Dengan mengambil kira kadar OPR semasa 2.75% dan keadaan ekonomi Malaysia yg kukuh dan mapan walaupun berhadapan dengan cabaran ekonomi global yg tidak menentu, maka bagi mereka yang ingin mengembangkan lagi asset dan menambah pelaburan lain dengan cara refinance rumah adalah satu langkah yang baik kerana lebihan harga semasa rumah berbanding harga asal memberikan mereka lebihan tunai yg banyak di samping mungkin kadar bayaran rumah menjadi lebih murah disebabkan kadar OPR yang lebih rendah berbanding sebelum ini. Namun bagi mereka yg refinance rumah semata-mata ingin mendapatkan tunai bagi tujuan membeli kenderaan, melancong dan perubahan gaya hidup, maka ini bukan satu keputusan yg tepat dan betul kerana di khuatiri refinance rumah menyebabkan mereka terus dibelenggu hutang dalam tempoh yang semakin panjang dan akhirnya menjejaskan kesesejahteraaan hidup mereka akibat tidak berfikir panjang dan mementingkan gaya hidup yg mewah tanpa mengukur keupayaan pendapatan isi rumah.
Ramai pemilik rumah boleh untuk refinance rumah kerana mereka mahu
bayaran bulanan lebih rendah dan ini mampu kurangkan beban kewangan tetapi dengan syarat tempoh pembiayaan
dan pinjaman tidak dipanjangkan dan pada masa yg sama kadar OPR dan BR, SBR,
BLR dan BFR adalah rendah berbanding masa awal beli rumah tersebut. Maka ini
memang memberi kelebihan kepada pemilik rumah dan ia memang menjimatkan dan menguntungkan. Namun
sekiranya refinance rumah sebagai salah satu cara mudah untuk dapat cash flow (tunai) yang besar dengan memanjangkan lagi tempoh hutang maka hakikatnya ia
menjerut pemilik rumah tanpa mereka sedari. Ini kerana mereka hanya memperolehi
tunai secara dalam tempoh yg singkat tetapi mereka terpaksa membayar hutang
dalam tempoh yg panjang dengan dengan jumlah yg sangat besar dan membebankan
serta kos MRTT dan juga MRTA yang tinggi. Ramai di kalangan pembeli rumah
beranggapan bahawa refinance rumah adalah langkah terbaik dalam mendapatkan
aliran tunai yg mudah namun tunai yg diperoleh itu tidak membantu mengurangkan
hutang mereka untuk jangka masa panjang sebaliknya memberi keselesaan seketika
sahaja kepada mereka.
Mereka yang mempunyai komitmen bulanan yang tinggi,
tidak mempunyai sumber pendapatan lain, gaya hidup yg tidak selari dengan tingkat
pendapatan dan juga tidak mempunyai disiplin membayar hutang yang teratur amat
tidak digalakkan untuk membuat refiance rumah kerana keberangkalian peratusan
golongan ini akan terjebak kepada belenggu hutang yang banyak dalam tempoh
panjang adalah tinggi dan merisaukan.
Kesilapan yang paling kerap dilakukan oleh pemilik
rumah sebelum keputusan refinance rumah adalah mereka hanya memfokuskan cara
memperoleh tunai bagi meneruskan keselesaan hidup secara jangka masa pendek
tanpa memikirkan beban hutang yang terpaksa ditambah dalam tempoh jangka masa
panjang. Mereka juga sering melihat kepada refiance rumah mampu menyelesaikan
segala kekangan kewangan yg mereka hadapi tetapi hakikatnya disebabkan tiada
ilmu perancangan dan pengurusan kewangan menyebabkan hutang mereka tidak
berkurang sebaliknya meningkat dalam tempoh jangka masa panjang yang akhirnya
membebankan mereka dan menggugat kesejahteraan hidup mereka. Mereka juga sering
kali kalah dan terpesona dengan tawaran oleh pihak bank tentang kemudahan
refinance rumah tanpa mengetahui di situ ada perangkap hutang yang akan
menjerat mereka kerana tunai yg diperolehi daripada refinance rumah akan
menambahkan tempoh hutang mereka menjadi lebih panjang dengan kadar hutang yang
baharu dan berjumlah lebih besar dari yg asal.
Sekirnya refinance rumah hanya ingin
mendapatkan tunai bagi tujuan keselesaan hidup maka ia bukan keputusan yang
bijak sebaliknya ia keputusan buruk dalam pengurusan kewangan kerana kelak ia
akan menjerut pemilik rumah dengan beban dan komitmen hutang yang semakin
tinggi dalam jangka masa yang panjang. Wang tunai akan habis begitu sahaja
hanya tujuan kepuasan hidup dan keseronokan manakala hutang baharu akibat
refinance rumah menjadi tinggi dan tempoh masa bayaran hutang pula menjadi
semakin panjang. Dalam erti kata lain pemilik rumah sengaja memanjangkan tempoh
hutang mereka.
Tetapi sekiranya cash out ini digunakan untuk
pelaburan dan simpanan lain seperti digunakan untuk membayar deposit rumah
baharu, membeli emas, menambah simpanan di ASBi dan LTH, membeli dana saham
tertentu dan beberapa lagi, maka ini merupakan tindakan yg wajar dan bijak
dalam mengembangkan asset dengan cara mengunakan asset bagi menambahkan lagi
asset yg lain.
Pemilik rumah boleh mengira sama ada
penjimatan daripada refinance benar-benar berbaloi berbanding kos yg perlu
ditanggung dengan cara membandingkan kadar OPR semasa dengan OPR waktu membeli
rumah asal, jumlah hutang baharu rumah berbanding harga asal pinjaman dan
pembiayaan rumah refinance, perbezaan jumlah bayaran bulanan sebelum dan
selepas refinance dan tempoh masa berhutang. Sekiranya perbezaan jumlah caj
keuntungan dan faedah yang dikenakan oleh pihak bank kepada pemilik rumah lebih
rendah selepas refinance berbanding sebelum refinance, maka ia adalah berbaloi,
sebaliknya jika tinggi ia adalah tidak berbaloi.
MFi@chegar










