Thursday 24 November 2016

Ar-Rahnu dan al-Qard

Pernah pada suatu masa dahulu, masyarkat Islam sering mengcagarkan emas atau aset yang berharga kepada kedai-kedai atau institusi yang tidak berasaskan shariah ataupun berasaskan riba. Cagaran ini perlu dibuat kerana masing-masing mungkin memerlukan wang bagi tujuan terdesak dan penting seperti kematian, membayar yuran sekolah anak, yuran anak di universiti, rawatan kesihatan, kenduri dan sebagainya lagi. Di atas kehendak yang terdesak ini akhirnya mereka terjebak dengan institusi berasaskan riba dan mendiskriminasi mereka setelah mereka gagal atau lambat membayar faedah yang akhirnya barang gadaian dianggap hangus. Ini lah sistem berasaskan konvensional.

Alhamdulillah, kini masyarakat Islam tidak perlu risau kerana masyarakat Islam telah disajikan dengan institusi gadaian secara Islam yang dipanggil skim Ar-Rahnu. Skim ini bukan sahaja ditawarkan oleh institusi tertentu sahaja seperti YaPEIM, Muassasah Gadaian Islam Terengganu tetapi juga bank bukan komersil seperti Bank Rakyat.

Maksud Ar-Rahnu
Ar Rahnu dari sudut bahasa berasal dari masdar ra ha na yang membaa maksud menahan atau tahan lama. Dari istilahnya pula membawa maksud menahan sesuatu barang yang boleh menjadi pelunas bagi hutang. Menurut ulama Syafi'e pula ialah menjadikan sesuatu harta pegangan bagi sesuatu hutang yang boleh digunakan untuk melunaskan hutang jika penghutang gagal melunaskanya.

Hukum
Adalah harus kerana ia termasuk dalam kontrak jenis tabbaru' seperti hibah, wadiah dan sebagainya

Tempoh Masa
Kebiasasnya masa ialah 6 bulan. Sesetengah ar-rahnu bagi ‘extended-period’ sehingga 9 – 12 bulan.

Rukun Ar-Rahnu
1. Penggadai (rahin/ Penghutang/debtor)
2. Pegadai (murtahin/Pemiutang/creditor)
3. Barang Gadaian dan Hutang (marhoun & debt)
4. Ijab
5. Qabul
Setiap rukun Ar-Rahnu ini pula mempunyai syarat-syaratnya yang tersendiri.


Aplikasi Semasa Ar-Rahnu
a. Pembiayaan Perumahan Islam
b. Pembiayaan murabahah
c. AITAB
d. Ar-Rahnu YAPEIM
e. Sijil SUKUK
f. lain-lain

Teori Aplikasi Ar-Rahnu

No comments:

Post a Comment