Sunday, 28 June 2026

Perubahan Tingkah Laku Pengguna di Malaysia Yang Mengutamakan Mudah/Cepat/Cashless/Online

 Perubahan ketara tingkah laku pengguna Malaysia yang kini lebih dinamik menyaksikan gaya hidup penguna semakin lebih mencabar dengan kos sara hidup yang sentiasa meningkat setiap tahun menyebabkan mereka menjadi pennguna yang sentiasa peka dan cakna serta teliti sebelum membuat keputusan untuk membeli sesuatu barangan dan perkhidmatan. Dalam erti kata lain pengguna sekarang telah mengubah cara berbelanja dengan mengutamakan nilai sesuatu barang berbanding barangan yg lain. Tren perbelanjaan pengguna Malaysia masih sama tetapi cara membuat keputusan mula berubah kerana pengguna sekarang samakin bijak dan teliti terhadap apa yang ingin dibelanjakan supaya wang yang digunakan itu betul-betul berbaloi dan bermanfaat serta mempunya nilai kepuasan yang tinggi bagi mereka. Jesteru itu perkembangan FinTech telah mempengaruhi pengguna di Malaysia lebih menggunakan cashless dan online kerana ianya sangat menguntungkan dan selamat berbanding kaedah konvensional.

Pengguna hari ini semakin mengutamakan kemudahan, pengalaman dan urusan digital dalam membuat keputusan pembelian kerana faktor harga yang dilihat jauh lebih murah melalui diskaun2, menjimatkan masa dan tenaga, banyak pilihan, tidak sesak dan menjimatkan perbelanjaan lain seperti penggunaan minyak kereta atau tol dan kos-kos lain bagi pengguna. Jesteru itu penggunaan pembelian barangan secara digital dilihat lebih memberi fleksible kepada pengguna untuk melakukan perbelanjaan dengan senang dan mudah serta lebih menyakinkan mereka tanpa ada kekangan waktu, masa, tempat dan keadaan.

Implikasi perubahan tingkah laku pengguna ini dapat dibahagikan kepada dua. Yang pertama ialah kesan negatif kepada perniagaan khususnya peniaga secara kecil-kecilan atau sederhana besar dijangka mengalami kesan yang besar sebab pengguna beralih arah kepada digital yang dilihat lebih murah dan ini akan menyebabkan peniaga mengalami margin keuntungan yang merosot. Selain itu jualan barangan kedai secara fizikal akan merosot manakala kos operasi masih tidak berubah. Di samping itu wujudnya persaingan harga yang semakin sengit yang menjejaskan keuntungan peniaga yang mungkin  membawa kepada penutupan operasi akibat rugi dalam jangkamasa panjang.

Yang kedua ialah kesan positif di mana penggunaan digital menyebabkan kos dan modal untuk berniaga semakin murah kerana peniaga tidak perlu menyewa bangunan dan rumah kedai yang mahal sebaliknya menjadikan rumah atau tempat tertentu untuk berniaga. Selain itu ini akan meransangkan permintaan terhadap barangan kerana wujudnya lebih ramai usahawan-usahawan baru yang menawarkan barangan secara online kerana kos operasi yang jauh lebih murah berbanding secara konvensional. Di samping itu ini juga akan merancakkan lagi dunia perniagaan secara online berskal besar yang akan memeberi kesan limpahan kepada sektor-sektor pengangkutan khususnya sektor GIG dan sektor perbankanSelain itu kesan yang lebih penting adalah ia akan membuka pintu kepada wujudnya peluang perniagaan berkala antarabangsa yang merentasi sempadan negara kerana pengguna mampu membeli barangan tanpa ada batas sempadan.

Peniaga di zaman sekarang perlu berani dan bijak mengambil peluang dengan memanfaatkan diri  denganperubahan teknologi terkini dalam urusan perniagaan mereka. Peniaga perlu membina perspesi TRUST di kalangan pengguna dengan tidak menipu harga, menjaga kualiti barangan, menjaga kualiti servis penghantaran dan elak memanipulasi sistem digital bagi mendapatkan keuntungan secara cepat dan besar dari pengguna. Jika ini berjaya dilakukan pengguna akan menjadi semakin setia dan jumlah pengguna akan meningkat setiap masa.

Mungkin dalam tempoh 10 tahun akan datang kemungkinan tidak lagi wujud penggunaan wang fiat fizikal sebab semuanya akan kea rah penggunaan cashless selaras dengan perkembangan teknologi dunia khususnya fintech yang sangat ditekankan oleh kerajaan bagi membolehkan Malaysia mengcapai status negara maju. Perubahan evolusi penggunaan wang telah berubah  apabila suatu ketika dahulu pengguna perlu menggunakan waag fiat untuk membeli dan telah berubah kepada penggunaan kad kredit/debit dan kini berubah kepada QR, e wallet, FPX, TnG, Shopee pay, Grab pay, online banking dan pelbagai lagi. Ini membuktikan bahawa pengguna di masa akan datang akan berubah corak perbelanjaan kepada cashless dan online.

MFi@chegar

Saturday, 20 June 2026

Durian Musang King Mampu Milik & Mampu Beli 2026

 Pada suatu masa dahulu, durian dianggap buah tempatan yang paling "LEGEND" kerana bukan sahaja bentuknya yang cantik dan berduri tetapi isinya yang harum, manis, lemak dan berkrim. Durian dahulu ditanam di kawasan kampung dan tanah-tanah bukit untuk dijadikan dusun durian. 

Kini perubahan masa dan zaman menyaksikan perubahan besar bukan sahaja berlaku kepada rakyat Malaysia tetapi juga buah durian. Buah durian kini telah mencipta Tsunami Harga apabila beberapa jenama baru buah durian telah muncul selain durian kampung. Durian berjenama kini bukan sahaja wujud di dusun atau kampung tetapi kini di kawasan bandar atau pinggir bandar kelihatan beberapa bidang tanah telah diusahakan tanaman durian ini kerana wujudnya permintaan dari negara luar khususnya negara China yang mempunyai pasaran berlipat kali ganda.

King bukan sahaja terletak kepada pangkat dan kedudukan bagi manusia tetapi juga buah durian di mana buah durian berjenama MUSANG KING  telah menggemparkan Malaysia suatu ketika dahulu kerana harganya yang tidak masuk akal sehingga mencecah ratusan ringgit bagi sebiji durian Musang King bertaraf A.

Warna hitam pula senonim dengan Tagline HITAM ITU MENAWAN dan kebanyakkan kereta mewah yang fully black kelihatan cantik dan bergaya. Begitu juga dengan buah durian apabila kini wujud pula buah durian DURI HITAM yang menjadi antara pencabar kepada Musang King. Harganya juga mencengkam jiwa dan poket pembelinya.

Udang yang paling sedap dan antara yg mahal adalah spesis Udang Galah. Begitu juga buah durian terdapat juga nama durian yang berjenama UDANG MERAH. Isi durian berwarna merah dan manis menjadikan durian ini kegilaan penggemar durian. Durian ini juga antara pencabar kepada durian Musang King.

Di Putrajaya terdapat sebuah pusat membeli belah yang sangat hebat dan mengujakan iaitu IOI. Ini kerana di situ terdapat pelbagai jenis barangan berjenama, makanan dan minuman serta restoran yang hebat dan juga pusat sukan yang menyeronokkan seperti bowling dan court badminton. Namun buah durian pun tidak terkecuali apabila jenama DURIAN IOI muncul dan menjadi pencabar terhebat kepada Musang King. Harganya juga bukan calang-calang. Rasanya juga sedap dan lemak berkrim.

Durian yang berjenama ini telah menenggelamkan asal usul durian iaitu durian kampung. Dengan harga yang begitu mahal menyebabkan segolongan tertentu sahaja yang mampu memiliki dan merasainya. Ada pula yang sanggup mengorbankan wang demi merasai kenikmatan rasa durian berjenama ini. Yang kurang pendapatan atau yang tidak mampu hanya mampu melihat dan like di FB sahaja.

Hari demi hari, bulan demi bulan dan tahun demi tahun menyaksikan tahun 2026 ini harga durian berjenama mula mengalami kejatuhan harga yang mendadak bagi pasaran tempatan. Ramai orang berpusu-pusu membeli disebabkan pemborong durian mula menawarkan harga yang rendah bagi bersaing dengan pemborong yang lain agar durian mereka habis dijual. 

Lebihan penawaran mula menyaksikan kesan kejatuha harga durian yang berjenama. Bayangkan durian Musang King dan IOI kini dijual antara RM6 hingga RM10 per/kg. Begitu juga dengan durian-durian berjenama yang lain. Isu saiz buah durian bukan lagi menjadi isu utama kerana rasa isi buah durian besar dan buah durian kecil adalah sama jika dari jenama buah durian yang sama. 

Persoalannya adalah siapa yang UNTUNG? jawapannya adalah pembeli dan penggemar mendapat untung kerana harga durian berjenama kini mampu milik dan mampu dibeli serta di rasa, manakala penjual durian pula juga untung kerana mampu menjual durian berjenama dengan cepat dan laris serta mengaut keuntungan dalam bentuk volum yang terjual adalah besar. 

KESIMPULANNYA  adalah persepsi dan ramalan yang mengatakan harga DURIAN MUSANG KING sangat mahal dan boleh mendatangkan keuntungan pada 10 tahun dahulu telah menyebabkan ramai pengusaha dusun dan pemilik tanah mula menanam durian tersebut dan durian berjenama lain secara besar besaran sehingga akhirnya kini telah berlaku lebihan penawaran yang memberi kesan kepada penurunan harga buah tersebut. 

MFi@chegar


Monday, 15 June 2026

Pelancongan perubatan menyumbang kepada ekonomi negara berbanding sektor pelancongan biasa?

 Dengan mengambil kira pertumbuhan pesat sektor perubatan khususnya di Lembah Klang, P.Pinang dan juga Johor seiring dengan kos perubatan yang semakin meningkat dan kompetitif, pelancongan perubatan  negara akan menjadi salah satu pemangkin kepada lonjakan pelancongan asing ke dalam negara memandangkan kualiti rawatan yg tinggi dan kos perubatan yang lebih murah berbanding dengan negara lain.  Ini secara langsung akan menyumbang kepada peningkatan.

Pertumbuhan ekonomi negara melalui permintaan RM yg semakin meningkat hasil daripada peningkatan perbelnjaan dan kos yang perlu dibayar kepada hospital-hospital swasta oleh pesakit dari luar negara. Bukan itu saja, sektor2 lain seperti serktor perhotelan, farmasi, pengangkutan dan juga makaanan akan menerima tempias daripada kebanjiran pesakit luar yang ingjn mendapatkan rawatan pakar2 di malaysia. Jadi secara holistiknya kesan rantaian akibat perkembangan pelancongan perubatan  negara dilihat mampu merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negara di samping menjana nama Malaysia sebagai hub perubatan berkualiti di dunia.

Kesan limpahan ekonomi yg utama adalah hospital-hospital swasta menjana pendapatan yang lebih tinggi dari sebelum ini dan ini akan menyumbang kepada peningkatan hasil pendapatan sektor perubatan dlm negara akibat daripada caj rawatan dan ubatan yang dikenakan kepada pesakit asing. Kesan limpahan kedua adalah sektor pengankutan yang akan menerima kebanjiran pesakit asing ke dalam negara. Ketiga adalah sektor perhotelan yang menjadi tempat untuk pesakit asing mengjnap bagi suatu tempoh tertentu. Keempat adalah sektor farmasi di mana kemungkinan mereka cuba mendapatkan ubat yang lebih murah dari hospital. Kelima adalah syarikat insurans dan takaful akan mula melebarkan produk dan syarikat mereka bukan sahaja kepada rakyat tempatan tetapi kepada orang asing diluar negara.

Cabaran terbesar yang boleh menyebabkan Malaysia kehilangan lombong emas ini adalah pertama sekiranya ramai doctor pakar ditawarkan gaji yang lebih lumayan oleh negara luar berbanding di Malaysia akan menyebabkan mereka berhijrah ke sana. Kedua ialah infra perubatan dan peralatan yang kurang berkualiti dan kurang moden serta ubat yang tidak berkualiti akan menyebabkan pesakit asing akan memilih negara luar berbanding malaysia. Ketiga adalah tempoh mendapatkan rawatan yang cepat dan pantas oleh pesakit asing juga dianggap cabaran kepada pihak hospital memandangkan kekanban doc pakar dan staf terlatih. Terakhir sekali adalah cabaran mengekalkan harga yang sangat kompetitif dan mampu milik oleh pesakit asing selaras dengan kualiti ubat dan rawatan.

MFi@chegar


Friday, 12 June 2026

Adakah peningkatan penggunaan Buy Now Pay Later (BNPL), pinjaman peribadi dan kad kredit ketika ini menunjukkan rakyat Malaysia semakin bergantung kepada hutang untuk menampung perbelanjaan harian akibat kos sara hidup yang tinggi?

Peningkatan penggunaan BNPL yang merangkumi pinjaman peribadi dan kad kredit ketika ini jelas menunjukkan trend rakyat Malaysia semakin bergantung kepada hutang untuk menampung perbelanjaan harian akibat kos sara hidup yang tinggi. Ini disebabkan pendapatan yang diperolehi oleh mereka dan juga simpanan yang ada berkemungkinan tidak mampu untuk menampung cara hidup mereka yang berdepan dengan kos sara hidup yang tinggi khususnya di Kawasan bandar atau pinggir bandar. Ini ditambah lagi dengan corak perbelanjaan mereka yang melampau dan boros serta tidak cakna kepada isu ekonomi semasa yang semakin mencengkam para pengguna. Namun begitu terdapat juga segelinitir mereka yang mempunyai pendapatan dan simpanan yang mengcukupi dan memilih untuk menggunakan BNPL kerana ia dilihat lebih cepat, jimat dan menguntungkan. Ini kerana mereka merupakan pengguna yang berdisplin dalam pengurusan kewangan khususnya perbelanjaan dan hutang di mana mereka hanya berbelanja mengikut bajet yang telah ditetapkan mengikut kemampuan gaji dan bukan diluar kemampuan pendapatan mereka. Jadi isu bayaran lewat dan bayaran minimum atau gagal membayar hutang tidak pernah berlaku kepada mereka.

Trend peningkatan ini amat membimbangkan khususnya bagi golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana kerana ia dikhuatiri boleh menjejaskan kualiti kesejahteraan hidup dan menyumbang kepada berlakunya masalah sosial yang lain. Peningkatan hutang yang semakin membengkak akibat kejahilan dalam pengurusan kewangan khsusnya dalam berbelanja akan menyebabkan pengguna ini akan mula terasa kesannya sedikit demi sedikit khususnya apabila tiba Tarikh pembayaran yang akhirnya menyebabkan mereka terpaksa menstrukturkan semula kewangan pendapatan mereka. Perkara ini akhirnya akan menjejaskan perbelanjaan penting lain yang terpaksa dikorbankan bagi melunaskan hutang BNPL. Akhirnya sehingga satu ketika mereka juga terpaksa memikirkan alternatif lain untuk melangsaikan hutang sehingga terpaksa bekerja lebih masa dengan melakukan kerja sampingan lain. Ini akhirnya menjejaskan kualiti kerja hakiki mereka dan juga kualiti masa bersama keluarga yang akhirnya boleh meruntuhkan nilai kesejahtraan kekeluargaan mereka yang boleh menbawa kepada isu pergaduhan dalam sesebuah isi rumah tersebut.  

Risiko yang bakal dihadapi oleh negara adalah berlakuknya lambakan hutang oleh pengguna yang akhirnya hutang ini akan membengkak dan menjadi parah jika pengguna tidak lagi mampu membayar hutang dan faedah yang ddipinjamkan. Sekiranya jumlah pinjaman tidak berbayar ini tinggi akhirnya ia bukan sahaja menjejaskan pengguna tetapi juga pihak bank di mana mereka kehilangan sejumlah pulangan asset dalam bentuk pinjaman dan faedah. Perkara ini jika dibiarkan tanpa kawalan bank boleh terjerumus kepada krisis kewangan kerana hutang bank yang banyak tidak mampu dibiayai lagi oleh asset bank akibat kegagalan peminjam membayar hutang mereka kerana dasar bank yang terlalu senang memberikan kad kredit atau pinjaman peribadi kepada pelanggan dengan andaian peminjmam akan membayar hutang mereka secara berdisplin. Ini akhirnya boleh membawa kesan buruk kepada pasaran kewangan negara. Jesteru itu suatu tindakan drastic perlu diambil oleh pihak kerajaan khususnya BNM supaya institusi yang terlibat dengan BNPL dapat dipantau dan diberi garis panduan yang jelas supaya pengguna tidak dijadikan alat untuk mencipta keutungan dengan mudah melalui BNPL sebaliknya BNPL perlu dianggap sebagai satu medium untuk orang ramai mendapatkan barangan dengan cepat, mudah dan mampu bayar.

Peningkatan hutang isi rumah bukan berpunca dari BNPL semata-mata sebaliknya ada faktor lain seperti faktor gaya hidup yang mewah dan tidak selari dengan pendapatan isi rumah, faktor ingin bersaing dan dipuji oleh orang sekeliling, faktor sikap pengguna itu sendiri yang boros, faktor fakir ilmu pengurusan perancangan kewangan isi rumah dan faktor ingin sesuatu benda secara cepat dan mudah serta senang.

Pertumbuhan pesat BNPL ini akan mendorong pengguna beralih kepada pinjman peribadi yang lebih besar bagi membolehkan mereka memanfaatkan BNPL ini. Pinjman pribadi yang lebih besar akan memberi kelebihan yg tinggi kepada pihak bank untuk mengaut keuntungan dan pihak pengendali BNPL juga akan mendapatkan manfaat dan keuntungan melalui Kerjasama antara mereka. 

MFi@chegar