Sunday, 31 May 2026

Apakah faktor utama yang akan mempengaruhi jangkaan agihan keuntungan Tabung Haji bagi tahun kewangan 2025, khususnya dalam persekitaran kadar faedah global yang masih tidak menentu?

 Faktor utama yang mempengaruhi agihan keuntungan TH 2025 adalah keupayaan pihak TH yang mempelbagaikan pelaburan mereka dalam pelaburan yang mampan termasuk pelaburan terhadap2 aset2 strategik TH di dalam dan luar negara. Dengan ini risiko terhadap pelaburan ini menjadi terkawal dan terurus walaupun ekonomi geopolitik dunia yang tidak menentu yang turut boleh mempengaruhi perubahan kadar faedah dunia. Tetapi dengan kadar pertumbuhan KDNK negara 2025 yang sgt baik iaitu 5.2% melepasi sasaran awal 4.8% dan pengukuhan RM berbanding USD dan juga branding Malaysia dalam sektor pengurusan Haji dan Umrah memberikan kelebihan kepada TH untuk melaksanakan pelaburan yang berimpak tinggi tetapi berisiko sederhana bagi meraih keuntungan dalam pelaburan yang mampu memberikan agihan keuntungan yg lebih tinggi kepada para pendeposit.  Ini kerana KDNK pada tahun lepas telah memberikan satu gambaran yang positif terhadap kemampanan dan keupayaan ekonomi negara khususnya dalam mendepani ekonomi global yang tidak menentu dan disamping ekonomi domestic malaysia yang kuat telah memberikan keyakinan kepada pelabur sehingga mengukuhkan pasaran saham di samping kebijaksanaan BNM yang masih mengekalkan kadar OPR bagi memastikan persekitaran ekonomi dan pasaran saham Malaysia berada dalam keadaan teransang dan meningkat.

Memang secara logiknya peningkatan kos operasi haji dan umrah termasuk kos-kos2 lain di arab Saudi akan mempengaruhi secara langsuang keuntungan bersih LTH dan juga kesan kepada agihan keuntungan kepada pendeposit TH bagi tahun 2025. Namun begitu dengan peningkatan RM berbanding SAR dan juga langkah-langkah proaktif yang diambil oleh pengurusan TH dalam mengurangkan kos operasi mereka yang dilihat tidak efesyen dan tidak produktif serta merugikan dilihat mampu memberi kesan kepada peningkatan kadar agihan 2025. Begitu juga dengan beberapa penambahbaikan dalam urusan yang berkaitan dengan para Jemaah Haji termasuk jumlah simpanan dan pemberian subsidi serta syarat yang lebih ketat bagi menunaikan haji dilihat mampu memberi kesan secara keseluruhan kepada jumlah perbelanjaan TH sebenar yang mampu memberikan kesan positif secara tidak langsung kepada peningkatan kadar agihan 2025.

Adalah wajar untuk para pendeposit TH mengharapkan agihan yang jauh lebih tinggi daripada 3.25% bagi tahun 2024 memandangkan tahun 2025 dilihat ekonomi semakin berada di atas landasan yang tepat untuk memacu pertumbuhan ekonomi yg jauh lebih tinggi bagi tahun 2026. Dengan pengurusan polisi kewangan negara yang baik oleh pihak bank negara Malaysia menjadikan kadar pulangan pelaburan kepada TH dijangka meningkat dan tinggi khususnya melalui pelaburan di pasaran saham dan pelaburan asset-aset strategik TH dan hasil pulangan ini perlu diterjemahkan dalam bentuk dividen yang tinggi kepada para pendeposit TH setelah dibayar zakat. Jika ini berjaya dilakukan dijangka lebih ramai lagi para pendeposit baharu akan mula mencarum ke simpanan TH dan pendeposit sedia ada juga akan menaikkan jumlah simpanan mereka di TH. Oleh itu saya menjangkankan agihan keuntungan TH kepada pendeposit bagi tahun 2025 akan mencecah RM3 bilion lebih.

MFi@chegar

No comments:

Post a Comment