengikut perjanjian asal 60,000
Baki jumlah mengikut perkiraan baru 30,000
Muqassah = 30,000







5 comments:

  1. bro xfaham bab muqasah tu. boleh x buat contoh lain?

    ReplyDelete
  2. itulah, knp bank tiba2 buat perkiraan baru dlm pembayaran balik kpd encik tufail?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dh faham dah. Ibra ni bnda lain. Muqasah ni bnda lain. so sbb tu perkiraan baru.
      .
      .
      Sebenarnya konsep dua2 ni.. konsep yg sama.... dua2 berkaitan rebat.
      .
      .
      tapi muqassah more to rebate keatas mereka yg bayar sblm tiba waktu maksima. mcm ..... rumah selama 50 thun... tp klu dah setlle masa 40 thun. ..akan dapat rebate...


      KALAU IBRA pula..
      . Rebate dia dibgi atas jualan.. cthnya g kedai an... dia dah tulis ..kalau beli beli cash... bayar sekian2...

      Delete
    2. WALAU PUN IBRA DAN MUQASAH NI BNDA YG SAMA (REBATE) ... TP KAN KALAU HAL MUQASAH ni ... kalau tak berkaitan dgn bank, ia dimaksud kan PELEPASAN HUTANG DGN HUTANG. tp Konsep Muqasah dalam sistem perbankan dan kewangan... i didnt found how muqasah ni bole jadi dalam sistem perbankan . 😂 tp xpelah.. setakat faham mcm tu jelah sebab islamic banking kat malaysia memang tak fix... dan banyk isu.

      Delete
    3. walau mcm mana pun... Ibra pun ada jenis
      1. ibra semasa jualan ... dan

      2. ibra yg dikenakan kerana bayar habis sblm tiba waktunya..

      ...yg kedua ni pulak dia sama macm muqasah... kalau dlm perbankan..

      ...
      apa yg aq simpul kan... Bab muqasah ni.. kalau dalm sistem banking .. ia dimaksudkan mcm REBATE / pengurangan trhadap hutang / pgngurangan of interest rate. Thats mean ia terjadi sbb hutang settle sblm tiba waktunya la.

      tp klu definisi dlm islamik... Ia bermaksud pelepasan hutang dgn hutang.

      xrelaven langsung kan definiton nya?

      Delete