Seperti yang dijangka sememangnya kenaikan harga petrol dan diesel akan memberi kesan berantai kepada harga barangan makanan, logistic dan juga perkhidmatan-perkhidmatan lain. Walaupun perang US dengan Iran mula semakin reda namun kegawatan harga minyak dunia masih lagi dilihat tidak stabil apabila harga minyak mentah dunia masih melebih paras USD100 setong berbanding sebelum-sebelum ini. Oleh itu dengan mengambil kira pasaran barangan dan perkhidmatan di Malaysia yang masih lagi belum menunjukkan peningkatan harga secara drastic disebabkan kemungkinan para peniaga masih mempunyai stok bekalan yang lama yang menyebabkan harga barangan masih lagi stabil. Namun sekiranya stok bekalan ini mula kehabisan maka mereka terpaksa membeli dengan harga baru berasaskan harga semasa yang lebih tinggi disebabkan kesan kegawatan harga minyak dunia. Akhirnya Ini akan mempengaruhi pasaran harga barangan dan perkhidmatan yang akhirnya meningkat harga secara keseluruhan. Ini juga ditambah lagi dengan kos harga minyak yang telah kehasbisan kuota subsidi oleh pengeluar dan peniaga akan mempercepatkan lagi kos kenaikan harga barangan dan perkhidmatan secara rantaian.
Jadi kita sebagai pengguna tegar khususnya B40 dan M40 adakah kita sudah bersedia dengan situasi ini yang dijangka akan bermula Jun nanti. Dengan pengurangan kuota subsidi BUDI95 kepada 200 liter sebulan berbanding sebelum ini 300 liter sebulan pengguna perlu bijak dalam menguruskan pendapatan dan belanjawan isi rumah supaya tidak terbeban dengan kos sara hidup yang dijangka akan terus meningkat walaupun ekonomi Malaysia dijangka bertumbuh lebih 4.5%. Ini kerana dikhuatiri kuasa membeli (purchasing power) pengguna akan merosot begitu ketara lagi jika kadar inflasi terus meningkat.
MFi@chegar
No comments:
Post a Comment