Permainan kutu seringkali dikaitkan dengan masyarakat
di kampung-kampung berbanding di bandar. Namun perubahan masa yang semakin
mencabar kehidupan menyebabkan permainan kutu kini mula menular ke masyarakat
bandar. Ini kerana kos sara hidup dibandar yang begitu tinggi memerlukan
masyarakat bandar bijak mengurus kewangan mereka agar tidak dihimpit arus
kemiskinan bandar. Kebiasaanya permainan kutu ini di berlaku kampung kerana
masyarakat kampung merancang perancangan kewangan mereka bagi membeli barangan
mahal seperti emas, membeli perabot rumah dan sebagainya. Namun di bandar
permainan kutu ini dijalankan bagi meringankan beban seseorang melalui simpanan
sukarela melalui skim kutu ini.
Permainan kutu bolehlah didefinisikan sebagai simpanan
sukarela secara bersama dan berkala pada kadar yang sama bagi setiap anggota
yang terlibat dengan skim kutu ini berdasarkan konsep taa’wun (membantu) dan
pinjaman ikhlas di mana wang simpanan ini akan diperolehi oleh setiap ahli yang
terlibat dengan kontrak permainan kutu ini mengikut tarikh yang telah
dipersetujui secara kolektif di antara ahli dan bayaran yang diterima oleh
setiap ahli adalah mengikut giliran serta jumlahnya adalah sama.
Sebagai contoh sepuluh orang penduduk Taman Dinar
menyumbang dana kewangan masing dengan kadar RM200 pada setiap bulan selama 10
bulan berturut-turut. Ini membawa maksud setiap bulan jumlah wang yang terkumpul ialah
RM2000. Sepuluh orang penduduk tadi akan
melakukan perbincangan secara adil dan ikhlas untuk menentukan siapa yang
berhak menerima duit kutu paling awal dan siapakah yang terakhir akan menerima
duit kutu yang telah dikumpulkan itu. Dalam erti kata lain 10 orang penduduk
tadi akan menerima wang mengikut sistem giliran yang telah dipersetujui
dikalangan mereka (10 orang tadi) berdasarkan konsep taa'wun. Ini amat bertepatan dengan firman
Allah SWT yang bermaksud:
“Bertolong-tolonglah kamu pada
perkara –perkara kebaikan (kebajikan) dan taqwa dan jangan kamu bekerjasama
dalam perkara-perkara dosa dan boleh menimbulkan permusuhan”
Surah
al-Maidah: ayat 2
Di dalam Islam setiap urusan
muamalat yang berlaku mestilah berdasarkan Syariah iaitu berlandaskan al-Quran,
Sunah, ijmak dan qias. Maka jika dilihat secara umum melalui proses pembentukan
dan operasi permainan kutu ini maka ia dikatakan harus selagi mana ia tidak
melibatkan riba. Firman Allah SWT di dalam Al-Quran yang bermaksud:
“....Padahal Allah telah
menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba....” (surah Al-Baqarah:275)
Begitu juga hadis yang
diriwayatkan oleh Ibn Mas’ud yang bermaksud:
“Rasulullah SAW melaknat orang
yang makan riba, orang memberi riba, saksinya dan penulisnya”
Kenapakah ia dibolehkan?
Harus di sini berdasarkan
bukti bahawa:
i.
Jumlah
yang disumbangkan/disimpan oleh setiap ahli adalah samaii. Jumlah yang akan diterima adalah sama di kalangan ahli
iii. Wujudnya sistem penerimaan jumlah wang yang disumbangkan secara giliran serta adil dan disepekati di kalangan ahli
iv. Tidak wujud unsur-unsur riba iaitu tidak terdapat seorangpun yang membayar lebih daripada ahli lain
v. Tiada unsur gharar ataupun ketidakpastian iaitu tarikh ataupun masa penerimaan jumlah wang yang disimpan oleh ahli akan diberikan kepada ahli mengikut masa dan tarikh yang telah dipersetujui melalui musyawarah (persetujuan bersama mengikut sistem giliran)
Apakah jenis permainan kutu yang boleh dan tidak dibolehkan dalam Islam?
Jenis Permainan kutu yang dibolehkan ialah permainan kutu yang tidak
melibatkan unsur penindasan (riba) dan juga meragukan (gharar) dalam semasa
pelaksanaan permainan ini. Selain itu ia mestilah memenuhi tntutan Syariah.
Jenis permainan kutu yang tidak boleh ialah permainan kutu yang melibatkan
unsur penindasan (riba) di kalangan ahli dan juga mempunyai unsur meragukan
(gharar) dalam semasa pelaksanaan permainan ini seperti penentuan giliran
penerimaan wang kutu bagi setiap ahli yang tidak jelas, kaedah bayaran dan
kutipan yang tidak jelas, masa pembayaran yang tidak jelas, serta permainan
kutu ini tidak langsung memenuhi tuntutan Syariah
Pekerja office saya ada membuat "main
kutu". satu kepala atau seorang RM100 seramai 11 orang jadinya setiap
orang akan dapat 1100 (100 duit sendiri) tiap bulan. Yang jadi masalahnya tiap
bulan cabutan akan dibuat, siapa dapat happy la.. Bolehkah jika saya katakan permainan kutu ini mempunyai
unsur judi?
Asas hukum kepada
permaiana kutu ini adalah harus selagi mana ia tidak melibatkan unsur riba dan
gharar (ketidakpastian). Namun begitu bagi memastikan konsep keharusan ini
mencerminkan Islam itu adil, maka pekerja yang menganjurkan kutu itu mestilah
seorang yang mempunyai ciri-ciri amanah serta ahlinya juga mesti mempunyai ciri
yang sama. Selain itu dalam permainan kutu ini juga mestilah mempunyai kontrak
perjanjian di antara ahli bagi memastikan semua ahli berpuashati dengan operasi
dan system giliran permainan ini agar masing-masing mendapat hak yang sama. Di
samping itu, setiap ahli mestilah terikat dengan kontrak permainaa kutu ini
antaranya membayar wang kutu mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Sekiranya
semua yang dianyatakan diatas dipatuhi maka ia dianggap harus dan tidak berjudi
kerana semuanya adalah jelas dan tidak meragukan serta dijamin melalui akad
yang termenterai dikalangan ahli. Namun permainan kutu ini dianggap judi jika
tarikh penerimaan wang kutu dikalangan ahli tidak ditetapkan semasa pelaksanaan
permainan ini.
Adakah fikir kalau dibuat cabutan nombor giliran yang
dah tetap siapa yang dapat tiap bulan sebagai contah mamat bulan Jan, abu Feb,
ali Mac dan seterusnya itu adalah harus.Islam itu adil. Keadilan Islam
ini meliputi semua segi termasuk muamalat. Maka jika cabutan nombor giliran
penerimaan wang kutu di kalangan ahli ini dibuat secara musyawarah semasa akad
termenterai di kalangan ahli maka ia menjadi harus. Apakah cara terbaik untuk menyimpan duit kerana ramai yang bermain kutu dengan fokus untuk menyimpan wang dan membeli barangan yang dihajati.
Dunia yang penuh dengan liku-liku kehidupan memerlukan seseorang itu bijak
dalam pengurusan kewangannya termasul dalam soal menyimpan duit. Menyimpan duit
mestilah di sesuatu tempat yang menjamin keselamatan wang yang disimpan serta
tidak terlibat dengan unsur riba dan risiko kehilangan wang adalah rendah.
Antaranya menyimpan di institusi perbankan Islam melalui simpanan tetap wadiah,
menyimpan wang dalam bentuk pelaburan seperti membeli jongkong emas daripada
institusi berlesen dan sebagainya lagi. Melalui simpanan sebegini risiko
kehilangan wang yang disimpan adalah rendah kerana ianya dijamin. Bayangkanlah
jika seseorang yang bermain permainan kutu ini, kedapatan ada seorang ahli yang
tidak membayar kepada ahli. Sudahpasti ahli lain akan mengalami kerugian
seterusnya mewujudkan perbalahan dan pergaduhan sedangkan permainan kutu ini
adalah atas dasar taawun iaitu tolong menolong. Maka sebaiknya simpanlah duit
di tempat yang risiko kehilanganya adalah minimum dan dijamin keselamatanya.
Bagaimanakah pula cara Baginda dan sahabat menyimpan wang?
Rasulullah merupakan seorang
yang hebat dan unggul dalam apa jua bidang yang baginda ceburi. Kehebatan dan
keunggulan Rasulullah ini dapat di gambarkan melalui teori FAST iaitu F
–fathanah iaitu bijaksana, A-amanah, S-siddiq iaitu benar dan T-tabliq iaitu
menyampaikan.
Maka tidak hairanlah semasa
kehidupan baginda dulu, transaksi simpanan wang hanya dibuat oleh mereka yang
mempunyai harta dan simpanan dengan mereka yang mempunyai reputasi ciri amanah
yang tinggi. Ini kerana institusi perbankan masih belum wujud. Maka sebelum
baginda diutuskan menjadi Rasul, baginda amat terkenal dengan sifat amanah yang
tinggi. Baginda akan menyimpan segala deposit yang dibuat oleh orang ramai
sehinggalah pada saat terakhir sebelum baginda berpindah dari Mekah ke Madinah
di mana baginda melantik Saidina Ali untuk memulangkan segala simpanan itu
kepada tuan punya hak. Simpanan yang dibuat sebelum dan selepas kerasulan
baginda adalah bertujuan keselamatan dan bukan mengaut keuntungan.Begitu juga dengan seorang sahabat nabi yang bernama Az-Zubair al-awwam yang telah mentranformasikan konsep simpanan kepada bentuk pinjaman di mana Az-Zubair tidak lagi sanggup menerima wang daripada orang ramai dalam bentuk simpanan kerana bimbang kehilangan wang tersebut adalah menjadi tanggungjawabnya. Akhirnya konsep simpanan tadi telah ditukar kepada pinjaman yang akhirnya membolehkan Az-Zubair mempunyai hak untuk menggunakanya kerana peminjam bertanggungjawab memulang semula apa yang dipinjamkan. Begitu juga dengan anaknya yang bernama Abdulla Az-Zubair yang selalu mengambil wang daripada orang ramai di Mekah lalu di tulisnya pengesahan penerimaan wang tersebut sebagai bukti untuk dituntut oleh tuan punya milik nanti.
sumber: www.sinarharian.com.my/rencana
No comments:
Post a Comment