Thursday 1 December 2016

Ta'widh dan Gharamah

Setiap daripada kita mungkin pernah berurusan dengan pihak bank bagi pelbagai tujuan. Ada yang berurusan dengan pihak bank bagi tujuan pembiayaan peribadi, pembiayaan perumahan, pembiayaan kad kredit, pembiayaan perniagaan, pembiayaan kenderaan dan sebagainya lagi. Pembiayaan ini hanya disediakan oleh pihak bank kepada pelanggan. Dalam erti kata lain pendeposit yang menyimpan wang mereka dalam akaun simpanan, akaun semasa, akaun pelaburan yang berkonsepkan Shariah akan digunakan oleh pihak bank bagi memberi kemudahan pembiayaan kepada mereka yang memerlukan pembiayaan. Oleh itu dapatlah disimpulkan bahawa bank bertindak sebagai pembiaya dan pelanggan sebagai penerima pembiayaan. Hubungan antara bank dan pelanggan ini wujud disebabkan beberapa faktor seperti jual beli, pelaburan dan perkongsian.

BANK ------------------PELANGGAN
Pembiaya                Penerima pembiayaan


Hubungan ini juga mewujudkan kewajipan di kedua-dua pihak di mana pembiaya perlu memberikan pembiayaan kepada penerima pembiayaan (pelanggan) seperti mana dalam kontrak. Dalam pada itu, penerima pembiayaan berkewajipan membayar jumlah pembiayaan yang diterima dalam tempoh yang ditetapkan dan dipersetuji bersama. Jika bayaran tidak dibuat dalam tempoh yang ditetapkan, ini akan menjejaskan aktiviti kewangan pembiaya. 

Takrif Ta'widh dan Gharamah


Mesyuarat ke-30,  Majlis Penasihat Syariah BNM telah  memutuskan bahawa bayaran  ta`widh bagi (i) bayaran tertunggak dan (ii) kegagalan membuat bayaran  selepas tarikh matang, adalah dibenarkan. Bayaran ta`widh ini adalah  untuk pembiayaan  Islam yang berasaskan `uqud  mu`awadhat (kontrak-kontrak pertukaran) termasuk  sukuk yang diterbitkan  atas  asas kontrak pertukaran.


Ini membawa maksud sekiranya pelanggan yang menerima bantuan pembiayaan gagal membayar sejumlah bayaran yang telah dipersetujui semasa berkontrak, maka pihak bank boleh mengenakan Ta'widh (pampasan) ke atas pelanggan yang gagal memenuhi kewajipan untuk menjelaskan pembiayaa.

Ta'widh merujuk kepada bayaran  ganti   rugi yang  telah dipersetujui   oleh   pihak   berkontrak yang  layak   dituntut oleh pemiutang (pembiaya iaitu bank/pelabur) apabila penghutang (penerima biaya) gagal  atau   lewat melaksanakan  tanggungjawab  untuk membayar balik sesuatu hutang  yang  berkaitan.

 Kadar Ta'widh
1. Tidak membawa kepada pertikaian ke peringkat mahkamah

i)      Kemungkiran pembayaran sebelum tarikh matang
 Ta`widh  boleh   dikenakan   dan   tidak  boleh   melebihi  1% daripada  jumlah tertunggak dan tidak boleh dikompaunkan. Selain  itu,  gharamah   boleh  dikenakan   dan  gabungan  di antara   kadar  ta`widh  dan  gharamah  tidak  boleh  melebihi 10%  daripada  jumlah  tertunggak atau  sebagaimana  yang ditentukan oleh MPS dari semasa ke semasa.

(ii)    Kemungkiran pembayaran selepas tarikh matang
Ta`widh boleh dikenakan  dan tidak boleh melebihi daripada kadar semasa  semalaman pasaran  wang  antara  bank secara Islam  (prevailing  daily  overnight   Islamic Interbank  Money Market rate) ke atas baki tertunggak (modal tertunggak dan keuntungan terakru).  Selain itu, gharamah  boleh dikenakan dan gabungan di antara  kadar  ta`widh dan gharamah  tidak boleh  melebihi  10%  daripada  jumlah  tertunggak atau sebagaimana  yang  ditentukan  oleh  MPS dari  semasa   ke semasa


 2. Membawa kepada pertikaian ke peringkat mahkamah 

a)      Caj  pembayaran  lewat   bagi  hutang  penghakiman  boleh dikenakan  oleh mahkamah dari tarikh penghakiman dibuat sehingga  hutang penghakiman tersebut diselesaikan  pada kadar yang diperuntukkan oleh kaedah-kaedah mahkamah. Kaedah pelaksanaan caj pembayaran lewat ini mestilah berdasarkan mekanisme  ta`widh (ganti rugi) dan  gharamah (penalti);

b)   Ta`widh merujuk kepada  ganti rugi ke atas kerugian sebenar. Dalam mengambil  kira kesukaran  bagi menentukan jumlah kerugian sebenar  dan keperluan  kepada  penyelarasan dalam industri, MPS memutuskan bahawa kadar  kerugian  sebenar hendaklah berdasarkan keputusan  pihak  ketiga  iaitu  Bank Negara  Malaysia. Diputuskan  juga  bahawa kadar  kerugian sebenar  adalah  berdasarkan kadar  semalaman antara  bank secara  Islam (daily overnight  Islamic Interbank  rate), seperti yang  dipaparkan dalam  laman  sesawang Islamic Interbank Money  Market  (IIMM) ditetapkan pada tarikh penghakiman dibuat  dan dikira secara bulanan berasaskan kaedah  baki harian (daily rest basis);

(c)      Gharamah merujuk  kepada  penalti  yang dikenakan  sebagai langkah pencegahan bagi kelewatan pembayaran oleh penghutang. Dalam konteks  ini, gharamah  merujuk  kepada perbezaan  di  antara   jumlah   caj  pembayaran  lewat   dan ta`widh,  iaitu  lebihan  sekiranya  ta`widh  kurang   daripada jumlah caj pembayaran lewat.  Caj pembayaran lewat adalah ditentukan oleh kaedah-kaedah mahkamah.

(d)    Jumlah caj pembayaran lewat ke atas  hutang penghakiman tidak boleh dikompaun;

(e)     Pemiutang   penghakiman  hanya  berhak   menerima   jumlah ta`widh sahaja. Sekiranya jumlah ta`widh menyamai atau melebihi jumlah caj pembayaran lewat,  keseluruhan jumlah caj pembayaran lewat tersebut boleh diambil oleh pemiutang penghakiman. Sebaliknya, jika jumlah caj pembayaran lewat melebihi jumlah ta`widh, lebihan  tersebut (gharamah) perlu disalurkan kepada  badan  kebajikan;  

f)      Jumlah  caj pembayaran lewat  tidak  boleh  melebihi  jumlah pokok yang tertunggak; 

(g)      Pengiraan  caj pembayaran lewat bagi hutang penghakiman adalah dikenakan  ke atas jumlah asas penghakiman. Jumlah asas  penghakiman adalah  jumlah  pokok  yang  tertunggak (tertakluk  kepada  ibra’ sekiranya terpakai)  dan  tidak merangkumi caj pembayaran lewat  sebelum  penghakiman dan kos-kos lain


Berkenaan pengurusan gharamah, MPS mengambil pendirian untuk memberikan  mandat kepada Jawatankuasa Syariah/Penasihat Syariah bagi menentukan badan-badan kebajikan yang sesuai untuk menerima gharamah termasuk baitulmal. Penyaluran  gharamah tersebut perlu dilaksanakan oleh bank, tanpa mengambil kira sama ada bank tersebut melibatkan institusi di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti Malaysia atau tidak. Pemiutang penghakiman hendaklah memastikan bahawa sebarang penyaluran gharamah kepada badan kebajikan tidak menghasilkan sebarang manfaat kepada  pemiutang penghakiman tersebut.


Konsep Ta'widh dan Gharamah  



Contoh Pengiraan

Late payment charges (before maturity date) 
Product name BBA Home Financing-i (Retail)
Bank’s principal RM100,000
Bank’s selling price RM158,520
Monthly instalment RM1,321
Payment due date 4th of the month
Financing profit rate  10%p.a.
Late payment charge (C) 14 C e.g. AFR
Ta'widh (compensation) (T) 15 T= 1% (before maturity date) Gharamah (penalty) (G) G = {C-T}

Formula for combined late payment charge on overdue instalment(s) is as follows:
      
 Overdue instalment(s) X Combined rate16 X No. of Overdue day(s)
                                                                                             365 
Example computation of combined late payment charge for the month of April 2016:
        RM1,321  X  9.50%  X  30/365        =     RM10.31       
                        
Formula for ta’widh on overdue instalment(s) is as follows:
        Overdue instalment(s) X Ta’widh rate17 X No. of Overdue day(s)/365

Example of computation of ta’widh for the month of April 2016:
        RM1,321  X  1.00%  X  30/365        =     RM1.09 
   
Perbezaan Ta'widh, Gharamah dan Penalti Konvensional
 


No comments:

Post a Comment