Friday 2 October 2015

USAHAWAN MUSLIM DAN PERNIAGAAN-mkm



CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN ISLAM

Agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai empat sumber ilmu utama, iaitu al-Qur’an, Hadis, Ijmak Ulamak dan Qiyas. Dari empat sumber ilmu ini lahirlah dua bentuk ilmu iaitu ilmu fardhu ain dan ilmu fardhu kifayah. Ilmu fardhu ain ialah kewajipan ke atas setiap individu manakala ilmu fardhu kifayah ialah kewajipan sosial. Ilmu fardhu ain terbahagi pula kepada tiga bentuk iaitu ilmu tauhid, ilmu fekah dan ilmu tasawuf. Ilmu fardhu kifayah pula ialah ilmu-ilmu gunaan yang khusus, umpamanya ilmu perubatan, ilmu politik, ilmu pemerintahan, ilmu ekonomi, ilmu sosial, ilmu pembangunan, ilmu perniagaan dan sebagainya.

Seseorang usahawan yang belajar dan mengamalkan kedua-dua ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah sahaja yang akan berjaya dengan cemerlang bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat. Ilmu fardhu ain akan meningkatkan iman dan taqwa serta meningkatkan kerohanian, manakala ilmu fardu kifayah meningkatkan kecekapan,keberkesanan dan profesionalisma seseorang. Mustahil bagi seseorang usahawan dapat menjadi cemerlang dan menggemilangkan Islam kalau mereka hanya mempunyai kecekapan dalam mengendalikan ilmu fardu kifayah, dalam kes ini ilmu keusahawanan, sekiranya mereka tidak mempelajari dan mengamalkan ilmu fardu ain dan begitulah juga sebaliknya.

Golongan usahawan Islam merupakan sebahagian dari masyarakat Islam yang penting. Kerana mereka berkeupayaan untuk menggemilangkan Islam. Oleh itu mereka mestilah mempunyai dua asas yang penting. Pertama, mereka mesti menjadi usahawan yang cukup sebagai seorang manusia sepertimana ditetapkan oleh Islam, iaitu manusia yang mempunyai kesempurnaan gabungan rohani dan jasmani yang hidup di dunia ini untuk memenuhi janji sebagai hamba dan khalifah Allah s.w.t untuk memakmurkan alam ini. Kedua, sebagai garis panduan, mereka mestilah berilmu dengan ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah yang bersumberkan al-Qur’an, Hadith, Ijmak Ulamak dan Qiyas, dan mengamalkan ilmu-ilmu berkenaan secara menyeluruh.

Oleh yang demikian tidak dapat disangkal lagi bahawa usahawan Islam harus mempunyai nilai, etika dan keperibadian Islam untuk membezakan mereka dengan para usahawan lain. Antara ciri-ciri yang perlu ada dalam diri setiap usahawan Islam ialah:

i.          Usahawan yang tidak lalai daripada mengingati Allah s.w.t dan menunaikan fardu ain. Contohnya walau pun sibuk berniaga, bekerja, bertani dan sebagainya, tetapi tidak meninggalkan sembahyang lima waktu, tidak mengabaikan menuntut ilmu fardu ain, tidak mengabaikan didikan keluarga, menjaga aurat, sentiasa menunaikan zakat dan sebagainya.

ii.         Usahawan yang berusaha dan bekerja mencari rezeki yang halal bagi mendapat keredhaan Allah s.w.t. Mereka tidak mencari harta untuk memuaskan keperluan keduniaan semata-mata atau bertakbur atau untuk bermegah-megah dengan kekayaan atau meminta untuk dihormati.

iii.         Usahawan yang melaksanakan kerjanya berteraskan akidah Islamiah
[1] dengan menyerahkan segala usahanya di bawah peliharaan Allah s.w.t serta dengan keyakinan bahawa segala amalannya akan dihisab oleh Allah s.w.t pada hari akhirat kelak[2].

iv.        Usahawan yang proaktif dan produktif, realistik, berprinsip serta menghayati budaya kerja berencana serta berwawasan dengan wawasan Islam.

v.         Usahawan yang bersifat sabar, lapang dada dan tulen rasa dalam kerjanya.


ADAB-ADAB DAN ETIKA USAHAWAN MUSLIM DALAM PERNIAGAAN

Di bawah ini dipetik daripada kitab “Adab dalam Agama” oleh Imam al-Ghazali,[3] iaitu tentang adab-adab dan etika selaku ahli usahawan Islam yang patut dijaga dan diamalkan.

Yang pertama ialah usahawan Muslim mesti bersifat adil[4], saksama dan ihsan. Konsep adil merujuk kepada keseimbangan yang sempurna dan bermuamalat dengan menggelakkan diri daripada berurusan dengan barangan atau perkhidmatan yang haram, menjauhkan diri dari perkara syubhat, menanam sifat jujur dalam jual beli, menjauhi riba, menjauhi penipuan dan manipulasi serta menggelakkan diri daripada unsur-unsur perjudian.

Yang kedua ialah usahawan Muslim seharusnya memiliki ilmu keusahawanan dan ilmu perdagangan dari perspektif Islam. Pengetahuan ini akan membolehkan beliau memahami antara urusan perniagaan yang hak dengan yang batil. Tanpa kelengkapan ilmu keusahawanan dan ilmu perniagaan Islam, seseorang usahawan Muslim, walaupun cuba bersikap adil dan ihsan, akan terjerumus atau terperangkap dalam sistem perniagaan yang tidak diredhai Allah s.w.t.

Yang ketiga ialah usahawan Muslim bermatlamatkan pekerjaan sebagai satu ibadah dan tanggungjawab[5] dengan objektif-objektif berikut iaitu bersederhana dalam kehidupan (tawaduk), menabung untuk keluarga dan perkara-perkara di luar jangkaan dan serta memberi perkhidmatan kepada masyarakat dan fisabilillah[6].

Yang keempat ialah seorang usahawan Muslim tidak boleh memanipulasi dan menindas perniagaan orang lain serta tidak mengurangkan sukatan atau timbangan. Hendaklah mengadakan pekerja yang khas dalam urusan timbang menimbang dan sukatan yang jujur. Selain itu dalam menimbang dan menyukat, hendaklah dilebihkan sedikit untuk pembeli atau sekurang-kurangnya dicukupkan timbangan dan sukatannya.

Yang kelima ialah seorang usahawan Muslim tidak perlu tergopoh-gapah atau mempercepat-cepatkan dalam menyukat dan menimbang. Tetapi hendaklah dilakukan  dengan cermat dan perlihatkan kepada pembeli akan nilai sebenarnya. Selain itu pembeli dilayani mengikut keadaan masing-masing. Jika pembeli eorang usahawan, dimuliakan. Jika seorang miskin dan lemah dikasihi. Jika pembeli adalah jiran, hendaklah dilebihkan.[7]

Yang keenam ialah seoarang usahawan Muslim perlu menjual barangan dengan harga yang berpatutan. Jumlah pelanggan (pembeli) akan bertambah jika harga barangan berpatutan dan sebaliknya. Di samping itu jika anda seorang pengarah atau pengurus, hendaklah anda bertungkus lumus menguruskan perniagaan. Janganlah menyerah bulat-bulat kepada pekerja bawahan sehingga membebankan mereka. Selain itu sekiranya pembeli atau pelanggan berhutang dan tidak mampu membayar, lupuskan dengan menghalalkannya. Jika ia berhutang dan meminta tangguh kerana kesuntukan kewangan, berilah keringanan kepadanya. Jangan terlalu mendesak meminta hutang.

Yang terakhir ialah seorang usahawan Muslim jangan terlalu memuji-muji secara berlebihan barangan yang dijual sehingga mengelirukan pembeli dan hendaklah bercakap benar mengenai barangan yang dijual. Elakkan daripada sifat keji ketika menaikkan harga barang iaitu menaikkan harga yang terlalu tinggi sehingga membebankan pembeli. Mereka juga perlu menghindarkan diri dari menjalankan urusniaga yang bersifat tidak halal. Di samping itu sebagai usahawan Muslim juga mereka perlu menjauhi pertengkaran dangan pelanggan, jauhi berbohong ketika bercakap, jauhi pertengkaran dengan pelanggan dan kurangkan bergurau senda yang tidak baik dengan pelanggan.

Berdasarkan kepada perbincangan di atas, adakah perkara ini berlaku di dalam urusniaga seharian kita dengan peniaga-peniaga di kedai-kedai, pasar tani, pasar malam, komplek membeli belah dan pasaraya-pasaraya besar?


[1] Mustafa Haji Daud (1995), Perniagaan Menurut Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., h. 3.
[2] Ibid., h. 3-5.
[3] Al-Ghazzali (1991), Adab dalam Agama, A. M. Basalamah (terj.). Jakarta: Gema Insani Press, h. 15-30.
[4] Syed Nawab Haider Naqvi (1990), Etika dan Ekonomi: Satu Sintesis Islam. Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd., h. 43.
[5] Ibid., h. 46-48.
[6] Muhammad Nejatullah Siddiqi (1988), Perusahaan Ekonomi Dalam Islam, Md. Sharif Bharuddin dan Akibah Abu Hassan (terj.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 21.
[7] Nicolas P. Aghnides (1981), op. cit., h. 423.

34 comments:

  1. Usahawan Muslim memang terbaik laaa....dan ramai dah yang berjaya..saya turut berasa kagum dengan mereka..tetapi ada jugak usahawan muslim berniaga tanpa mengamalkan adab-adab dan etika sebagai usahawan muslim dalam perniagaan mereka...malah lebih mementingkan keuntungan semata-mata..ada juga usahawan muslim yang beranggapan kalau mereka terlalu jujur barangan mereka tidak akan laku..bagaimana tu Dr?...dan penerangan bagi adab yang terakhir usahawan muslim dalam perniagaan iaitu jangan terlalu memuji-muji secara berlebihan barangan yang dijual sehingga mengelirukan pembeli dan hendaklah bercakap benar mengenai barangan yang dijual tu maknanya kalau kita puji cikit-cikit tu boleh la Dr kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. barangan yang dijual oleh pembeli boleh dipuji sekiranya harga yang dijual berbaloi dengan kualiti barangan tetapi pujian itu tidak terlalu melampau sehingga mewujudkan provokasi untuk membeli barangan tersebut.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Sungguh hebat catatn Dr.. membuatkan saya terfikir sejenak. Saya melihat ramai usahawan pada era metropolitan ini terlalu jauh dari landasan sebenar seorang usahawan. Terlalu lali saya mendengar ramai usahawan yang memaksa pembeli membeli barangan mereka membuatkan pembeli membeli dengan secara tidak sukarela dan terpaksa. Persoalannya, adakah wang hasil jual beli seperti ini halal Dr? Satu lagi soalan saya.. macam ni, seorang peniaga yang pernah menjalankan perniagaan secara riba sebelum ini telah insaf dan beliau maklum bahawa keuntungan hasil perniagaannya yang dulu adalah haram, jadi bagaimanakah cara untuk beliau menjadikan yang haram itu menjadi halal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. seseorang yang membeli barangan yang tidak disukai tanpa ada paksaan maka akad jual beli adalah sah. namun jika jual beli tadi melibatkan paksaan di mana pembeli tidak mempunyai pilihan untuk mengelak atau dipaksa membeli selepas menerima ugutan, maka akad jual beli tadi adalah terbatal

      Delete
  4. Usahawan muslim nie emamng banyak yang dah berjaya, tapi kebanyakan yang saya tengok ramai yang mengejar untung berbanding ikhlas dalam berniaga. Untung sikit2 tu boleh la, tapi kalau harga yang ditawarkan berbeza terus dengan orang lain tu macam pelik la. Geram pun ada. Kadang2 ade yang macam nak marah bila dia bersungguh2 tawarkan barang, tapi kita xnak membeli. Xboleh la macam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengguna ada hak sama ada ingin membeli atau tidak kerana tugas penjual adalah membuat pemasaran agar barang berjaya dijual, tetapi hak membeli adalah hak pengguna dan penjual tidak boleh memaksa pembeli untuk membeli barangan tersebut

      Delete
  5. ramai yg anggap semua ciri ciri usahawan islam ni bagus tapi masih ramai jgk peniaga yg tak mengikut lgsg ciri2 usahawan ni . Mcm ada yg lebih mementingkn profit dri segala nya smpai bab halal haram tolak tepi . Janji kaya . Mcm tu la yg boleh nmpk skrg ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam Islam, halal dan haram tidak boleh bercampur kerana kedua-duanya adalah jelas.

      Delete
  6. pada pendapat saya, usahawan muslim merupakan usahawan yang disegani dari pelbagai pihak. hal ini kerana Nabi Muhammad saw juga pernah berniaga suatu ketika dahulu. oleh itu, ramai usahawan muslim yang telah mengikut jejak Nabi kita.tetapi malangnya pada masa kini, ramai usahawan yang tidak mengikuti segala adab dan etika yang telah ditetapkan. mereka banyak menyeleweng dalam berniaga dan tidak jujur. sebagai contoh, adab yang kelima dalam petikan Dr iaitu mengenai timbangan atau sukatan jualan kepada pembeli. bagaimana jika usahawan itu tidak berlaku jujur Dr? Adakah dia akan menanggung segala dosa jika si pembeli tidak menghalalkan timbangan atau sukatan itu?

    ReplyDelete
  7. Mengikut realiti pada masa kini,memang masih ada ramai usahawan Islam yang kurang mempraktikkan konsep Islam dalam perniagaan mereka.Mengikut pemahaman saya, perkara ini berlaku kerana kurangnya pengertiaan tentang konsep Syumuliyyah.Konsep Syumuliyyah yang bermaksud lengkap dan sempurna,dimana agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW adalah lengkap dan sempurna yang mana ajaran Islam merangkumi semua aspek kehidupan manusia yang meliputi dunia dan akhirat.
    Peniaga menggejar kekayaan dunia dan lupa tentang dalil bekerja kerana Allah SWT yang dinyatakkan dalam surah At-Taubah.
    Oleh itu,semua peniaga Islam haruslah mengikut segala panduan yang sedia ada agar mendapat keredhaanNYA.

    ReplyDelete
  8. Juz tmbhn...usahwan Islam perlu menitikberatkan soal jual barang atas belian pelanggan lain...maksudnya ad segelintir pnjual yg menjual barang yang telah ditempah Oleh pelanggan kepada pelanggan lain..ini menyebabkan perselisihan faham Dan mencetuskan ketidakjujuran peniaga..selain Itu..hasad dengki juga berlaku iaitu mengutuk barangan yg dijual oleh peniaga lain demi mengaut keuntungan yg blipat ganda...

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  10. Assalam..Pada pendapat saya mengenai keusahawanan Islam yang dijalankan atau barangan yang dikeluarkan oleh orang islam adalah satu konsep yang bagus yang boleh diaplikasikan oleh semua golongan masyarakat tampa mengira agama.Namun Bergitu pada masa kini realitinye tidak ramai perniaga muslim yang mengamalkan 100% konsep perniagaan dalam islam.Hal ini kerana mereka lebih memfokuskan keuntungan berbanding ibadah ,kebajikan atau tanggungjawab sebagai seorang muslim .Di sebabkan tidanye kejujuran dalam perniagaan akan menyebabkan kerugian pada pengguna malahan juga akan menjejaskan kesihatan pengguna jika barangan yang dijual adalah barangan tiruan. Oleh itu konsep perniaggan islam haruslah diamalkan oleh kesemua ahli perniaga malahan perniaga bukan islam juga boleh mengamalakn konsep perniaggan islam .Tuntasnye tindakan perlu dilakukan oleh pihak yang berwajib malahan harus dimulakan dengan diri sendri dahulu degan mengamalkan kejujuran dalam perniagaan, Saya ada soalan yang ingin ditanyakan dalam perniagaan.pada pengetahuan saya kite harus membantu sesama muslim dalam perniagaan betulkan Dr? Namun sebagai perniaga kecil;kecilan seperti saya jika saya dapat harga yang murah dari pemborong bukan islam adakah baik cara saya yang menjadi pelanggan tetap perniaga tersebut walupun beza harganye RM1? mohon pencerahan Dr? terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam Islam, kita tidak dilarang untuk berurusniaga dengan agama mana sekalipun. Yang penting urusniaga itu mestilah jujur dan amanah serta tidak menipu dan juga barang yang hendak dijual beli merupakan barang yang dibenarkan oleh Islam.

      Delete
  11. Kebersihan merupakan aspek yang amat penting dalam penghasilan produk pemakanan dan adalah amat dituntut di dalam Islam. Menjaga kebersihan bukan sahaja mengelakkan daripada mendatangkan kemudharatan tetapi menghadirkan perasaan selesa kepada pengguna itu sendiri. Apabila timbulnya perasaan selesa tersebut, hati pelanggan akan mudah terikat dengan produk yang dihasilkan dan juga perkhidmatan yang ditawarkan. Persoalan saya, sejauh manakah usahawan islam di dalam negara kita mempraktikkan amalan tersebut di dalam perniagaan mereka?
    Terdapat pelbagai masalah dan rintangan yang perlu dihadapi oleh seseorang usahawan dalam menjalankan perniagaan mereka dan seterunya dalam mencapai sesebuah kemajuan dan kejayaan, bagaimanakah kaedah ataupun cara untuk memupuk kesabaran yang tinggi dalam usahawan muslim?

    ReplyDelete
    Replies
    1. usaha tangga kejayaan di mana di dalam Islam, usaha bersungguh-sungguh amat ditekankan dalam Islam. Selepas berusaha sehingga ke titisan peluh terakhir, maka senjata terakhir adalah tawakkal melalui doa-doa yang dipanjangkan kepada Allah SWT.

      Delete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum Dr. Faisol, terima kasih atas perkongsian yang sangat berguna. Bagi saya di zaman modenisasi ini, peniaga yang hebat ialah peniaga yang sentiasa menyeimbangkan duniawi & ukhrawi. Peniaga yang berjaya akan sentiasa berkongsi ilmu & rahsia yang ada bagi menceburi bidang tersebut, kerana 9/10 punca rezeki ada dalam bidang perniagaan. Wahualam

    ReplyDelete
  14. Terima kasih dr atas perkongsian yg sngat manfaat ini. Pada pendapat sya berdasarkn zaman sekrang, kebanyakn peniaga atau ushawan muslim tidak mengaplikasikan adab dan etika sebagai usahawan muslim dlam perniagaan mereka. Salah satu faktornya ialah sesetngah ushawan muslim ingin mendapatkan keuntngan yg maximun dengan menawarkn hrga yang tidak masuk akal kepada pengguna. Peniaga atau ushawan muslim perlu memikirkan kesan yang pnjang di dunia mahupun akhirat dan ke mana keuntungan disalurkan. Dan kita sebagai pengguna perlu lebih bijak dan peka dalam berbelnja kerana pengguna mempunyai hak untuk memilih dalm berbelanja. Terima kasih.

    ReplyDelete
  15. Terima kasih dr atas perkongsian yg sngat manfaat ini. Pada pendapat sya berdasarkn zaman sekrang, kebanyakn peniaga atau ushawan muslim tidak mengaplikasikan adab dan etika sebagai usahawan muslim dlam perniagaan mereka. Salah satu faktornya ialah sesetngah ushawan muslim ingin mendapatkan keuntngan yg maximun dengan menawarkn hrga yang tidak masuk akal kepada pengguna. Peniaga atau ushawan muslim perlu memikirkan kesan yang pnjang di dunia mahupun akhirat dan ke mana keuntungan disalurkan. Dan kita sebagai pengguna perlu lebih bijak dan peka dalam berbelnja kerana pengguna mempunyai hak untuk memilih dalm berbelanja. Terima kasih.

    ReplyDelete
  16. Terima kasih Dr.Faisol atas penjelasan yang sangat berguna ini. Bagi pendapat saya adat-adat dan etika usahawan muslim dalam perniagaan memang bagus untuk diamalkan dan dicontohi oleh agama- agama lain, tetapi apa yang saya lihat ialah disebaliknya. Setahu saya islam telah meletakkan garis panduan perniagaan yang selaras dengan fitrah manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Malahan realitinya, ramai usahawan islam yang telah mengabaikan adat- adat atau garis panduan tersebut disebabkan lebih mementingkan keuntungan semata- mata. Misalnya, ada je peniaga yang melakukan penipuan harga dalam taktik perniagaan mereka. Mereka akan meletak harga yang tinggi dan beritahu pembeli kata bleh diturunkan harga lagi sekiranya kita berminat untuk membeli..padahal harga yang diturunkan tu lah harga standard barang itu. Soalan saya adakah taktik itu telah melanggar etika perniagaan dalam islam sedangkan dia jual dalam harga yang berpatutan. Selain itu, saya ingin penjelasan dari dr. tentang ucapan " jual- beli" yang disebuat oleh peniaga islam apabila operasi berniaga berlaku. Misalan, biasanya di pasar malam..peniaga- peniaga akan cakap jual apabila saya membeli barang..adakah itu memang adat yang perlu diamalkan dr.???

    ReplyDelete
  17. Terima kasih dr. atas perkongsian yang sangat bermanfaat.Pendapat saya, sememang nya perkara macam ni ada berlaku dalam urusniaga seharian kita kalau seseorang peniaga itu mempraktikkan dan melaksanakan perniagaan dalam islam sebagai usahawan muslim.Tapi, realitinya kebanyakkan peniaga sekarang tidak begitu menitikberatkan dalam adab perniagaan sebagai usahawan mereka sebab itu peniaga masa kini lebih mementingkan keuntungan yang bakal mereka perolehi serta kepentingan dan kepuasan peribadi mereka sendiri. Jadi, matlamat pekerjaan itu bukan lagi sebagai satu ibadah dan tanggungjawab tetapi lebih kepada mendapatkan keuntungan … bagaimana pendapat dr?

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum Dr. Terima kasih diatas maklumat yang sangat berguna yang Dr. telah berikan. Kalau dilihat pada masa sekarang, memang kebanyakkan usahawan melayu di negara kita tidak melaksanakan konsep Perniagaan Islam dalam perusahaan yang mereka jalankan. Saya menjangkakan masalah ini adalah kerana kurangnya pengetahuan mereka tentang cara-cara untuk berniaga mengikut ajaran Islam yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Kebanyakkan peniaga hanya mengejar keuntungan semata-mata tanpa menoleh kearah aspek agama. Mereka juga sanggup menggunakan jalan pintas untuk meraih keuntungan dalam perniagaan mereka seperti contoh riba dan penipuan dalam penjualan barang tanpa memikirkan tentang isu halal atau haram. Walaupun berniaga itu merupakan Fardhu Kifayah, tetapi perniagaan yang dijalankan oleh seseorang itu mestilah berlandaskan konsep Perniagaan Islam agar perniagaan yang dijalankan itu mendapat keredhaan dari-Nya. Dalil Al-Quran, Firman Allah "Wahai orang2 yang beriman,janganlah kamu makan(gunakan) harta2 kamu sesama kamu dengan jalan yang salah(tipu dan sebagainya) kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka diantara kamu,dan janganlah kamu berbunuh bunuhan sesama sendiri.Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu." (An Nisa : 29). Apa pendapat Dr. tentang peniaga yang berniaga tetapi tidak berlandaskan Konsep Islam? dan bolehkah Dr. beri pendapat cara untuk menyedarkan peniaga Islam betapa pentingnya Konsep Perniagaan Islam.

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum. Pd pndangan sy, peniaga2 di malaysia ni especially peniaga melayu yg beragama Islam tak berapa faham tentang konsep perniagaan dlm Islam. Yg faham pun kebanyakannya tidak mnngambill berat, sikap acuh xacuh semasa mnjalankn urus niaga jual beli. Semuanya ingin mengaut keuntungan berlipat ganda tnpa memikirkan adab2 dan etika sebagai seorang peniaga muslim. Ada yg sggup mgguna tipu helah dlm berniaga tnpa memikirkan nasib kpd pembeli yg telah ditipu. Wallahu a'lam

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum. Saya sangat bersetuju dengan ilmu yang Dr. Faisol kongsikan ini. Tidak dinafikan kebanyakkan peniaga yang beragama Islam tidak mengamalkan perniagaan berkonsepkan Islam. Dimana mereka tidak menerapkan nilai yang perlu ada dalam diri seorang peniaga muslim. Sedangkan dalam agama Islam telah mengajar kita bagaimana untuk menjadi usahawan yang berjaya di dunia dan di akhirat. Saya sangat kecewa apabila melihat segelintir peniaga yang seagama dengan saya tidak melaksanakan konsep perniagaan Islam tetapi sebaliknya yang bukan beragama Islam pula yang melaksanakan konsep perniagaan Islam dimana mereka menunjukkan kesungguhan mereka dalam membuat perniagaan, ramah dengan pelanggan, bersikap jujur, dan sebagainya dan mereka pula yang mengamalkan cara kebersihan yang betul berbanding kita orang muslim. Seharusnya sebagai seorang yang beragama Islam kita perlulah mengikut cara yang telah diajarkan dalam agama Islam kepada kita. Mungkin mereka yang mengamalkan perniagaan yang tidak mengikut konsep agama Islam ini terlepas pandang akan konsep yang sebenar. Saya sangat berharap supaya peniaga Islam di negara kita dapat mengamalkan perniagaan berkonsepkan Islam dengan betul kerana apa yang disuruh olehNYA merupakan fadilat yang akan kita perolehi di dunia dan di akhirat. In Sha Allah.

    ReplyDelete
  21. Assamualaikum Dr. terima kasih atas perkongsian ilmu yang dr sampaikan.usahawan amat berguna untuk membangunkan ekonomi negara. Melalui pandangan saya negara perlulah menggalakkan konsep-konsep perniagaan islam di kalangan usahawan kita supaya dapat mengelakkan penipuan di dalam perniagaan yang dijalankan. Dengan teknologi yang semakin canggih pada masa kini pula, banyak jualan yang dijalankan di online seperti di dalam instagram yang bnyak mengambil keuntungan yang tinggi cntoh sehelai tudung hrga rm10 penjual jual dgn harga rm15 ke rm20, lepas itu penjual mengaut keuntungan pada pos. pertanyaan saya dikira riba juga ke dr.? terima kasih

    ReplyDelete
  22. subhanALLAH stu p'kongsian yg mnrik. Bnyk p'niagaan skrg yg p'gusahanya bukn islam yg yakin dan percaya dgn konsep ni. Sy juga kgum dgn org islam yg patuh n conthi prkara ni. Dari zaman rasulullah lagi perniagaan dah dijalnkn, dan p'niagaan yang beradab n sistemtik yg akan membawa kepada kebaikan samaada dr segi untung atau mafaat utk org lain. Cuma bnyk lg yg perlu ditekankan dlm msykt kita supaya mereka yg m'punyai p'niagaan atau ingin b'niaga faham dan akan melaksanakan p'niagaan secara islamik, in shaa ALLAH. Sy juga yakin bila ini diamalkan (sikap yg berakhlak n beradap) oleh p'niaga2 islam, in shaaa ALLAH p'niagaan juga akan menjadi stu medan dakwah. Terima kasih dr dgn p'kongsian ni semoga ianya manfaat utk sy n semua.

    ReplyDelete