Tuesday 24 May 2022

KESAN KENAIKAN OPR KEPADA PEMBIAYAAN BERASASKAN KADAR TETAP (FIXED RATE)

Kenaikan OPR telah menjejaskan pengurusan kewangan bagi sesebuah isi rumah. Isi rumah perlu berbelanja secara berhemah agar perbelanjaan diperuntukan kepada barang yang perlu dan bukan barang kehendak. Ini kerana kenaikan OPR telah menyebabkan bayaran kepada kebanyakan pinjaman dan pembiayaan daripada institusi perbankan atau syarikat kewangan akan meningkat.

Namun sebenarnya terdapat produk pembiayaan yang tidak terjejas dengan kenaikan OPR ini. Produk pembiayaan yang tidak terjejas langsung dengan kenaikan OPR ini adalah pelanggan bank yang melanggan produk yang berasaskan KADAR TETAP.

Sebagai contoh  Haji MOFAISIB telah memohon pembiayaan perumahan dengan RHB Islamic Bank berasaskan kontrak TAWARRUQ atau MURABAHAH bagi tempoh 35 tahun di mana kadar keuntungan yang dikenakan oleh pihak bank adalah 4% sepanjang tempoh pembiayaan. Andaikan harga rumah Corner Lot yang ingin dibeli oleh Hj MOFAISIB yang terletak di Nilai Impian ini berharga RM600,000. Bayaran bulanan adalah sebanyak RM2100 sebulan. 

Maka sekiranya kadar OPR meningkat akan menyebkan pihak bank turut menaikkan kadar faedah atau kadar keuntungan yang dikenakan kepada pelanggan. Andaikan kadar faedah/kadar keuntungan semasa sebelum kenaikan OPR adalah 3%, selepas berlaku kenaikan OPR maka kedua-dua kadar ini akan meningkat kepada 6%. Namun disebabkan Hj MOFAISIB mengambil produk pembiayaan perumahan Islan mengunnakan Kadar Tetap, maka bayaran bulanan kepada pihak bank tetap tidak berubah kerana di dalam kontrak telah dinyatakan bahawa kadar ini tidak akan berubah sepanjang tempoh berkontrak. Jadi ini akan memberi kelebihan kepada pelanggan bank yang mempunyai produk berasaskan kadar tetap. Sebagai contoh pembiayaan perumahan dengan LPPSA (kakitangan kerjaan) tidak terkesan dengan kenaikan OPR.

Secara kesimpulanya di dalam perkhidmatan perbankan terdapat dua jenis kadar faedah dan kadar keuntungan yang mampu mempengaruhi perubahan bayaran iaitu Kadar Berubah dan Kadar Tetap. Biasanya kadar tetap lebih tinggi daripada kadar Berubah.



Friday 13 May 2022

OPR MENINGKAT DAN KESANNYA KEPADA PELANGGAN BANK



Minggu ini kita digemparkan dengan kenaikan OPR (Overnight Policy Rate) oleh Bank Negara Malaysia. Kenaikan KadaR Dasar Semalaman sebanyak 25 mata kepada 2.0% ( sebelum ini 1.75%).

Persoalannya kenapa berlaku kenaikan OPR ini? Sentimen kenaikan barangan yang berlaku di negara kita sejak akhir-akhir ini amat membimbangkan khususnya era Pandemic dan Endemik ini. Makanan dan minuman di kantin sekolah dan restoran naik, harga ayam naik, harga durian dijangka naik dan pelbagai lagi. Manakala nilai Ringgit Malaysia semakin seolah-olah semakin menurun (real value) berbanding nilai muka (nominal value). Contoh sebelum ini kalau kita mempunyai RM15, kita mampu makan di KFC dengan Snack Plate, namun disebabkan inflasi harga semakin meningkat kepada RM18 hanya golongan tertentu sahaja yang mampu makan. Begitu juga jika kita mempunyai simpanan RM200,000 sejak 5 tahun lalu kita mampu membeli sebuah apartment di Bandar Baru Bangi, namun pada tahun 2022 jumlah tersebut sudah tidak mampu membeli apartment tersebut kerana harga telah meningkat kepada RM300,000 walaupun bentuk, keluasan dan lokasi adalah sama.

Kita juga dapat melihat tahun 2022 menyaksikan nilai Ringgit Malaysia semakin lemah berbanding US Dolar dan pada bulan Mei 2022 1USD=RM4.38. Bermaksud sekiranya kita ingin mengimport barang yang menggunakan USD sebagai medium pertukaran bermakna kita perlu membayar dengan harga yang lebih tinggi berbanding sebelum ini walaupun jumlah barang yang diimport adalah sama. Walaupun begitu dari sudut pelabur luar, mereka akan lebih suka meneruskan urusan import ini kerana mereka akan memperoleh pendapatan yang lebih tinggi.

Persoalannya, apakah kesan kepada pelanggan bank?

a. pihak BANK akan menaikan kadar Base Rate (BR), Base Financing Rate (BFR) dan Base Lending Rate (BLR) kerana sifat bank itu sendiri yang objEktifnya adalah memaksimumkan keuntungan. Jadi kenaikan OPR ini akan menyebabkan mereka akan menaikkan kadar BR, BFR dan BLR kerana bank tidak mahu RUGI dalam apa jua keadaan. Melalui langkah menaikkan BR, BFR dan BLR maka risiko ini akan di PINDAHKAN kepada pelanggan. Impaknya akan dapat dilihat apabila:

i. bayaran bulanan pinjaman/pembiayaan kereta akan meningkat

ii. bayaran bulanan pinjaman/pembiayaan rumah akan meningkat

iii. bayaran bulanan pinjaman/pembiayaan peribadi akan meningkat

iv. bayaran bulanan pinjaman perniagaan akan meningkat

b. Produk-produk baharu yang akan dilancarkan oleh syarikat-syarikat akan dikenakan kadar bayaran bulanan yang tinggi seperti bayaran bulanan peralatan elektrik rumah, kedai emas, Seng Heng, dan pelbagai lagi

c. Harga kenderaan juga dijangka naik

Namun untuk makluman semua, kenaikan OPR ini masih lagi rendah jika dibandingkan pada peringkat awal pandemik COVID 19 dahulu iaitu 3% lebih. Kemudian OPR ini diturunkan bagi meransangkan ekonomi negara melalui peningkatan kuasa membeli di kalangan rakyat apabila masyarakat mempunyai kecairan wang yang banyak melalui lebihan pendapatan mereka.

Oleh itu dalam situasi sekarang, kita sebagai pelanggan bank perlu bijak menguruskan kewangan diri dan keluarga. Elak melakukan sebarang pinjaman dengan pihak bank dan berbelanja ikut kemampuan dan keperluan bukan dengan kehendak.

Kesimpulanya kenaikan OPR telah menyebabkan beban kewangan kepada pelanggan bank mula meningkat. Peningkatan ini jika pelanggan bank tidak menguruskan kwangan keluarga dengan baik boleh menyebabkan isu rumah hidup dalam keadaan tidak sejahtera.