Sunday 21 July 2019

APA BEZA BR, BLR DAN BFR?

Bismilllah Walhamdulillah Thumma Alhamdulillah.

Sistem perbankan di Malaysia terdiri daripada sistem perbankan Islam dan sistem perbankan konvensional. Sistem Perbankan Islam merupakan institusi yang menawarkan produk berasaskan syariah manakala sistem perbankan konvensional adalah sistem yang berasaskan kadar bunga atau kadar faedah atau lebih tepat lagi berasaskan RIBA. Walaupun sistem perbankan di Malaysia terbahagi kepada dua tetapi kedua-duanya tertakluk kepada Overnight Policy Rate (OPR) bagi menentukan Kadar Asas Pemberian Pinjaman (BLR) masing-masing. BLR atau BFR bagi setiap bank perlu sekurang-kurangnya sama atau lebih tinggi dari OPR.

Disebabkan sistem perbankan Islam berasaskah SYARIAH maka Kadar Asas Pemberian Pinjaman ditukar kepada KADAR ASAS PEMBIAYAAN (BFR) kerana sistem perbankan Islam adalah berasaskan kontrak jual beli dan bukan pinjaman. Sebelum tahun 2004 kadar BFR bagi perbankan Islam adalah tetap (FIXED RATE) sepanjang tempoh pembiayaan namun kadarnya adalah tinggi berbanding perbankan konvensional. Namun selepas tahun 2004 kadar ini dipelbagaikan kepada Kadar Berubah (VARIABLE RATE). Ini bermaksud pelanggan mempunyai dua pilihan. Ini telah memberi daya tarikan kepada pelanggan untuk berhubung dengan pihak bank.

Pada tahun 2015 perbankan di Malaysia sekali lagi mengalami perubahan dasar berkaitan kadar ini di mana terdapat kadar baru yang diperkenalkkan iaitu BASE RATE (BR) ataupun Kadar Asas. Apakah BASE RATE ini? BR iailah kadar asas pembiayaan atau pinjaman bagi sesebuah institusi bank atau dengan nama lain cost of fund iaitu KOS MODAL bagi pihak bank. Manakala BLR dan BFR ialah masih lagi terma yang sama. Sebagai contoh BFR-BR = UNTUN BANK. Andaikan MFI ingin  membeli sebuah  rumah SEMI D di Perumahan FASA 7, Bandar Seri Putra, Bangi dengan harga RM400k. Maka MFI perlu membuat perbandingan Kadar BR sekurang-kurangnya tiga buah bank untuk membolehkan kadar bulanan yang dibayar adalah rendah.

BANK A- BR semasa 3% manakala BFR 6.65% =3.35%
BANK B- BR semasa 3.75% manakala 6.70%=2.95%
BANK C-BR semasa 4% manakala BFR 6.85%=2.85%.

Apakah pilihan tepat yang patut dipilih oleh MFI?
Jika MFI memilih bank C sebagai pilihan, maka bayaran bulanan adalah paling tinggi berbanding bank Adan B. Jika MFI memilih bank B pula, bayaran bulanan adalah lebih rendah dari bank C tetapi lebih tinggi daripada bank A. Maka pilihan yang tepat adalah bank A kerana bayaran bulanan adalah murah berbanding bank B dan C.

Selamat Mencuba. Wakaf Jiwa.

Thursday 18 July 2019

Wang Zakat Untuk PEMBANGUNAN INSANI Golongan LGBT VS Wang Zakat Untuk Golongan LGBT


Bismillah Walhamdulillah Allahuakhbar.
Seringkali kita mendengar di akhbar arus perdana atau media massa dan elektronik tentang golongan LGBT. Siapakah LGBT ini? LGBT membawa maksud L-Lesbian, G-gay, B-bisexual dan T-transgander. Golongan ini sejak mutakhir ini mula muncul dan berani membawa hak dan isu mereka ke tatapan masyarakat. Sebagai sebuah masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum, golongan ini juga mempunyai peranan mereka tersendiri. Namun bagi agama Islam golongan ini

tidak Image result for zakatberada di landasan sebenarnya dan perlu didekati, didampingi dan diajak berunding serta berkawan sambil berdakwah dan bukan mengenepikan golongan ini daripada masyarakat. Oleh itu melalui Majlis Agama Islam Negeri-Negeri dan JAKIM sesuatu wajib dilakukan bagi membasmi permasalahan ini daripada terus merebak sehingga menjadi parah dan barah dalam masyarakat Malaysia umumnya dan Islam khususnya.
Image result for LGBTOleh itu, melalui alat Kewangan Sosial Islam (Islamic Social Finance) iaitu ZAKAT, maka golongan LGBT ini mampu didekati dan diberi peluang untuk mereka kembali kepada fitrah sebagai manusia yang normal. Persoalannya adakah wang ZAKAT boleh diberikan kepada LGBT? Atau adakah wang ZAKAT boleh diberikan untuk pembangunan Insani melalui pelbagai program yang dirancang oleh sesebuah organisasi? JAWAPANYA ialah wang ZAKAT tidak boleh diberikan kepada golongan LGBT tetapi wang ZAKAT boleh diberikan untuk pembangunan Insani melalui pelbagai program yang dirancang oleh sesebuah organisasi.Macam sama je? Nampak macam sama tetapi ia sangat berbeza. Sekiranya wang ZAKAT diberikan kepada golongan LGBT maka ia akan mengundang pelbagai kesulitan lain yang memungkinkan objektif untuk memulihkan golongan ini menjadi sia-sia tetapi jika wang ZAKAT diberikan kepada NGO atau sesebuah organisasi yang menganjurkan program pembangunan insani untuk membantu golongan LGBT menjadi manusia normal maka ia diharuskan di dalam Islam. Majlis Fatwa Negeri Kedah dan majlis Fatwa Negeri Selangor telah mengHARUSKAN wang zakat digunakan untuk pembangunan insani golongan LGBT.

Image result for riqabKenapa LGBT termasuk golongan RIQAB? LGBT termasuk di dalam golongan Riqab kerana Riqab  ialah seseorang yang terbelenggu di bawah suatu kuasa atau keadaan yang menjadi hambatan kepada dirinya bagi menjalani kehidupan yang lebih baik (LZS), Riqab ialah orang-orang Islam tercengkam dengan perhambaan dan penaklukan samada dari segi cengkaman fizikal atau mental seperti cengkaman kejahilan dan terbelenggu di bawah kawalan orang-orang tertentu (PPZ), Riqab ialah seseorang yang terbelenggu dan tiada kebebasan diri dan termasuk juga untuk melepaskan muslim yang ditawan oleh orang-orang kafir. Kesimpulanya ketiga-tiga negeri ini menggunakan istilah DIBELENGGU untuk meninterpretasikan golongan Riqab.
Namun Riqab pada zaman awal Islam dahulu merujuk kepada tawanan perang sahaja (dibelenggu) dan ia tidak mempunyai impak kepada kesihatan masyarakat, kemakmuran masyarakat, keharmonian masyarakat dan akhlak masyarakat. Namun Riqab LGBT ini mempunyai impak negatif yang jauh lebih buruk berbanding Riqab tawanan perang. Cuba bayangkan golongan LGBT ini yang mengidap HIV akibat perbuatan negatif mereka? Kesimpulannya  pengagihan wang zakat untuk pembangunan insani golongan LGBT adalah merupakan pendekatan yang selaras dengan MAQASID SYARIAH di MALAYSIA. Wassalam. Wakaf Jiwa

Monday 8 July 2019

Kadar Zakat Fitrah 2019; RM7, RM14 atau RM21



 Assalamualaikum. Buat pertama kalinya di Malaysia kadar zakat fitrah di Malaysia mengalami sedikit pembaharuan. Sebelum ini kadar zakat fitrah setahun adalah tetap pada satu kadar sahaja. Namun pada tahun 2019 kadar ini berubah mengikut jenis beras yang di makan oleh seseorang individu. Sebelum saya mengupas tentang perubahan kadar ini, lebih baik kita memahami dahulu apakah yang dimaksudkan zakat fitrah.


Related image
Zakat fitrah juga dikenali sebagai zakat badan atau zakat kepala. Perkataan fitrah itu sendiri berasal dari bahasa Arab iaitu ‘fitri’ yang membawa maksud berbuka. Zakat fitrah sering dikaitkan dengan puasa Ramadhan bagi masyarakat Islam di mana sejarah telah membuktikan kepada dunia bahawa bagaimana kehebatan yang ditonjolkan oleh tentera Islam di bulan ramadhan melalui perang Badar ini apabila bilangan mereka hanya 313 orang tetapi tentera kafir terdiri daripada 1000 orang yang diketuai oleh kafilah Abu Sufyan. Namun keberkatan dan kesucian bulan ramadhan telah memberi ransangan kemenangan kepada mereka.

Pada mulanya kadar zakat fitrah itu dikira mengikut timbangan ataupun sukatan buah kurma atau anggur. Namun di Malaysia sukatan zakat fitrah ini adalah berasaskan beras iaitu segantang beras di mana segantang beras bersamaan 2.7kg sahaja. Selain itu jumhur ulama telah memberi keutamaan supaya nilai atau kadar zakat fitrah ini juga boleh dibayar dengan jumlah wang tunai sebagai ganti kepada tamar atau anggur ataupun beras tetapi jumlah wang yang dibayar zakat itu mestilah sama nilai dengan segantang tamar atau segantang tepung atau segantang beras. Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan
JENIS BAYARAN
NILAI
Segantang beras
2.7 kilogram
Wang Tunai
Mestilah sama dengan nilai semasa segantang beras
Namun kadar zakat fitrah bagi tahun 2019 mengalami sedikit pembaharuan bagi beberapa negeri antaranya Perak, Kedah dan Selangor. Ini dapat dilihat seperti gambarajah yang diberikan. Bagi penulis, kaedah pengiraan zakat seperti ini lebih tepat . Walaupun begitu beberapa perkara harus diambil kira dan dimurnikan seperti:
1. Seorang petani yang sakit dan terpaksa makan beras yang berharga 5kg RM50 untuk menjaga kesihatannya. Adakah beliau perlu membayar zakat fitrah RM21?
2. Seseorang individu yang makan pelbagai jenis beras dalam tempoh setahun di mana kadar penggunaan beras ini adalah sama sama ada yang biasa atau yang mahal. Bagaimana pengiraan kadar zakat fitrah tersebut.
Walaupun begitu pengenalan kaedah zakat fitrah yang berbeza kadar harganya dilihat oleh penulis sangat menarik kerana ia menggambarkan nilai Islam sebenar yang bersifat adil, universal, sesuai sepanjang zaman dan memenuhi maqasid syariah. wassalam