Friday 18 September 2015

Usahawan Islam VS Usahawan Konvensional

Perniagaan merupakan satu bidang yang menjanjikan pendapatan yang lumayan. Di dalam Islam itu sendiri perniagaan dilihat merupakan satu wasilah untuk mendekatkan diri dengan Pencipta. Persoalanya apakah yang ingin dicapai dalam sesebuah perniagaan berlatarbelakangkan konvensional? Sudah pasti jawapanya adalah mencapai untung yang paling maksimum dengan apa jua cara sekalipun. Maka dengan sebab itu kita lihat di dalam keusahawanan konvensional, kebanyakkan perniagaan yang dijalankan akan terlibat dengan perkara berikut:
i. riba-kadar bunga, faedah
ii.gharar-ketidakpastian
iii. maisir-perjudian
iv.spekulasi
v. diskriminasi pelanggan
vi. perpindahan risiko kepada pelanggan
vii.  tiada unsur pengagihan kekayaan

Usahawan konvensional kebiasaanya akan mempunyai ciri-ciri berikut:
a. mementingkan keuntungan semata-mata
b.  mementingkan kepuasan yang maksimum
c. pengagihan keuntungan hanya untuk golongan tertentu sahaja
d.mengamalkan riba/faedah
e. monopoli
f. produk yang tidak ada halal
g. pemasaran produk yang tidak patuh syariah
h. kontrak jualan yang tidak jelas
j. menggunakan logik akal semata-mata dalam perniagaan
k. tidak percaya kepada kewujudan hisab selepas kematian

Sehubungan dengan itu, keusahawanan Islam dilihat sesuatu yang sangat cantik dan bersifat universal. Objektif utama di dalam sesebuah perniagaan yang dilakukan oleh usahawan Islam ialah untuk mencari keredaan Allah dengan cara membantu memenuhi kehendak masyarakat Islam yang memerlukan barang dan perkhidmatan. Melalui konsep keredaan Allah ini, maka usahawan Islam akan cuba menjalankan perniagaan untuk mencapai falah iaitu kejayaan yang dibenarkan oleh syarak iaitu melalui penciptaan untung berasaskan prinsip-prinsip syariah (seperti ujrah, wakalah, musyarakah, mudharabah). Akhir sekali usahawan Islam akan melaksanakan pengagihan kekayaan kepada mereka yang memerlukan bantuan melalui keuntungan yang diperolehi dengan cara mengeluarkan zakat 2.5%.

Setiap muslim yang mempunyai perniagaan wajib mempunyai etika sebagai seorang usahawan Islam. Ini kerana etika usahawan ini terbukti berjaya melalui lipatan sejarah Nabi Muhammad SAW apabila dari kecil lagi baginda memelihara kambing dengan penuh kesabaran, jujur, amanah dan bijaksana. Apabila baginda meningkat dewasa, baginda juga telah menjadi tokoh usahawan hebat apabila baginda yang mempunyai kepakaran berniaga tetapi tidak mempunyai modal bertemu dengan Saidatina Khadijah yang mempunyai modal yang banyak tetapi tidak mempunyai kepakaran. Hasil perkongsian bersama dalam perniagaan berasaskan konsep mudharabah, maka perniagaan tersebut telah mendapat keuntungan yang banyak. Keuntungan in hasil keberkatan yang diperolehi baginda melalui etika siddiq, amanah, tabliq dan fathanah serta sabar yang ditonjolkan dalam perniagaan tersebut.


No comments:

Post a Comment