Thursday 15 December 2016

Ibra' dan Muqassah

Muqassah ialah pemberian rebat oleh pihak bank kepada pelanggan dalam sesuatu kontak disebabkan oleh pelanggan ingin melangsaikan hutang pembiayaan dalam tempoh yang awal daripada kontrak perjanjian. Muqassah ini dapat dilihat dalam amalan pembiayaan kenderaan ataupun pembiayaan perumahan secara Islam oleh institusi perbankan Islam dengan pihak pelanggan.

Contoh 1:
Baihaqi ingin membeli rumah di Bandar Baru Bangi dengan harga RM360,000 daripada pemaju A. Dengan menggunakan kontrak Bai' Bithaman Ajil ataupun Murabahah, maka pihak bank islam akan membeli rumah tersebut daripada pemaju A dan menjualkanya kepada Baihaqi dengan harga tertangguh dalam tempoh tertentu. Andaikan Baihaqi membuat kontak Bai' Bithaman Ajil ataupun Murabahah dengan pihak bank selama 25 tahun dengan bayaran bulanan RM2000 sebulan dengan harga belian rumah daripada pihak bank berharga RM550,000. Setelah 5 tahun membayar kepada pihak bank ( RM2k x 60 bulan=RM120,000), Baihaqi ingin menjual rumah tersebut disebabkan ingin membeli rumah lain di tempat yang lebih strategik. Maka berasaskan kontrak Bai' Bithaman Ajil ataupun Murabahah tadi, pihak bank Islam akan memberikan Muqassah kepada Baihaqi kerana rumah tadi berjaya dijual di pasaran seterusnya berlaku early settlement daripada tempoh masa asal perjanjian. Maka Baihaqi hanya perlu membayar RM240,000 (RM360,000-RM120,00)sahaja berbanding harga belian asal rumah tersebut RM430,000 (RM550,000-RM120,000) dalam tempoh 23 tahun.

  Ibra' ditakrifkan sebagai pengguguran hak tuntutan seseorang ke atas sesuatu. Dalam konteks muamalah    kewangan, pengguguran yang dimaksudkan merujuk kepada pengguguran hak tuntutan seseorang ke atas sebahagian atau keseluruhan hutang yang merupakan tanggungan (zimmah) pihak lain (penghutang) yang hakikatnya perlu dilaksanakan terhadapnya.Hampir semua bank yang menawarkan produk-produk kewangan Islammengamalkan prinsip Ibra’ terutamanya dalam produk-produk yang mewujudkan elemen
       hutang seperti jual-beli tangguh (Bai` Bithaman Ajil), Murabahah, Bai` al-`inah, Bai` al-Tawarruq, 
        mm  Amalan Ibra’ dalam produk perbankan Islam, secara umumnya boleh dikategorikan dalam 
        dua : 1 apabila pelanggan melakukan pembayaran awal (early settlement); dan 2 apabila 
       berlakunya pemungkiran (default) pembayaran balik pihak pelanggan  terhadap tunggakan
       hutangnya     kepada pihak bank. Dalam kedua-dua keadaan ini, pihak bank selaku entiti yang
      mempunyai hak ke atas hutang tersebut selalunya akan melakukan Ibra’ iaitu 
       menggugurkan haktuntutannya ke atas sebahagian daripada hutang yang perlu dilangsaikan
      oleh pelanggan (penghutang).


Contoh Pengiraan
Maklumat Pembiayaan seperti berikut:
Jumlah Pembiayaan : RM100,000 (Harga Belian)
Tempoh Pembiayaan : 20 tahun
Keuntungan : 10% setahun
Keuntungan Tahunan : 10% x RM100,000 = RM10,000 setahun
Jumlah Keuntungan: RM10,000 x 20 tahun = RM200,000
Harga Jualan: RM300,000 (RM100,000 + RM200,000)
Jumlah Pembayaran Ansuran Tahunan= RM300,000/20 = RM15,000
Katakan pelanggan mungkir (default) pada tahun ke 10.
Rebet (Ibra’) = RM150,000 (Harga Jualan Tertunggak)– RM50,000
(Harga Belian Tertunggak) = RM100,000 (Nilai yang akan Direbatkan)
Jumlah Hutang Sebenar Yang Perlu Dibayar Pelanggan = RM150,000 (Hutang Tertunggak) – RM100,000 (Ibra’) = RM50,000

4 comments:

  1. salam Dr..nak tanya, mana dapat amount rm50,000 tu ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 150000 tolak 1000 tu la dpt 50. thats mean dia kena bayar 50k tu je. lagi rm10k tu xpayah baayar sbb dia bayar secara konsisten. mcm ptptn la.. kn ada ujrah (upah) tp kalau kita bayar awal dn konsisten ... yg ujrah tu xpayah bayar

      Delete
  2. senang kata hutang yg perlu dibayar setelah dpt muqassah oleh bank adalah harga baki kos jualan ( harga belian) jadi rm100k - rm50k ( sbb dh bayar byk tu)

    ReplyDelete