Duit raya remaja tidak semestinya wajar disimpan ke dalam akaun KWSP semata2 kerana pada peringkat ini remaja hanya perlu didedahkan dengan budaya menabung sebagai dana persaraan hari tua kelak. Jesteru menyimpang di mana2 sahaja institusi adalah wajar dan bukan sahaja di KWSP semata-mata. Yang mustahak setiap wang raya dikumpulkan itu para remaja mempunyai objektif untuk meningkatkan tabungan mereka di mana2 sahaja yang dianggap selamat. Apabila remaja ini telah emningkat dewasa dan budaya serta displin menabung mula tinggi, barulah mereka diberi kebebasan dan dorongan untuk menyimpan di tempat yang selamat dan mampu memberikan pulangan yang tinggi. Namun dengan zaman sekarang yang memberikan peluang sesiapa sahaja termasuk remaja mampu memliki emas dalam jumlah yang kecil, maka adalah wajar duit raya dibelanjakan kepada emas fizikal kerana kadar pulangan yang sangat tinggi serta selamat dan tahan inflasi dan ia mampu dilihat dan disimpan secara fizikal oleh rmaja. Ini akan merangsangkan lagi keinginan mereka untuk terus menyimpan bagi memiliki emas.
Tidak ada risiko sekiranya melakukan pelaburan dengan
meletakkan duit raya remaja dalam KWSP sebagai pelaburan jangka masa panjang sebaliknya
lagi awal dilakukan maka lebih tinggi pelaburan yang akan diperolehi kelak.
Jesteru itu risiko dalam pelaburan KWSP amat rendah kerana KWSP bukan diuruskan
seperti institusi perbankan dan kewangan yang lain yang mengutamakan pendekatan
keuntungan semata-mata sebaliknya pelaburan seperi di KWSP ini akan dipantau
dan sentiasa diperhatikan oleh pihak kerajaan dan ia bukan berlandaskan
keuntungan mutlak sebaliknya sebagai satu institusi yang menjadi sumber
pengurusan simpanan orang ramai bagi meneruskan kehidupan yang sejahtera
selepas mencapai usia tertentu dan perkara ini akan disentiasa direalisasikan
oleh kerajaan terhadap KWSP.
Pulangan dividen KWSP pula masih dianggap antara yang kompetitif di
Malaysia berbanding simpanan-simpanan lain khususnya simpana di institusi
perbankan termasuk ASB. Jesteru itu dividen ini perlu dilihat oleh golongan
muda sebagai salah satu bentuk pelaburan jangka masa panjang yang sangat baik
untuk mereka yang dilihat berjaya dan mampu mendisplinkan mereka secara paksa
untuk menyimpan daripada pendapatan yang diperolehi secara konsisten dan
memdapat pulangan yang tinggi tanpa perlu memikirkan potensi dan prospek lain
yang mampu memberi pulangan setinggi KWSP. Jesteru itu golongan muda perlu
menggunakan platform kwsp sebagai satu alat pelaburan terpenting dan terbaik
bagi mereka hidup selesa apabila menjelang usia tua. Maka pengeluaran wang
daripada akauan2 KWSP sepatutnya dielakkan ataupun diminimakan sekiranya
golongan ini mengetahui peri pentingnya mendapat hasil yang lumayan dari pelaburan
dalam KWSP.
Pada peringkat remaja, pendedahan kepada pengalaman
menguruskan pengurusan tunai dan kewangan sendiri walaupun dalam jumlah yang
kecil adalah mustahak bagi memupuk displin diri kearah menjadi seorang yang
mempunyai pengetahuan yg bijak dalam menguruskan kewangan mereka kelak
khususnya ketika mereka telah mula mempunyai sumber pendapatan sendiri. Dari
sinilah mereka akan cepat menyimpan bagi masa depan mereka untuk tempoh jangka
masa yang panjang. Namun sekiranya diumur remaja, mereka tidak didedahkan
dengan ilmu dan pengalaman untuk menguruskan duit, apabila dewasa nanti wang
yang dikumpulkan kelak akan dihabiskan dengan begitu cepat tanpa memberi
manfaat dan pulangan kepada pengembangan dan penambahan asset bagi sedia ada.
Jesteru itu umur remaja perlu didedahkan dengan ilmu pengurusan tunai dan
kewangan sendiri walaupun dalam jumlah yang kecil supaya mereka dapat mempelajari
pengalaman secara langsung dan ini akan membentuk pola kecenderungan untuk
lebih menyimpan di masa akan datang apabila mereka telah dewasa. Ini juga mampu
nanti mewujudkan masyarakat yang mempunyai nilai kebahagian dan kesejahteraan
hidup yang tinggi kesan daripda celik pengurusan kewangan semasa remaja.
Strategi terbaik bagi setiap ibubapa menguruskan duit raya anak adalah dengan hanya mengutamakan kepada dua bentuk simpanan sahaja iaitu simpanan berbentuk asset mudah cair dan simpanan asset kalis inflasi dan tahan lama serta mempunyai kadar pulangan yang tinggi. Bagi simpanan asset mudah cair ibubapa boleh menyimpan duit raya anak dalam bentuk akaun simpanan di institusi perbankan Islam dan juga institusi bukan perbankan seperti LTH dan sebagainya lagi. Bagi simpanan asset yang menjadi kalis inflasi dan tahan lama serta mempunyai kadar pulangan yang tinggi, ibubapa boleh mula menyimpan duit raya anak dalam bentuk emas sama ada emas fizikal atau emas hiasan. Walaupun emas hiasan dianggap kurang memberi pulangan tinggi berbanding emas fizikal kerana kos upah , namun emas hiasan tetap memberi kadar keuntungan yang jauh lebih tinggi berbanding simpanan di institusi perbankan di Malaysia.
MFi@chegar
No comments:
Post a Comment