Thursday 15 October 2015

NABI MUHAMMAD SAW SEBAGAI PERINTIS USAHAWAN MUSLIM HEBAT DAN BERJAYA-mkm


Sejarah keusahawanan Islam bermula semenjak Nabi Muhammad di usia muda lagi. Ketika itu, Baginda bekerja sebagai pengembala kambing. Setelah dewasa baginda menjadi saudagar dan dilantik oleh Saidatina Siti Khadijah selaku rakan konsinya. Sewaktu itu umur Baginda berusia lingkungan 24 tahun. Kepercayaan Siti Khadijah kepada Nabi Muhammad s.a.w. terbukti setelah mendapati Nabi s.a.w. mempunyai pengalaman di dalam bidang perniagaan sejak berumur 12 tahun lagi.
      Sewaktu datuk Nabi s.a.w., Abdul Mutalib meninggal dunia, Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib (bapa kepada Saidina Ali). Abu Talib ialah seorang tokoh korporat dan ahli perniagaan yang terkenal di Semenanjung Tanah Arab. Beliau telah melatih Nabi s.a.w. di dalam bidang perniagaan, membawa ke Syria, Iraq dan lain-lain negara di Timur Tengah.
   Kepandaian dan kehebatan Nabi s.a.w. dalam hal-hal yang berkaitan dengan perniagaan dan perdagangan telah menyebabkan beberapa orang bapa saudaranya yang terdiri daripada tokoh-tokoh korporat jahiliah seperti Abu Lahab, Abu Sufian dan beberapa orang lagi ahli lembaga pengarah syarikat milik keluarga Bani Hashim telah bermesyuarat dan memutuskan menawarkan modal kepada Nabi s.a.w.
    Apabila tawaran itu dikemukakan, Baginda menolaknya, kerana tawaran itu mempunyai motif eksploitasi terhadap Baginda dan mensyaratkan Nabi s.a.w. mengakui berhala Latta dan Uzza sebagai tuhan. Penolakan itu dilakukan kerana Nabi s.a.w. tidak mahu diperalatkan oleh para korporat feudalis untuk keuntungan peribadi mereka.
  Berbeza dengan Siti Khadijah yang telah memberi kebebasan kepada Baginda menguruskan perniagaan tanpa syarat. Nabi s.a.w. menerima tawaran itu kerana sifatnya selaku seorang yang jujur dan mempunyai tanggungjawab kemanusiaan. Lantaran kejujuran Baginda dengan dasar kemanusiaan itulah akhirnya Baginda terkenal bukan sahaja di Mekah dan semenanjung tanah Arab, bahkan di peringkat antarabangsa selaku tokoh korporat 'al-Amin' (yang dipercayai).
    Justeru itulah nama, keturunan dan peribadi Baginda terkenal sehingga mendapat gelaran dan bintang selaku 'al-Amin' iaitu orang berwatak aman dan menyenangkan semua pihak. Setelah dilantik sebagai Rasul, lalu menjadi mudahlah masyarakat dunia menerimanya dan mengakui kebenaran yang dibawa. Demikianlah antara hikmah sebagai Rasul dan pemimpin. 
     Oleh itu jelas bagi penulis bagaimana pemasaran secara Islam iaitu ‘al-Amin’ ataupun kebolehpercayaan telah menjadikan Rasulullah terkenal dan berjaya sebagai ikon usahawan Muslim dunia sehingga hari ini. Sesungguhnya matlamat perniagaan di dalam Islam ialah mencari al-falah dan juga barakah melalui peranan usahawan Muslim sebagai khalifah sebenar menurut kaca mata Islam.

18 comments:

  1. ni adalah contoh terbesar untuk semua peniaga2 sekarang. semua peniaga perlu jujur dan adil dalam perniagaan. sebab sebagai umat islam, kita memang digalakkan untuk berniaga kerana 1/9 daripada punca rezeki kita adalah melalui aktiviti perniagaan, tapi satu perniagaan tu hilang barakahnya bila peniaga tu sendiri pun tak jujur pada diri sendiri, macam mana dia nak jujur pada pelanggannya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan 1/9 tetapi 9/10. Betul. bagi usahawan muslim yang melibatkan diri dalam bisnes, mereka perlu mencari falah dan barakah dalam penjualan barang dan perkhidmatan termasuk harga, pengeluaran, pemasaran itu sendiri bagi mencipta wealth creation untuk mereka yang lain.

      Delete
    2. Eh, silap :). Salah saya la tu xbaca balik ape yg sy komen. haha

      Delete
  2. Rasulullah telah membuat pilihan terbaik dalam hidup dan telah mengetepikan segala apa jua bentuk pengekploitasian terhadap diri nya dan Islam khususnya dimana dalam pemilihan yang dibuat tu dah mencerminkan keperibadian Rasulullahyang mementingkan ketulusan dalam perniagaan yang bakal di ceburi .Sepatutnya para perniaga Islam harus mencontohi sifat dan cara baginda dalam berniaga. Kerana mejoriti perniagaan pada zaman kini sifat al amin nya kurang dan menyebabkan tahap kepercayaan org juga bkurang serta menimbulkan pula tanggapan negetif masyarakat terhadap Islam itu sendiri.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum dr. Rasulullah merupakan model yang terbaik di dalam usahawan islam, keperibadian Rasulullah juga boleh diamalkan di dalam kehidupan seharian kita. Di dalam negara kita juga mempunyai seorang ikon usahawan melayu islam iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari. soalan saya dr apakah kebaikan dan keburukan yang ada pada Trans-Pacific Agreement (TPPA) di dalam sesebuah negara? Golongan muda seperti kami ramai yang tidak tahu kewujudan TPPA ini. Terima kasih dr.

    ReplyDelete
  4. Sesungguhnya Rasulullah merupakan contoh terbaik usahawan muslim... dan seharusnya usahawan muslim di negara kita mengaplikasikan cara atau ajaran yg baginda telah sampaikan. Namun, realitinya apa yg dpt dilihat pd masa kini .. majoritinya ushawan muslim skrg terlalu memikirkan keuntungan dan sanggup pandang ringan sahaja terutama dari aspek pertimbangan dan kebersihan.Pada pandangan saya, usahawan muslim perlulah didedahkan dengan lebih mendalam berkaitan ciri-ciri ushawan muslim yg berjaya bg menambahkan lagi pengetahuan mereka mengenai perniagaan dalam islam.

    ReplyDelete
  5. Sememangnya rasulullah SAW merupakan contoh yang terbaik sebagai seorang usahawan muslim di muka bumi ini. Ini kerana sikapnya yang amanah,jujur dan fatonah dalam menjalankan urusniaga dan juga sebagai seorang pemimpin. Jadi Pada Pandangan Saya sikapnya haruslah di contoh dan diaplikasikan oleh usahawan di malaysia atau pun di seluruh dunia kerana dapat menjalan aktiviti perniagaan secara bersih dan Halal toiban. Namun Bergitu terdapat segelintir muslim yang tidak menjadikan Rasulullah sebagai contoh dan panduan dalam keusahawanan dan dalam hidup, mereka lebih mengejar keuntugan tanpa menitikberatkan hak pengguna.Oleh itu, jika ingin menjadi usahawan yang berjaya contohilah Rasulullah SAW in shaa allah mendapat keberkatan didunia dan akhirat. amin

    ReplyDelete
  6. Mengikut hadis Nabi S.A.W. sembilan persepuluh pintu rezeki datangnya dari berniaga. Jadi memang jelaslah bahawa dalam Islam umatnya memang digalakkan untuk berniaga. Perniagaan yang dijalankan juga perlulah menitikberatkan soal haram dan halal. Ianya merangkumi soal kewangan seperti menjauhi riba dan mengurangkan hutang dan menyentuh juga soal etika. Urusan jual-beli mestilah adil dan kita dilarang daripada menipu timbangan. Keuntungan pula mestilah bersederhana dan tidak membebankan pembeli atau masyarakat umum. Berniaga dalam prespektif Islam juga membuka ruang yang luas untuk bersedekah dan membantu orang lain seperti memberikan peluang pekerjaan kepada fakir miskin atau orang kurang upaya. Setiap manusia sudah ditentukan rezeki masing-masing. Maka seelok-eloknya kita menggunakan rezeki yang dikurniakan itu untuk membantu golongan lain pula.

    ReplyDelete
  7. sejarah keusahawanan Rasulullah S.A.W merupakan contoh yang paling baik bagi peniaga-peniaga muslim yang telah mengamalkan perniagaan di negara islam ini. dalam hadis Rasulullah S.A.W telah jelas membuktikan bahawa kebersihan dan kejujuran amat penting dalam perniagaan islam. hal ini kerana kita telah dilatih untuk menjadi usahawan yang berjaya dalam apa jua bidang perniagaan selagi kita masih mengikuti cara nabi kita. pada pendapat saya, konsep perniagaan ini perlu lebih diperincikan kepada ushawan-usahawan yang masih belum mengetahui tentang perniagaan berlandaskan islam.

    ReplyDelete
  8. Rasulullah S.A.W merupakan seorang usahawan yang hebat dan boleh dijadikan contoh yang baik kepada peniaga atau usahawan islam yang lain. Hal ini kerana, sifatnya yang yang jujur, amanah dan suka bersedekah . Oleh itu, usahawan islam yang lain perlu mengamalkan sifat dan ciri-ciri beliau dalam berurusniaga untuk memperoleh keberkatan didunia mahupun akhirat.

    ReplyDelete
  9. selawat dan salam buat junjungan Rasulullah S.A.W.
    Sejarah perniagaan Nabi S.A.W merupakan contoh yang terbaik. Daripd hadis Nabi S.A.W. 9/10 pintu rezeki datangnya dari berniaga. Jadi memang jelaslah bahawa dalam Islam umatnya memang digalakkan untuk berniaga. Bnyk pengjaran yg boleh diambil dr contoh yg ditujukkn oleh Nabi S.A.W. terutamanya dr segi keutuhan imannya menolak perkara2 yng boleh mensyirikan ALLAH. Hati dan jiwa kita perlu yakin dengan rezeki yang dtg dariNYA.. Jgn melakukan sesuatu yang boleh merosakkan iman semta2 utk mendptkn keuntungn dan kemewahan. Selain itu, sesuatu perniagaan yg baik mestilah menitikberatkan soal haram dan halal seperti riba dan sebagainya. Dan yg pling penting keluarkan zakat dan brsedekahlah bagi meembantu golongan yang lain pula.

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah, terima kasih Dr. Faisol di atas perkongsian yang sangat menarik dan boleh dijadikan sebagai panduan kepada peniaga masa kini. Pada pendapat saya, Rasulullah S.A.W perlu dijadikan ikon dan contoh kepada peniaga masa kini. Ini kerana Rasulullah S.A.W mempamerkan nilai-nilai yang sepatutnya digunakan dalam perniagaan islam antaranya baginda sentiasa senyum, lemah lembut, tidak pernah berdebat, bukan mengejar harta semata-mata, jujur, teknik menjual yang unik dan banyak lagi.SubhanaALLAH sungguh hebat Rasulullah S.A.W dalam perniagaan melalui kepimpinan dan nilai baik yang ditunjukkan. Jadi jika anda seorang peniaga dan ingin menjadi seorang peniaga yang hebat dan berjaya, cemerlang dunia & akhirat, jom kita amalkan cara Nabi berniaga. Dengan izin kita akan menjadi usahawan yang berjaya. WAHUALAM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengan izin ALLAH, kita akan menjadi usahawan yang berjaya dunia akhirat.

      Delete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Terima kasih dr...atas perkongsian info yg penuh berguna, boleh dijadikan teladan dan rujukan. Dunia perniagaan adalah dunia yg dpenuhi dgn rezeki yg mlimpah ruah. Tepat skali apa yg disabdakan oleh Nabi S.A.W " 9/10 drp rezeki itu terletak di dlm perniagaan". Bagi pendapat saya bukan shja umat Islam yang patut mencontohi amalan Rasullullah S.A.W,semua golongan peniaga patut juga dijadikan teladan tdk kira bangsa dan agama. Baginda Rasullullah telah menunjukkn bhawa etika dan kbijaksanaan berniaga terbit drpda akhlak yg terpuji serta semua kerja yg bginda lakukan itu membntuk kpribdian yg unggul. Untuk pndekkn cerita, modal yg pling pnting dlm berniaga adlah jujur, bleh dharap, amanah dan dipercayai. Namun itu, realitinya ada jga pniaga yg tdk trlintas untuk mngikut jejak nabi. Hal ini krana mereka memikirkn keuntungan yg sdikit, mreka korbankan kjujuran mereka. Ttapi ingatlh bhawa itu akn mngorbankn mereka sndri akhirnya. Jadi sentiasalah berlaku jujur kpd dri sndri mahupun org lain nescaya kita akn berjaya dan perniagaan yg djalankn lbih berkat. Mudah- mudahan kita juga berjaya sperti Rasullullah...

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum....terima kasih Dr atas perkongsian yang berguna ini....sememangnya Rasulullah S.A.W.
    seorang usahawan terhebat serta mempunyai sifat jujur yang sangat tinggi sehingga digelar sebagai al-Amin sebab itulah usahawan yang ingin berjaya perlulah mencontohi sifat Rasulullah S.A.W tetapi zaman sekarang masih ada lagi ke orang yang betul-betul jujur..kebanyakkannya hanya inginkan keuntungan semata-mata. Bagaimana kita boleh semaikan sifat yang jjur dalam diri seseorang usahawan? sebagai seorang pelajar pula,bagaimana sifat al-amin itu boleh disemai dalam diri seseorang pelajar?

    ReplyDelete
  14. Salam Dr.. saya sungguh berminat dengan kisah nabi Muhammad. Baginda merupakan seorang contoh usahawan yang terulung dan terbaik. Dalam menjalankan urusan perniagaan, baginda mengamalkan sikap jujur tanpa mengharapkan keuntungan semata-mata yang di impikan oleh usahawan lain. Baginda telah mengharungi pelbagai rencah hidup, di dalam kandungan ibunya lagi baginda telah kehilangan bapanya, selepas itu, ibunya pula diikuti oleh ibunya pula. Sejak kecil lagi baginda telah terlibat dalam perniagaan kerana ingin membantu bapa saudaranya. Dr, saya ingin tahu bagaimana cara untuk berniaga semasa belajar agar tidak mengabaikan pelajaran?

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum Dr. Faisol. Terima kasih diatas perkongsian ini. Sesungguhnya sifat Rasulullah saw perlu dijadikan contoh dan dipraktikkan dalam masyarakat kita di Malaysia. Tetapi apa yang saya lihat sekarang tidak semua peniaga di Malaysia terutama peniaga yang beragama Islam bersikap jujur terhadap pelanggan mereka. Pada pandangan Dr. bagaimana cara untuk kita perlu terapkan sikap jujur dan amanah ini dalam diri setiap peniaga terutamanya peniaga-peniaga Islam?

    ReplyDelete