Dengan mengambil kira pertumbuhan pesat sektor perubatan khususnya di Lembah klang, P.Pinang dan juga Johor seiring dengan kos perubatan yang semakin meningkat dan kompetitif, pelancongan perubatan negara akan menjadi salah satu pemangkin kepada lonjakan pelancongan asing ke dalam negara memandangkan kualiti rawatan yg tinggi dan kos perubatan yang lebih murah berbanding dengan negara lain. Ini secara langsung akan menyumbang kepada peningkatan.
Pertumbuhan ekonomi negara melalui permintaan RM yg semakin meningkat
hasil daripada peningkatan perbelnjaan dan kos yang perlu dibayar kepada
hospital-hospital swasta oleh pesakit dari luar negara. Bukan itu saja, sektor2
lain seperti serktor perhotelan, farmasi, pengangkutan dan juga makaanan akan
menerima tempias daripada kebanjiran pesakit luar yang ingjn mendapatkan
rawatan pakar2 di malaysia. Jadi secara holistiknya kesan rantaian akibat
perkembangan pelancongan perubatan
negara dilihat mampu merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negara di
samping menjana nama Malaysia sebagai hub perubatan berkualiti di dunia.
Kesan limpahan ekonomi yg utama adalah hospital-hospital swasta menjana pendapatan yang lebih tinggi dari sebelum ini dan ini akan menyumbang kepada peningkatan hasil pendapatan sektor perubatan dlm negara akibat daripada caj rawatan dan ubatan yang dikenakan kepada pesakit asing. Kesan limpahan kedua adalah sektor pengankutan yang akan menerima kebanjiran pesakit asing ke dalam negara. Ketiga adalah sektor perhotelan yang menjadi tempat untuk pesakit asing mengjnap bagi suatu tempoh tertentu. Keempat adalah sektor farmasi di mana kemungkinan mereka cuba mendapatkan ubat yang lebih murah dari hospital. Kelima adalah syarikat insurans dan takaful akan mula melebarkan produk dan syarikat mereka bukan sahaja kepada rakyat tempatan tetapi kepada orang asing diluar negara.
Cabaran terbesar yang boleh menyebabkan malaysia kehilangan
lombong emas ini adalah pertama sekiranya ramai doctor pakar ditawarkan gaji
yang lebih lumayan oleh negara luar berbanding di Malaysia akan menyebabkan
mereka berhijrah ke sana. Kedua ialah infra perubatan dan peralatan yang kurang
berkualiti dan kurang moden serta ubat yang tidak berkualiti akan
menyebabkan pesakit asing akan memilih negara luar berbanding malaysia. Ketiga
adalah tempoh mendapatkan rawatan yang cepat dan pantas oleh pesakit asing juga
dianggap cabaran kepada pihak hospital memandangkan kekanban doc pakar dan staf
terlatih. Terakhir sekali adalah cabaran mengekalkan harga yang sangat
kompetitif dan mampu milik oleh pesakit asing selaras dengan kualiti ubat dan
rawatan.
No comments:
Post a Comment