Thursday 15 October 2015

NABI MUHAMMAD SAW SEBAGAI PERINTIS USAHAWAN MUSLIM HEBAT DAN BERJAYA-mkm


Sejarah keusahawanan Islam bermula semenjak Nabi Muhammad di usia muda lagi. Ketika itu, Baginda bekerja sebagai pengembala kambing. Setelah dewasa baginda menjadi saudagar dan dilantik oleh Saidatina Siti Khadijah selaku rakan konsinya. Sewaktu itu umur Baginda berusia lingkungan 24 tahun. Kepercayaan Siti Khadijah kepada Nabi Muhammad s.a.w. terbukti setelah mendapati Nabi s.a.w. mempunyai pengalaman di dalam bidang perniagaan sejak berumur 12 tahun lagi.
      Sewaktu datuk Nabi s.a.w., Abdul Mutalib meninggal dunia, Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib (bapa kepada Saidina Ali). Abu Talib ialah seorang tokoh korporat dan ahli perniagaan yang terkenal di Semenanjung Tanah Arab. Beliau telah melatih Nabi s.a.w. di dalam bidang perniagaan, membawa ke Syria, Iraq dan lain-lain negara di Timur Tengah.
   Kepandaian dan kehebatan Nabi s.a.w. dalam hal-hal yang berkaitan dengan perniagaan dan perdagangan telah menyebabkan beberapa orang bapa saudaranya yang terdiri daripada tokoh-tokoh korporat jahiliah seperti Abu Lahab, Abu Sufian dan beberapa orang lagi ahli lembaga pengarah syarikat milik keluarga Bani Hashim telah bermesyuarat dan memutuskan menawarkan modal kepada Nabi s.a.w.
    Apabila tawaran itu dikemukakan, Baginda menolaknya, kerana tawaran itu mempunyai motif eksploitasi terhadap Baginda dan mensyaratkan Nabi s.a.w. mengakui berhala Latta dan Uzza sebagai tuhan. Penolakan itu dilakukan kerana Nabi s.a.w. tidak mahu diperalatkan oleh para korporat feudalis untuk keuntungan peribadi mereka.
  Berbeza dengan Siti Khadijah yang telah memberi kebebasan kepada Baginda menguruskan perniagaan tanpa syarat. Nabi s.a.w. menerima tawaran itu kerana sifatnya selaku seorang yang jujur dan mempunyai tanggungjawab kemanusiaan. Lantaran kejujuran Baginda dengan dasar kemanusiaan itulah akhirnya Baginda terkenal bukan sahaja di Mekah dan semenanjung tanah Arab, bahkan di peringkat antarabangsa selaku tokoh korporat 'al-Amin' (yang dipercayai).
    Justeru itulah nama, keturunan dan peribadi Baginda terkenal sehingga mendapat gelaran dan bintang selaku 'al-Amin' iaitu orang berwatak aman dan menyenangkan semua pihak. Setelah dilantik sebagai Rasul, lalu menjadi mudahlah masyarakat dunia menerimanya dan mengakui kebenaran yang dibawa. Demikianlah antara hikmah sebagai Rasul dan pemimpin. 
     Oleh itu jelas bagi penulis bagaimana pemasaran secara Islam iaitu ‘al-Amin’ ataupun kebolehpercayaan telah menjadikan Rasulullah terkenal dan berjaya sebagai ikon usahawan Muslim dunia sehingga hari ini. Sesungguhnya matlamat perniagaan di dalam Islam ialah mencari al-falah dan juga barakah melalui peranan usahawan Muslim sebagai khalifah sebenar menurut kaca mata Islam.

Tuesday 6 October 2015

PENUBUHAN LEMBAGA ZAKAT NEGARA : REALITI ATAU SEBALIKNYA

Pada 6 hb Oktober 2015 penulis telah menghadiri Seminar Zakat Kebangsaan yang berlangsung di universiti Malaysia. Seminar tersebut telah dirasmikan oleh CEO Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Peserta yang hadir pada seminar tersebut terdiri daripada ahli akademik, pelajar, pegawai kakitangan agama Islam seluruh negera dan juga ahli industri.

Satu persoalan timbul semasa seminar itu berlangsung iaitu kenapakah penubuhan Lembaga Zakat Negara masih lagi tidak berjaya dilaksanakan. Menurut CEO MAIWP iaitu Datuk Zainal, penubuhan Lembaga Zakat Negara ini telah dibincangkan secara terperinci dikalangan institusi zakat negeri. Hasil perbincangan tersebut, terdapat negeri yang bersetuju dan juga tidak bersetuju. Disebabkan jumlah yang tidak bersetuju lebih dominan maka penubuhan ini terpaksa dilupakan. Antara sebab utama kenapa Lembaga Zakat Negara tidak boleh dilaksanakan:
i. Bidang kuasa agama adalah dibawah bidang kuasa Sultan/Raja di sesebuah negeri dan bukan kerajaan pusat
ii.Jumlah kutipan dan agihan setiap negeri berbeza, maka adalah tidak wajar zakat disesebuah negeri diagihkan di negeri yang lain
iii. Sekiranya jumlah kutipan zakat dikumpulkan di dalam Lembaga Zakat Negara, maka sudah pasti akan menjadi isu kerana jumlah kutipan sangat tinggi tetapi dari sudut kemiskinan terus berlaku dan ini akan menyebabkan negeri-negeri yang mempunyai komposisi kemiskinan yang tinggi akan menyalahkan pihak Lembaga Zakat Negara

Namun  begitu penulis mendoakan semoga hasrat penubuhan Lembaga Zakat Negara tidak terhenti disini sebaliknya proses penambahbaikan sistem pengurusan kutipan dan agihan di setiap institusi zakat negeri perlu ditingkatkan agar impian penubuhan Lembaga Zakat Negara menjadi realiti di suatu hari kelak


Di seminar tersebut itu juga penulis telah berjumpa dengan beberapa rakan lama di Lembaga Zakat Selangor dan perjumpaan ini mengeratkan lagi tali silaturrahim antara kami.

 Gambar 3: Penulis bersama Ustaz Hamizul iaitu seorang penulis buku, penceramah dan juga pegawai eksekutif LZS.

Monday 5 October 2015

ISLAMIC HOME FINANCING INSTRUMENTS IN MALAYSIA


Accomodation is one of the fundamental rights for by every Muslim. A house is a everyone needs. They will get by all means by purchase it, renting or build the house themselves. Buyers normally have to go to a bank for a financing facility and the long, extended payment for home mortgage would take long term repercussion on individual's monthly income. Thus, very few people can afford to purchase a house on a cash basis. As muslim consumers, it is important for them to choose wisely on their financing.


Bil
List of Islamic Banks
Ownership
Status
Islamic Instruments
1.
Affin Islamic Bank Berhad
Local
musharakah mutanaqisah
2.
Al-Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia)
     Foreigner
bay’ bithaman ajil
3.
Alliance Islamic Bank Ber had
Local
bay’ bithaman ajil
4.
AmIslamic Bank Berhad
Local
bay’ bithaman ajil
5.
Asian Finance Bank Berhad
Foreigner
tawarruq
Istisna’
6.
Bank Islam Malaysia Berhad
Local
tawarruq
7.
Bank Muamalat Malaysia Berhad
Local
tawarruq
Istisna’
8.
CIMB Islamic Bank Berhad
Local
Murabahah/tawarruq
9.
Hong Leong Islamic Bank Berhad
Local
tawarruq
10.
HSBC Amanah Malaysia Berhad
Foreigner
musharakah mutanaqisah
11.
Kuwait Finance House Malaysia Berhad
Foreigner
Ijarah muntahia bi al-tamlik
Ijarah mausufah fi al-zimmah
12.
Maybank Islamic Berhad
Local
musharakah mutanaqisah
murabahah
13.
OCBC Al-Amin
Foreigner
Ijarah muntahia bitamleek
14.
Public Islamic Bank Berhad
Local
bay’ bithaman ajil
15.
RHB Islamic Bank Berhad
Local
musharakah mutanaqisah
16.
Standard Chatered Saadiq Berhad
Foreigner
musharakah

Alhamdulliah. Currently in Malaysia we have 16 Islamic banking offered Islamic home product.Table shows the five types of Islamic home financing instruments bases on debt such as Bai Bithaman Ajil, Murabahah, Istisna’, Ijarah and Tawarruq instruments during 1983 until 2015. Meanwhile, Islamic home financing based on equity is Musyarakah Mutanaqisah instrument only. However, Bai Bithaman Ajil instruments is not predominant as the instrument contract because Musharakah Mutanaqisah (diminishing partnership) and Tawarruq are most accepted in Malaysia. In short, the activities in Islamic banks giving more options to the customers. They can choose better service and other add value features of the Islamic home product and service.