Al-urbun iaitu amalan berjual beli yang melibatkan bayaran pendahuluan oleh bakal pembeli kepada penjual di mana bayaran pendahuluan ini disebut `down payment`.
Definisi Urbun
Perkataan `urbun` dari segi bahasa membawa erti taslif atau taqdim, iaitu pendahuluan (Ibn Manzur 1990: hal 284) `Urbun` atau `arabun` mengandungi maksud yang sama.(al-Misri 2005: hal 174 ) Ia juga diertikan sebagai bayaran muka atau pendahuluan. ( al-Zuhaili 2005: hal 461) Dimaksudkan Bay al-urbun ialah seseorang yang membeli sesuatu barangan, lalu dia membuat bayaran kepada penjual sebahagian dari harga barang tersebut sebanyak satu dirham ataupun atau lebih dengan perhitungan jika kedua-duanya meneruskan kontrak jual beli, maka wang pendahuluan itu akan menjadi sebahagian daripada harga barang dan jika kontrak jual beli itu tidak diteruskan maka wang pendahuluan itu akan menjadi hak penjual. (al-Zuhaili 2005: hal 462)
Ciri-ciri
bay al-urbun mengandungi beberapa ciri (Ab Mumin Ab. Ghani & Fadillah Mansor 2006; hal 143) seperti berikut;
a ) Pembeli mempunyai hak untuk membuat pilihan sama ada membeli barangan atau tidak untuk satu-satu tempoh yang tertentu, namun ia bukanlah menjadi kewajipannya untuk membeli.
b ) Penjual pula tiada hak untuk menjual kepada mana-mana pembeli lain , sekalipun ditawarkan dengan harga yang lebih tinggi dan ia berkewajipan untuk menunggu dalam satu tempoh yang telah dijanjikan kerana telah menerima wang pendahuluan.
c ) Harga barangan itu telah dipersetujui bersama. Ini dapat dilihat berasaskan perjanjian mereka bahawa sekiranya proses jualbeli itu disempurnakan, maka bayaran pendahuluan tersebut dianggap menjadi sebahagian daripada harga barangan.
d ) Terdapat tempoh yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak untuk memastikan pembelian barangan berlaku atau tidak.
Sekiranya keempat-empat ciri tersebut hendaklah dipenuhi maka sah transaksi tersebut. Sebaliknya jika keempat-empat ciri tersebut tidak dipenuhi, maka urusniaga itu dianggap terkeluar daripada kategori bay al-urbun.
Menurut Wahbah al-Zuhayli, faktor `urf menjadikan amalan `Urbun adalah harus.
Contoh
Contohnya Hasbi telah menjual kereta Honda Accord model 2004 kepada Qisi dengan
harga RM50,000 dengan bayaran `Urbun sebanyak RM5,000 telah diberikan oleh Qisi.
Jika Qisi tidak mahu membeli tersebut dalam tempoh satu bulan (dipersetuji bersama) daripada Qisi , wang RM5,000
akan dianggap milik Hasbi dan beliau tidak dibenarkan menjual kereta tersebut
kepada orang lain sekalipun ada yang menawarkan dengan harga lebih tinggi. Dalam tempoh sebulan itu, sekiranya Qisi
mendapati ada penjual lain yang menjual kereta yang sama dengan harga jauh lebih murah iaitu RM40,000, Qisi mungkin akan membatalkan pembelian dengan Hasbi. Sekalipun Rm5,000 telah
diberikan kepada Hasbi, Qisi masih untung RM5,000 berbanding jika dia meneruskan
pembelian dengan Hasbi. Ini bermakna Qisi telah kehabisan RM40,000 + RM5,000
(deposit) tetapi tidak kehabisan RM50,000 (RM45k+RM5,000) sekiranya dibeli daripada Hasbi. Dalam pada
itu, Hasbi pula sebenarnya telah mengikat Qisi untuk terus membeli kenderaan dengannya
kerana sekalipun dia tidak boleh menjual kepada orang lain, jika ada tawaran
lain kepada B dengan harga RM40,000, Qisi tetap membeli daripadanya kerana deposit
telah diberikan.
Contoh 2
Contoh 2
Mofaisib hendak menjual rumahnya di Bandar Baru Bangi dengan harga RM 200,000
(strike price). Tufail berminat untuk membeli rumah tersebut untuk tujuan
pelaburan tetapi tidak mempunyai wang yang cukup untuk membayar secara tunai.
Setelah diadakan perbincangan, Mofaisib bersetuju menjual hak membeli (right to
buy) rumah kepada Tufail dengan harga RM 20,000 (premium) dengan tempoh opsyen
selama lapan bulan. Selepas lapan bulan kemudian, kerajaan Negeri Selangor
mengumumkan insentif baru bagi merangsangkan sektor hartanah di Selangor dan
ini telah mempengaruhi harga rumah di pasaran. Secara tidak langsung juga harga
pasaran rumah yang ingin dibeli oleh Tufail telah meningkat sehingga mencecah
RM 300,000 (market price). Oleh kerana Ali dah bayar premium rumah tersebut,
maka Tufail berhak membeli rumah tersebut dengan harga RM 200,000(strike price)
sahaja kerana perjanjian awal tersebut, walaupun harga pasaran semasa sudah
melonjak. Sebaliknya jika, selepas lapan bulan tempoh berlalu, berlaku kegawatan
ekonomi sehingga menyebabkan pasaran hartanah jatuh merudum termasuk di Bandar Baru Bangi. Dalam
situasi ini, Tufail tidak boleh dipaksa untuk membeli rumah tersebut dengan harga RM
200,000 (strike price) walaupun sudah membayar premium RM 20,000 kerana ia
adalah kontrak opsyen dan bukan sales & purchase agreement. Oleh itu Tufail hanya kerugian RM 20,000 sahaja.
No comments:
Post a Comment