Thursday, 14 May 2026

Adakah pemulangan RM8.5 bilion menunjukkan tahap rasuah negara berada pada tahap membimbangkan atau sebaliknya?

 Pemulangan RM.8.5 bilion ini perlu dilihat dari sudut yang sangat luas dan tidak boleh ditumpukan kepada satu aspek sahaja. Oleh itu pemulangan rm8.5 bilion bagi tahun 2025 sebenarnya merupakan satu angka yang sangat besar dan membimbangkan di mana ia mencerminkan bagaimana penyakit rasuah ini memberi implikasi negatif kepada pembangunan negara akibat kebocoran aliran wang dalam pasaran. Ia juga menunjukkan bahawa penyakit rasuah kini semakin menular secara berleluasa bukan sahaja melibatkan pihak swasta tetapi juga kakitangan kerajaan yang menjadi tulang belakang kepada pengurusan dan tadbir urus negara. Ini sesuatu yang sangat membimbangkan kerana jika tidak ditangani segera dikhuatiri penyakit rasuah ini akan menjadi barah kepada seluruh rakyat Malaysia yang boleh meruntuhkan negara di mana rasuah berlaku di mana-mana sahaja dalam sistem pentadbiran dan pengurusan negara dan akhirnya tidak mustahil di masa akan datang Malaysia akan menjadi negara yang mendapat kedudukan rasuah tertinggi di dunia. Ini akan menakutkan para pelabur dan boleh merencatkan pelaburan masuk dalam negara. Oleh itu pemulangan RM8.5 bilion ini menunjukkan tahap rasuah negara kini memang berada pada tahap membimbangkan.

Wang hasil rampasan ini seharusnya digunakan untuk membangunkan projek-projek yang melibatkan kemudahan awam supaya wang ini benar-benar dirasai dan dinikmati serta Nampak secara fizikal kemana wang tersebut digunakan oleh pihak kerajaan. Jika ini berjaya dilakukan ia mampu memberikan keyakinan yang tinggi dan kepercayaan yang padu oleh rakyat kepada kerajaan yang memerintah.

Untuk menilai ketelusan pengurusan wang yang berjaya dikembalikan adalah dengan mewujudkan satu badan pengurusan khas pemulangan wang dan aset berkaitan rasuah. Badan ini terdiri daripada mereka yang boleh dipercayai dan berpengalaman serta tidak pernah terpalit dengan isu politik dan intergriti dalam negara. Setiap pengurusan wang yang berjaya dikembalikan perlu diaudit secara berkala supaya wang ini benar-benar digunakan bagi tujuan pembangunan kemudahan awam dan rakyat dan bukan untuk agenda politik aatau kepentingan pihak-pihak tertentu.

Kita sangat menyokong ketegasan PM dalam hal ini. Namun sebenarnya ketegasan untuk kepimpinan agensi penguatkuasa untuk membuat pembaharuan sebenarnya tidak bergantung kepada masa sama ada seminggu, sebulan atau 3 bulan dan sebagainya. Yang mustahak dan peri penting adalah bagaimana negara ingin melahirkan pimpinan agensi penguatkuasa yg mempunyai sifat jati diri dan intergriti yang tinggi dan sanggup melawan rasuah walau terpaksa menggadai nyawa demi keselamatan dan kesejahteraan negara Malaysia. Oleh itu nilai-nilai agama perlu diterapkan oleh semua pimpinan agensi penguatkuasaan supaya jiwa yang kotor dan nafsu serakah yang negatif dapat dikawal. Selain itu hukuman yang paling berat perlu diberikan bukan sahaja kepada penerima rasuah tetapi juga kepada pemberi rasuah khususnya mereka yang bekerja dalam sektor awam yang telah diberikan amanah untuk melaksanakan tugas dengan jujur dan berintergiti.

Pembaharuan paling segera yang perlu dilakukan untuk membendung rasuah secara besar besaran adalah dengan memastikan setiap tender projek kerajaan perlu dibuat secara terbuka dan jawata kuasa pemilihan tender tersebut mestilah terdiri mereka bersih dan mempunyai intergiti dan kepakaran yang tinggi serta mereka tidak terikat dengan arahan pihak-pihak yang mempunyai kepentingan. Selain itu pemberi rasuah perlu dikenakan hukuman yang berat bersama-sama2 dengan penerima rasuah. Di samping itu pengistiharan harta perlu dibuat 2 tahun sekali dengan majikan supaya pemantaun boleh dilakukan secara berkala. Selain itu juga pihak SPRM dengan kerjasama majikan dan persatuan sekerja Malaysia boleh berkalobrasi bagi memantau perubahan gaya hidup kakitangan atasan dan bawahan yang tidak setaraf dengan pendapatan dan kerjaya. Di samping itu juga sistem pendidikan negara perlu mewarwarkan tentang rasuah dan bahaya kepada rakyat serta negara kepada murid dan pelajar melalui subjek-subjek yang berkaitan.

MFi@chegar 


No comments:

Post a Comment