Wednesday 30 August 2017

PELABURAN WANG ZAKAT: BOLEH ATAU SEBALIKNYA

Sistem Kewangan Sosial Islam telah menyenaraikan zakat, wakaf, hibah, sedekah dan wasiat sebagai instrumen dalam pengagihan kekayaan dalam masyarakat. Kehidupan manusia yang semakin menghampiri REVOLUSI PERINDUSTRIAN 4.0  menyaksikan semakin banyak sistem kehidupan manusia berpaksikan kepada kecanggihan tenkologi. Sekiranya Revolusi ini tidak dikawal atau diacu dengan acuan Syariah maka dibimbangi ia boleh mencacatkan struktur kehidupan manusia yang mungkin membawa kepada jurang hidup antara golongan kaya dan miskin semakin jauh. Jesteru itu, sesuatu ijtihad baharu yang perlu kepada penambahbaikan instrumen penyusunan masyarakat agar lebih adil dan sejahtera perlu diterokai.

Dewasa ini kita sering mendengar tentang wakaf bermula dengan wakaf harta sehinggalah kepada wakaf tunai dan wakaf korporat. Wakaf ditonjolkan sebagai alat utama dalam mewujudkan masyarakat yang adil dan sejahtera. Pelbagai geran dan peruntukan diberikan dalam bidang ini agar wakaf ini diterokai dan sesuatu benda baharu tentang wakaf dapat diterjemahkan dalam bentuk mewujudkan masyarakat yang hidup aman dan sejahtera. Sesungguhnya usaha ini perlu disokong walaupun wakaf itu sebenarnya bukan bersifat wajib di dalam Islam berbanding zakat.

Jesteru itu, zakat yang telah diberi penekanan tentang peri pentingnya dalam Syariah Islam khususnya dalam ekonomi Islam sebagai alat utama penyusunan masyarakat agar melahirkan masyarakat Madani perlu diberi perhatian oleh pihak berkaitan. Pernahkan kita terfikir golongan miskin kini bukan sahaja wujud dikampung-kampung tetapi juga dikawasan pekan, bandar dan kota metropolitan. Pernahkah kita terfikir bahawa wang zakat yang diberikan kepada asnaf itu akan habis dibelanjakan oleh mereka dan mengharapkan bantuan zakat lagi di masa hadapan. Pernahkan kita terfikir zakat ini mampu diagihkan dengan jumlah yang jauh lebih besar daripada kutipan zakat sekiranya diuruskan dengan bijaksana. Pernahkah kita terfikir bahawa zakat ini boleh merentasi sempadan sekiranya didalam sesebuah masyarakat itu tidak ada lagi golongan asnaf2 lapan. Pernahkah kita terfikir bahawa zakat mampu membasmi sistem riba.Maksudnya di sini zakat perlu diberi nafas baharu mengikut perkembangan semasa tetapi masih tertakluk kepada sumber-sumber primary dalam Islam. Bagi mengatasi dan menjawab persoalan PERNAHKAH itu, maka satu usaha jitu perlu dilakukan bagi mencari kaedah bagi membolehkan WANG ZAKAT DILABURKAN demi maslahah umat Islam yang semakin mencabar atas dasar Istihsan.

Walaupun pandangan ulama ada yang tidak bersetuju wang zakat ini dilaburkan, ada juga pandangan ulama yang mengharuskan agar wang zakat ini dilaburkan. Pada pandangan sidang pembaca, wajarkah wang zakat ini dilaburkan? di mana keuntungan wang yang dilaburkan ini akan diberikan kepada asnaf2 dan bukan kepada institusi zakat itu sendiri kerana tugas institusi zakat hanya sebagai pemegang amanah sahaja. wassalam.