Thursday 1 October 2015

KUNJUNGAN BERJUMPA CEO MAIWP



Tanggal 1 Oktober 2015, jam 10.30am satu detik bersejarah dan penuh dengan pengajaran kepada penulis apabila telah bertemu dengan Datuk Zainal Abidin iaitu CEO Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan di Jalan Ipoh Kuala Lumpur. Pertemuan enam mata yang berlangsung di tingkat 8 telah memberi satu lagi pengalaman baharu tentang kepimpinan Islam.

Kedatangan penulis bersama sahabat dari ILIM telah disambut dengan kemesraan tanpa ada 
kekangan kedudukan oleh Datuk Zainal. Keperibadian beliau yang sangat ramah, rendah diri, suka menolong dan sebagainya lagi telah terpancar melalui percakapan dan perbuatan beliau semasa perbincangan berlangsung.

Kunjugan penulis bersama pihak ILIM ke MAIWP adalah bagi membincangkan pelaksanaan program untuk meningkatkan kekuatan ekonomi umat Islam di Malaysia melalui pendekatan Konvensyen Kebangsaan Keusahawanan Islam yang dijangka akan berlangsung pada 17-19 September 2015. Majlis konvensyen tersebut akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Dalam perbincangan tersebut, setiap detik percakapan dan perbuatan beliau adalah bersifat positif. Penulis cukup berasa teruja dengan sifat seorang CEO yang betul memperlihatkan konsep kepimpinan Islam dalam pentadbiran organisasi. Alhamdulillah perbincangan tersebut telah membuahkan hasil yang positif dengan izinNya.

No comments:

Post a Comment