Tuesday 12 July 2016

Pelancaran Buku Pelajar Cemerlang di Universiti Berasaskan Naqli dan Aqli di Syawal 2016



Syukur ke hadrat Allah SWT iaitu Tuhan Yang Esa di atas limpah dan perkenan-Nya dapat saya menyiapkan sebuah buku yang berjudul “Pelajar Cemerlang di Universiti Berasaskan Naqli dan Aqli”. Selawat dan salam ke atas junjungan agung Nabi Muhammad S.A.W yang telah meninggalkan sunnahnya sebagai panduan hidup untuk seluruh umat Islam sejagat.



Pencapaian cemerlang akademik semata-mata tidak semestinya menjamin pelajar akan terus diterima ke pasaran kerja di Malaysia. Majikan pada hari ini sangat memilih untuk mengambil pekerja baharu. Pelbagai kriteria penting diletakkan oleh majikan bagi seseorang yang ingin bekerja. Dalam erti kata lain majikan pada hari ini mengharapkan pelajar yang ingin memasuki pekerjaan perlu memiliki lebih daripada prestasi cemerlang di dalam akademik.
Sehubungan dengan itu, buku ini telah mengupas keperluan kemahiran-kemahiran yang perlu wujud dalam diri pelajar sebelum memasuki alam pekerjaan. Keperluan kemahiran-kemahiran yang dibincangkan dalam buku ini telah terbukti berjaya menghasilkan graduan yang cemerlang di peringkat universiti. Oleh itu buku ini amat sesuai dijadikan panduan, rujukan serta sumber pengetahuan khususnya bagi pelajar universiti di samping ahli akademik, guru dan sebagainya. Secara ringkasnya buku ini dibahagikan kepada tujuh bab yang merangkumi cemerlang menurut perspektif Islam, Rasulullah SAW ikon terhebat Kemahiran Insaniah, ayat al-Quran berkaitan kemahiran insaniah, petua kejayaan mahasiswa cemerlang, sifat-sifat kemahiran insaniah pelajar cemerlang, kategori pelajar-pelajar di universiti, aplikasi naqli dan aqli dalam kehidupan mahasiswa. Alhamdulillah..

Kepada yg berminat sila PM saya di talian 019-5838661 atau 019-2177877 bagi mendapatkan harga DISKAUN....
Buku ini amat sesuai dijadikan panduan, rujukan serta sumber pengetahuan khususnya bagi pelajar, ahli akademik, guru dan sebagainya. Secara ringkasnya buku ini dibahagikan kepada tujuh bab yang merangkumi cemerlang menurut perspektif Islam, Rasulullah SAW ikon terhebat Kemahiran Insaniah, ayat al-Quran berkaitan kemahiran insaniah, petua kejayaan mahasiswa cemerlang, sifat-sifat kemahiran insaniah pelajar cemerlang, kategori pelajar-pelajar di universiti, aplikasi naqli dan aqli dalam kehidupan mahasiswa.