Langkah yang paling praktikal yg boleh diambil untuk melindungi diri daripada kenaikan kos sara hidup adalah menyusun semula corak perbelanjaan isi rumah mengikut keperluan dan keutamaan serta mengabaikan terus perbelanjaan yanag bersifat kemahuan semata-mata. Selain itu perbelanjaan dan penggunaan bersederhana dan berhemah perlu diamalkan dalam gaya hidup isi rumah. Perbelanjaan dan penggunaan yang bersifat mewah, membazir dan kurang manfaat kepada isi rumah perlu dielakkan. Gunakan perkhidmatan awam sekiranya terdapat kemudahan tersebut di kawasan mereka sebaliknya elak penggunaan kenderaan secara kerap bagi mendapatkan barangan dan perkhidmatan dan penggunaan motosikal mungkin mampu menjimatkan kos perbelanjaan. Di samping itu isi rumah perlu bijak mengatur pembelian barangan dengan hanya focus kepada sesebuah kedai yg menawarkan banyak barangan supaya isi rumah tidak perlu ke kedai lain bagi mendapatkan barangan tertentu. Ini juga dapat menjimatkan masa dan kos.
Dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat
adalah sukar untuk golongan awam dan golongan biasa melakukan pelaburan apatah
lagi simpanan disebabkan pendapatan yang diperolehi tidak lagi mampu menampung
kos sara hidup yang meningkat akibat kegawatan harga minyak. Maka isi rumah
perlu bijak menguruskana kewangan masing-masing iaitu dengan cara menjadikan
lebihan wang yang diperolehi daripada sumber lain sebagai sumber simpanan
seperti wang pemberian hari raya, bonus, tuntutan OT, kerja sampingan dan
lain-lain. Walaupun emas dilihat mampu memberikan pulangan yg tinggi dalam
bentuk pelaburan tetapi ia hanya untuk jangka masa panjang dan bukan utk masa
pendek. Jester pelaburan hanya boleh dilakukan sekiranya isi rumah betul2
mempunyai lebihan pendapatan yang banyak dan digalakkan untuk membeli dalam
bentuk emas fizikal yang bersaiz kecil supaya ia mudah dicairkan dan cepat
dikemudian hari sekiranya berlaku kegawatan berbanding emas bersaiz besar. Yang
mustahak lagi adalah setiap isi rumah perlu mempunyai sekurang2nya sedikit tunai
ditangan sebagai simpanan kecemasan buat masa sekarang bagi kemudahan di masa
akan datang.
Kita perlu bijak mengelak dari membuat hutang
yang baru dalam waktu kegawatan harga minyak ini kerana ia sangat membebankan
dan merugikan pengguna. Selain itu kita perlu elak dari menggunakan BNPL
kerana ia dikhuatiri akan membebankan kewangan individu yang akhirnya
menyebabkan hutang individu semakin membengkak tanpa disedari. Kita perlu
terus mengguna dan memanfaatkan apa yang ada ketika ini tanpa terjebak dengan
promosi dan iklan serta panggilan oleh pihak-pihak yang cuba mempengaruhi
individu untuk membuat hutang baru. Kita di saran untuk hidup secara
sederhana yang merangkumi makanan, pakaian, dan tempat tinggal kerana ketiga2
elemen tersebut merupakan barangan keperluan.
No comments:
Post a Comment