Wednesday 14 July 2021

KEWAJARAN MENGAMBIL KEMUDAHAN MORATORIUM ATAU TIDAK SEMPENA PKP 3.0

 Moratorium sempena PKP 3.0 telah diumumkan oleh kerajaan dan berkuatkuasa 7 Julai 2021 semua golongan layak untuk memohon iaitu B40, M40 dan T20. Kemudahan moratorium ini merupakan tawaran yang dibuat oleh pihak bank kepada pelanggan masing-masing dan Moratorium antara bank berbeza termasuk perbankan Islam dan konvensional. PKP yang berlanjutan sehingga 3.0 menyebabkan wujud perlbagai golongan dan sektor yang terjejas pendapatan. Ada yang hilang 100% sumber pendapatan, ada yang 70% hilang pendapatan, ada yang 50% hilang pendapatan dan ada yang 30 hilang punca pendapatan dan pelbagai lagi. Jesteru itu kemudahan moratorium yang berkuatkuasa 7 Julai ini memberi nafas lega dan juga sedikit kelegaan kepada golongan yang terkesan dengan Pandemic COVID19. Persoalannya adakah moratarium yang ditawarkan oleh pihak bank kepada pelanggan memberi kelebihan kepada pelanggan atau sebaliknya. Apakah formula dan faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum memohon moratorium atau sebaliknya. Mohon pandangan dan ulasan untuk kefahaman bersama. 

 AMBANK-pembiayaan/pinjaman perumahan




Pembiayann/Pinjaman kenderaan




Tuesday 13 July 2021

PEMBIAYAAN ISLAM: LEBIH BAIK MOHON MORATORIUM ATAU TIDAK PERLU

 Pengumuman oleh kerajaan tentang tawaran moratorium oleh institusi perbankan di Malaysia telah memberi berita gembira kepada para pelanggan bank. Tawaran moratorium ini bukan sahaja hanya terhad kepada bank konvensional tetapi juga perbankan Islam.Sebelum 7hb Julai 2021 penawaran moratorium dilihat amat membebankan pelanggan kerana moratorium 3 bulan akan menyebabkan kontrak pembiayaan akan dilanjutkan sehingga 12 bulan manakala moratorium 6 bulan menyebabkan kontrak asal pembiayaan bertambah kepada 24 bulan. Namun selepas 8hb Julai 2021 polisi ini tidak lagi terpakai di mana moratorium selama 6 bulan akan menyebabkan tempoh kontrak pinjaman dilanjutkan hanya 6 bulan sahaja. Walaupun begitu perlukan kita memohon moratorium daripada pihak bank? apakan penentu dan faktor yang membolehkan seserorang itu mengambil kemudahan moratorium? Mohon kongsi pandangan.


Monday 12 July 2021

MORATORIUM PKP 3.0 : NAK AMBIL ATAU TIDAK?

 Moratorium merupakan salah satu kemudahan sementara yang diberikan oleh pihak bank kepada pelanggan. Ia meliputi produk pembiayaan perumahan, pembiayaan kenderaan dan pelbagai lagi. Moratorium PKP 3.0 ini terbuka kepada semua golongan b40, m40 dan t20 di mana mereka yang berminat perlu memohon dengan pihak bank. Namun persoalanya adakah perlu seseorang itu mengambil moratorium atau tidak? Apakah yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat keputusan untuk mengambil moratorium ini? Mohon penjelasan.

Pembiayaan Perumahan CIMB



Pembiayaan Kenderaan CIMB




Sunday 11 July 2021

PERLUKAH PELANGGAN DI MUSIM PKP 3.0 MEMOHON KEMUDAHAN MORATORIUM DENGAN PIHAK BANK?

 Tawaran MORATORIUM oleh pihak bank kepada pelanggan semsa PKP 3.0 memberi pelbagai tanggapan kepada masyarakat. Ada yang menyatakan ia sesuatu yang positif kerana memberi nilai tambah kepada aliran tunai dan peluang simpanan manakala ada sesetengah pula yang menyatakan ia sesuatu yang negatif kerana berlakunya penambahan jumlah hutang/pinjaman/pembiayaan disebabkan penambahan masa bayaran balik hutang/pinjaman/pembiayaan. Moratorium 6 bulan tetapi lanjutan bayaran balik hingga 24 manakala moratorium 3 bulan tetapi lanjutan bayaran balik hingga 12 bulan?  Betul ke semua andaian ini. Apa yang perlu dinilai dan pertimbangkan sebelum mengambil atau menolak moratorium ini. Mohon pandangan.