Ternyata belanjawan 2027 merupakan satu lagi belanjawan berani dan reformasi dengan mengutamakan peningkatan kuasa beli rakyat melalui pelbagai bantuan dan inisiatif yang diumumkan oleh kerajaan yang meliputi pelbagai aspek demi meastikan rakyat mempunyai lebihan pendapatan. Masyarakat malaysia perlu menenepikan perbezaan politik dengan melihat belanjwan ini merupakan kesungguhan kerajaan secara serius demi meningkatkan pendapatan rakyat sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi menguruskan ekonomi rakyat mendepani cabaran ekonomi yang sentiasa menyebabkan kos sara hidup meningkat setiap tahun.
Peningkatan gaji minimum dari Rm1700 kepada RM 2000 dan gaji
graduan yang ditetapkan bermula RM2500 merupakan perkara utama yang dilhat akan
memberikan impak positif bukan sahaja kepada rakyat tetapi juga kepada kitaran
ekonomi Malaysia seterusnya mampu ‘menebalkan’ poket rakyat. Bagi memastikan
dan menyokong kitaran positif ini kerajaan telah menurunkan dua kadar cukai
individu dan memperluaskan lagi pelepasan cukai supaya rakyat sentiasa
mempunyai lebihan pendapatan dan kuasa membeli yang kukuh melalui pelepasa
cukai untuk bersalin, ibubapa, tuisyen anak, sukan, haiwan dan beberapa lagi. Ini
ditambah lagi dengan pengecualian duti setem rumah pertama yang bernilai
rm500k.
Di samping itu bagi membolehkan kitaran ekonomi Malaysia berada dalam keadaan postif dan mapan di samping membantu sektor peruncitan dan peniaga kecilan dan pasar tani, kerajaan telah menaikkan STR kepada RM150 sebulan dan bantuan SARA pula dinaikan menjadi dua kali setahun. Pemberian ini jelas membuktikan kerajaan sedaya upaya membantu golongan b40 dan warga emas agar segala keperluan asas yang paling minima mampu dimiliki agar kesejahteraan hidup mereka terbela dan sejahtera. Dalam erti kata lain golongan ini akan mempunyai pendapatan tambahan untuk berbbelanja berbanding sebelum ini. Begitu juga dengan bantuan bantuan awal persekolahan yang ditingkatkan kepada RM200 membolehkan bebanana rakyat dapat dikurangkan khususnya giolongan b40 dan m40.
Sektor GIG yang
terdiri daripada pelbagai bidang yg merangkumi hampir 3.3 juta pekerja yang
menyumbang kepada peningkatan sektor perkhidmatan juga turut mendapat limpahan
manfaat bajet 2027 ini apabila RM160 juta diperuntukan bagi membiayai pakej
pendapatan minimum, penyelenggaraan, insurans dan PERKESO. Ini secara tidak
langsung akan memberikan kelegaan kepada pekerja GIG yang nasib dan masa depan
mereka semakin terbela kerana diharapkan melalui pakej ini pekerja GIG mampu
menjana pendapatan yang lebih dan tinggi berbanding sebelum ini.
Bayaran minimam PTPTN sebanyak RM50, FLYSiswa RM500
berbanding rm400 untuk 60000 pelajar ipta sebelum ini dan MYKOMUTER50 yg
diperkenalkan juga memberi gambaran kerajaan cuba mengimbangi kuasa membeli
rakyat bukan sahaja golongan bekerja tetapi juga pelajar agar mereka juga turut
bersama dalam mewujudkan limpahan kitaran ekonomi yang positif dalam negara. Dalam erti kata
lain golongan ini juga akan mempunyai lebihan pendapatan yang boleh
dibelanjakan kelak kesan pakej yang ditawarkan oleh belanjawan 2027 ini nanti.
Tetapi juga kemungkinan wujudkan aliran kebocoran dalam pasaran ekonomi Malaysia sekiranya lebihan pendapatan yang diberikan ini menyebabkan rakyat kurang berbelanja sebaliknya mereka lebih gemar menyimpan di bank, maka situasai ini akan sedikit sebanyak boleh membantutkan kerancakan pertumbuhan ekonomi negara dan pada masa yang sama perkara ini akan lebih jauh menguntungkan bank-bank di Malaysia berbanding rakyat. Sebaliknya rakyat sekali lagi akan menjadi lubuk bank mencipta kekayaan dan aset dengan mengembangkan aset melalui penawaran pinjaman dan kewangan kepada rakyat yang terbeban dan memerlukan wang dalam bentuk pinjaman atau pembiayaan peribadi, kad kredit, pinjaman dan pembiayaan kereta dan sebagainya. Dalam erti kata lain 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu' juga taraf hidup rakyat akibat kejahilan dan kekurangan ilmu dalam menguruskan kewangan isi rumah masing. Apa yang lebih mutahak kepada semua rakyat Malaysia adalah berbelanja mengikut KEPERLUAN (needs) dan BUKAN berbelanja mengikut KEHENDAK (wants).
