Pembangunan perumahan berketumpatan tinggi semakin dominan di bandar – bandar termasuk pinggir bandar di Malaysia kerana pemaju-pemaju mampu mengaut keuntungan dengan cepat dan mudah serta terjamin di sebabkan permintaan yang tinggi dari pembeli-pembeli dan juga para pelabur hartanah. Ini kerana pembangunan perumahan di bandar-bandar menjadi tumpuan pembeli kerana kemudahan infra yang lengkap dan kemudahan-kemudahan asas lain yang sempurna di samping kemudahan2 sampingan yang lain menyebabkan pembeli tertarik untuk tinggal di sini dengan membeli perumahan yang berbentuk rumah teres, semid-d, banglo, apartment ataupun kondominium. Pelbagai kemudahan yang wujud di bandar-bandar menjadikan ini satu kelebihan kepada pembeli untuk memudahkan kehidupan mereka dan keluarga untuk jangkamasa panjang . Oleh sebab itu pemaju cuba membangunkan perumahan sebanyak mungkin di Kawasan bandar sehingga mencapai ketumpatan tinggi kerana permintaan yang wujud dan tinggi masih ada dalam pasaran hartanah oleh pembeli ataupun pelabur hartanah. Oleh sebab itu jika dilihat di kawasan2 bandar yang mempunyai pembangunan berketumpatan tinggi, persekitaran ekonomi di Kawasan tersebut pesat membangun dan meriah serta sangat memudahkan dan membantu penduduk sekitar.
Secara teorinya projek high density sering
dipromisikan sebagai lebih mampu milik kerana bilangan unit rumah yang dibina
dengan begitu banyak serta pelbagai jenis kategori rumah ditawarkan menjadikan
harga rumah lebih murah dengan kwasan tanah yang dibangunkan dengan
kemudahan-kemudahan asas dan kemudahan lain yang lengkap seperti sekolah rendah
dan menengaha, masjid, klinik kesihatan atau hospital, kawsan perkuburan,
stesen minyak, jalan raya yang luas dan dekat dengan tol, pergerakan trafik
yang lancar, rumah kedai yang pelbagai, Kawasan riadah serta
kemudahan-kemudahan lain. Namun hakikat sebenar Projek high density sering
dipromosikan sebagai lebih mampu milik adalah tidak tepat apabila terdapat projek yang high density dijual
dengan harga yang melampau tinggi serta tidak mengikut harga pasaran. Yang
lebih mendukacitakan adalah projek perumahan yag dibangunkan dijual dengan
harga yang tidak selari dengan tingkat pendapatan masyarakat. Selain itu pemaju
juga kadang-kadang mengambil kesempatan dengan menawarkan harga yang tidak
sesuai dengan keluasan rumah yang sangat kecil yang dilihat murah pada harga
tetapi tidak selesa kepada pembeli yang ingin memiliki rumah. DI samping itu
terdapat juga unit rumah yang dijual dengan harga mampu milik tetapi dikenakan
kos penyelengaraan yang sangat mahal yang akhirnya membebankan kewangan isi
rumah yang membeli rumah tersebut.
No comments:
Post a Comment