Satu persoalan timbul semasa seminar itu berlangsung iaitu kenapakah penubuhan Lembaga Zakat Negara masih lagi tidak berjaya dilaksanakan. Menurut CEO MAIWP iaitu Datuk Zainal, penubuhan Lembaga Zakat Negara ini telah dibincangkan secara terperinci dikalangan institusi zakat negeri. Hasil perbincangan tersebut, terdapat negeri yang bersetuju dan juga tidak bersetuju. Disebabkan jumlah yang tidak bersetuju lebih dominan maka penubuhan ini terpaksa dilupakan. Antara sebab utama kenapa Lembaga Zakat Negara tidak boleh dilaksanakan:
i. Bidang kuasa agama adalah dibawah bidang kuasa Sultan/Raja di sesebuah negeri dan bukan kerajaan pusat
ii.Jumlah kutipan dan agihan setiap negeri berbeza, maka adalah tidak wajar zakat disesebuah negeri diagihkan di negeri yang lain

Namun begitu penulis mendoakan semoga hasrat penubuhan Lembaga Zakat Negara tidak terhenti disini sebaliknya proses penambahbaikan sistem pengurusan kutipan dan agihan di setiap institusi zakat negeri perlu ditingkatkan agar impian penubuhan Lembaga Zakat Negara menjadi realiti di suatu hari kelak

Di seminar tersebut itu juga penulis telah berjumpa dengan beberapa rakan lama di Lembaga Zakat Selangor dan perjumpaan ini mengeratkan lagi tali silaturrahim antara kami.
Gambar 3: Penulis bersama Ustaz Hamizul iaitu seorang penulis buku, penceramah dan juga pegawai eksekutif LZS.
No comments:
Post a Comment