Apakah itu musyarakah? musyarakah ialah akad persetujuan kerjasama antara dua pihak atau lebih untuk menjalankan sesuatu
usaha tertentu dimana masing-masing memberikan sumbangan dana atau fizikal yang bersifat kepakaran dan bersetuju bahawa keuntungan dan risiko akan
ditanggung bersama mengikut kadar yang dipersetujui.
Berdasarkan konsep diatas maka satu program yang dianjurkan oleh iCEPs 11 telah menggunakan pendekatan ini di mana pihak iCEPs menyumbangkan tenaga dan kepakaran serta sejumlah wang, manakala pihak TESCO Nilai telah menyumbang bahan mentah dan bahan berharga untuk memastikan program itu berlangsung.
Sebanyak 300 peserta telah mengambil bahagian yang melibatkan pelbagai lapisan umur, bangsa dan agama dalam pertandingan ini. Namun matlamat asal penganjuran program ini adalah untuk mewujudkan masyarakat yang sihat dan mengamalkan gaya hidup bersukan. Majlis yang berlangsung pada 16 September 2015 di Bandar Baru Nilai ini telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni USIM iaitu Prof Dato Dr. Hassan Basri bin Awang Mat Dahan.
Gambar 1: Prof Dato Dr. Hassan bersama penulis dan juga pemenang FUN RIDE
Gambar 2: Prof Dato. TNCHEPA diiringi oleh penulis melepaskan peserta FUN RIDE pada jam 8.30am di hadapan TESCO NILAI
Gambar 3: Penulis bersama Dato TNCHEPA USIM dan juga pengurus TESCO NILAI (baju berwarna hitam) semasa menantikan ketibaan para peserta FUN RIDE 2015
No comments:
Post a Comment