Tuesday 27 June 2017

MENCARI BARAKAH DI BAZAR RAMADAN



Bulan ramadan al-mubarak merupakan bulan yang yang di nanti-nanti oleh seluruh umat Islam di dunia. Di bulan ramdan ini seluruh umat Islam berpuasa seperti firman Allah SWT yang bermaksud “Wahai orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa” (Surah al–Baqarah: Ayat 183).  Sejarah telah membuktikan bahawa di bulan ramadan ini al-quran telah diturunkan oleh Allah untuk manusia jadikan panduan hidup di dunia dan mencapai kebahagian di akhirat. Namun yang lebih menarik dan di nanti-nanti oleh umat Islam ialah di bulan ramadan ini terdapat di satu malam yang dicari-cari oleh orang Islam iaitu malam lailatul qadar yang mana amalan di malam ini di samakan dengan 1000 amalan di bulan-bulan lain. Ini jelas menunjukan terdapat pelbagai kelebihan yang diberikan oleh Allah untuk hamba yang inginkan kenikmatan di bulan ramadan ini yang meliputi manfaat kesihatan dan manfaat ekonomi. Dari sudut manfaat ekonomi, bulan ramadan ini membuka peluang kepada peniaga-peniaga untuk menjana dan mengaut keuntungan berlipat kali ganda dengan jualan makanan-minuman dan barangan masing-masing khususnya di bazar-bazar ramadan. Lihat sahaja di merata –rata tempat kelihatan ada sahaja bazar-bazar ramadan yang menyediakan bukan sahaja puluhan menun makanan bahkan ada yang mencecah ratusan menu makanan yang menjadi pilihan orang yang berpuasa.

Bazar Ramadan yang menepati hukum syarak?
Bazar ramadan yang menepati hukum syarak ialah bazar ramadan yang mempunyai suasana persekitaran perniagaan dan urusan jual beli yang menepati hukum muamalat Islam.  Dalam erti kata lain bazar ramadan ini terdiri daripada penjual-penjual makanan yang mengutamakan konsep halal dan toyyibah terhadap makanan yang dijual dan bertaqwa manakala pembeli pula adalah terdiri daripada mereka yang tidak mengamalkan pembaziran dan mengikut nafsu ketika membeli sebaliknya membeli secara sederhana dan mengutamakan keperluan berbanding kehendak. Selain itu penjual juga mengetahui tentang rukun-rukun jual beli yang terdiri daripada penjual dan pembeli, barang yang dijual serta penawaran dan penerimaan. Setiap rukun ini pula mempunyai syarat-syarat yang tersendiri.

Bagaimana mencari barakah di bazar Ramadan?
Barakah ialah sesuatu pengiktirafan dan kemanisan yang diberikan oleh Allah kepada seseorang manusia yang melakukan sesuatu perkara adalah semata-mata perasaan taqwa kepada Allah. Allah SWT telah berfirman di dalam surah Al-Hujurat ayat 13 yang bermaksud: “ Sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa antara kamu.” Oleh itu seseorang peniaga harus sedar bahawa perniagaan yang dijalankan di bazar ramadan bukan semata-mata kerana ingin mengambil kesempatan mengaut keuntungan dengan meletakkan harga yang tinggi sebaliknya meletakkan konsep memaksimumkan pahala melalui aktiviti jualan makanan dan minuman untuk juadah berbuka puasa kepada umat Islam yang sedang berpuasa. Begitu juga pembeli yang meletakkan konsep berbuka puasa dengan mengamalkan makanan sunah dan bersederhana ketika berbelanja dan bukan dengan membeli makanan yang pelbagai bagi memenuhi kehendak hawa nafsu ketika berbuka. Ini amat bertepatan dengan firman Allah SWT di dalam surah Al–Israa’ ayat 26–27 yang bermaksud: “…dan janganlah kamu belanjakan harta kamu dengan boros yang melampau–lampau. Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur (ingkar) kepada Tuhannya”. Jika perkara ini boleh dilakasanakan dan dipraktikkan, insya-Allah keberkatan di bazar ramadan tersebut akan wujud di mana penjual berasa nikmat dengan hasil jualannya manakala pembeli berasa bersyukur sebab dapat membeli makanan yang halal serta bersih dan tidak meragukan serta tidak mahal dan berkualiti.


Apa yang perlu dielakkan oleh peniaga ketika di bazar ramadan?
Bagi peniaga-peniaga di bazar ramadan, ingin saya cadang dan nasihatkan agar marilah mencari keberkatan rezqi di bazar ramadan dengan cara yang halal dan mengikut syarak.  Perkara-perkara yang perlu dielakkan oleh peniaga dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu makanan yang dijual dan peniaga itu sendiri:
Makanan yang dijual:
·         Menjual makanan dengan mahal disebabkan peniaga lain tidak menjual makanan tersebut (monopoli)
·         Menjual makanan yang tidak habis dijual serta sudah basi dan dimasak semula untuk dijual
·         Menjual barangan curi dengan harga yang murah
·         Menjual makanan tanpa meletakkan harga makanan
·         Menjual makanan yang mempunyai bahan-bahan yang tidak dibenarkan oleh syarak
·         Menjual barangan berbahaya dan membazir seperti mercun

Peniaga Bazar
·         Penjual mestilah terdiri daripada orang Islam yang berpuasa khususnya lelaki kerana ada penjual dibazar ramadan yang tidak berpuasa tetapi berpura-pura puasa
·         Berhenti menjual seketika ketika azan dan menunaikan solat fardu dahulu kerana ada penjual dibazar yang sudah datang kebazar ramadan sebelum asar dan mula berniaga hingga ke maqrib tanpa solat fardhu
·         Menutup aurat bagi lelaki dan khususnya perempuan
·         Bersedekah sambil menjual makanan seperti memberi makanan lebih kepada pembeli kerana ingin mengaut pahala ramadan berganda
·         Penampilan penjual dan tempat berniaga mestilah bersih kerana bersih itu sebahagian daripada iman
·         Senantiasa memberi senyuman kepada pembeli kerana senyuman itu satu sedekah
·         Menjaga tutur kata dan penglihatan agar tidak terjebak kepada perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala seperti mengumpat pembeli yang  tidak mahu membeli makanan yang dijual ataupun melihat dengan ranjang terhadap wanita-wanita yang datang di bazar ramadan
·          Memaksimumkan pahala lebih diutamakan berbanding memaksimumkan keuntungan iaitu menjual makanan dengan harga yang tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah tetapi masih lagi mampu mendapat keuntungan bersih

Apa yang seharusnya perlu dilakukan oleh pembeli ketika membeli juadah di bazar ramadan?
Pembeli yang bijak dan menepati tuntutan syarak adalah pembeli yang mengutamakan keperluan berbanding kehendak. Ini kerana kehendak manusia adalah tidak terhad kerana didorongi oleh nafsu, tetapi pembeli yang bijak dan beriman mampu untuk menundukkan hawa nafsunya dengan membeli mengikut keperluan semata-mata dan tidak boros, membazir serta tamak. Allah SWT telah berfirman dalam Surah Al–A’raf ayat 31 yang bermaksud “...dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang melampaui batas”.
Sebagai contoh kita tidak perlu untuk membeli pelbagai makanan yang pada pandangan mata kasar kita ia sedap dan mengiurkan. Cukup sekadar membeli satu atau dua juadah sahaja kerana yang dikejar di dalam bulan ramadan bukan menjamu makan yang sedap ketika berpuasa tetapi yang utama  adalah melakukan solat terawih dengan tekun dan mencari Lailatul Qadar serta bertadarus dan berzikir sepanjang malam selepas berbuka puasa. Selain itu pembeli yang bijak dan bertaqwa juga akan memperuntukkan sedikit wang untuk membeli juadah untuk disedekahkan kepada jiran-jiran terhampir. Ini dilakukan kerana ingin memaksimumkan pahala dibulan ramadan dengan mencari pahala yang lebih melalui memberi makan kepada orang yang berpuasa.  Rasulullah SAW juga bersabda maksudnya "Sesiapa yang bersedekah menyediakan makanan bagi orang yang berpuasa, maka baginya pahala sebanyak mana orang yang berpuasa itu tanpa dikurangi pahala mereka".

Bagaimana cara untuk berbelanja mengikut Islam ketika di bazar ramadan?
Cara berbelanja mengikut Islam ketika di bazar ramadan ialah seseorang pembeli perlu mengetahui objektif berbuka puasa di dalam Islam. Islam tidak melarang umatnya untuk berbuka puasa dengan makanan yang lazat dan sedap tetapi tidak sampai ke tahap membazir dan melalaikan seseorang. Oleh itu sebelum berbelanja, seseorang pembeli harus membahagikan pembelanjaan untuk diri dan keluarganya serta perbelanjaan untuk jiran tetangga. Pastikan perbelanjaan yang telah diperuntukkan untuk  diri dan keluarga serta jiran tetangga sahaja yang dibawa ke bazar ramadan. Ini perlu dilakukan untuk mendisiplinkan diri agar tidak membeli makanan di luar kemampuan bajet yang diperuntukkan.

Apakah punca  yang menyebabkan keberkatan hilang semasa berniaga dibazar ramadan?
Terdapat beberapa punca yang mungkin boleh menyebabkan keberkatan berniaga di bazar ramadan hilang. Punca yang utama ialah tidak mengingati Allah yang memberikan rezqi seperti meninggalkan ibadat solat lima waktu sedangkan solat itu tiang agama. Sifat dan sikap penjual itu sendiri yang leka menjual makanan dan minuman bermula sebelum asar hingga waktu berbuka puasa tetapi tidak langsung menunaikan tuntutan wajib seperti solat asar. Punca lain ialah sikap penjual itu sendiri yang suka menjual makanan yang tidak bersih, menjual makanan lama yang sebelum ini tidak habis dijual, menjual makanan yang terdedah dengan kekotoran, penampilan penjual yang agak kotor dan hisap rokok ketika menjual makanan serta kuku panjang, diskriminasi pembeli, menipu harga makanan, berbohong tentang makanan yang dijual, tidak meletakkan tanda harga makanan serta minuman dan pelbagai lagi. Bagi pembeli pula ialah sikap berbelanja dengan boros dan membazir serta menunjuk-nunjuk kepada masyarakat akan menyebabkan keberkatan terhadap makanan yang dibeli akan hilang begitu sahaja. Selain itu, sikap pembeli yang tidak berasa syukur atas nikmat rezqi yang Allah kurniakan akan sentiasa berasa kedekut untuk bersedekah di bazar ramdan walhal dibazar ramadan terdapat pelbagai tabung bergerak yang memerlukan bantuan kewangan seperti tabung kemanusiaan Gaza dan Syria, pusat tahfiz, anak yatim,  wakaf masjid dan pelbagai lagi.


Friday 16 June 2017

Islamic Theology Practices in Islamic Banking



Islamic Theology

Encik Jahal gave an expensive new car worth RM 174,000 to Encik Lahab for facilitating the approval of a construction project in favour of Encik. Jahal’s company. Encik Jahal is a contractor while Encik Lahab is a officer in the department that awarded the contract. After that, Encik Jahal also gave a gratification of RM 5,000 to a Bank Officer XXX with the intention to have his application for a approval to be processed speedily.

As you read, think about this: Are any of the theological issues ?

Explain FIVE (5) roles and contributions of the Islamic Theology in the development of the Mankind in Islamic banking.

All the best and salam ramadhan al mubarak.