Tuesday 13 July 2021

PEMBIAYAAN ISLAM: LEBIH BAIK MOHON MORATORIUM ATAU TIDAK PERLU

 Pengumuman oleh kerajaan tentang tawaran moratorium oleh institusi perbankan di Malaysia telah memberi berita gembira kepada para pelanggan bank. Tawaran moratorium ini bukan sahaja hanya terhad kepada bank konvensional tetapi juga perbankan Islam.Sebelum 7hb Julai 2021 penawaran moratorium dilihat amat membebankan pelanggan kerana moratorium 3 bulan akan menyebabkan kontrak pembiayaan akan dilanjutkan sehingga 12 bulan manakala moratorium 6 bulan menyebabkan kontrak asal pembiayaan bertambah kepada 24 bulan. Namun selepas 8hb Julai 2021 polisi ini tidak lagi terpakai di mana moratorium selama 6 bulan akan menyebabkan tempoh kontrak pinjaman dilanjutkan hanya 6 bulan sahaja. Walaupun begitu perlukan kita memohon moratorium daripada pihak bank? apakan penentu dan faktor yang membolehkan seserorang itu mengambil kemudahan moratorium? Mohon kongsi pandangan.


23 comments:

  1. Assalamualaikum. Berkaitan soalan melibatkan moratorium pkp 3.0, tahniah diucapkan ke atas pihak kerajaan kerana ini sebagai insetif bagi memudahkan rakyat yang terjejas akibat wabak Covid-19. Seseorang itu perlu mengambil moratorium bergantung ke atas keputusan dan penilaian individu tersebut. Memandangkan ramai golongan M40 telah jatuh ke dalam golongan B40 maka perkara seperti ini harus diambil kira oleh individu demi masa depan mereka juga. Kehilangan tempat mencari rezki akibat dibuang kerja merupakan salah satu faktor bagi mereka untuk mengambil moratorium. Mereka harus membuat keputusan yang tepat kerana setiap bank menawarkan moratorium yang sama tapi terma dan syarat mungkin berbeza dari bank yang lain.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Muhammad Al Hakim Bin Mohd Zulkifli
      1190891

      Delete
  2. MUHAMAD HAFIY BIN ZOLFATTAH KME 3

    Pada pandangan saya moratorium ini boleh digunakan kepada pihak atau individual yang terkesan dan terjejas teruk pada ketika ini dengan mengambil peluang tersebut dengan sebaiknya.

    Mungkin ada dalam kalangan kita yang bukan sahaja telah kehilangan pekerjaan kerana telah diberhentikan kerja malah kehilangan pendapatan kerana tidak dapat berniaga pada ketika ini.

    Tambahan pula moratorium dapat membantu untuk menjana semula ekonomi negara apabila rakyat mempunyai lebihan wang dalam tangan yang boleh digunakan untuk dibelanjakan.

    Apabila money supply meningkat, maka pembelian juga meningkat , oleh itu kita dapat membaik pulih ekonomi sedikit demi sedikit. sekian terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. MUHAMMAD HAFIY BIN ZOLFATTAH NO. MATRIK 1190842

      Delete
  3. assalamualaikum, pada pandangan saya moratorium adalah perlu diambil bagi golongan yang terjejas dengan pandemic covid-19. Faktor yang membolehkan seorang itu me mohon moratorium adalah seperti, diberhentikan kerja, kerugian syarikat, dan sebagainya. Moratorium ini sebenarnya bagus untuk kita strukturkan balik pengurusan kewangan Kita. Sebaliknya, jika kita tiada sebarang masalah, tidak menjadi keperluan bagi kita untuk memohon moratorium.

    Muhammad Firdaus bin Shaifudin
    1190863
    KME3

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum, pada pandangan saya, saya amat bersetuju dengan kaedah moratorium terbaru yang diperkenalkan oleh Kerajaan dan Bank Negara Malaysia. Kerana kaedah ini akan dapat membantu golongan yang mengalami krisis kewangan disebabkan pandemic ini, terutamanya golongan B40. Kita dapat lihat juga pandemic covid-19 ini banyak memberi kesan kepada peningkatan golongan miskin bandar yang mempunyai tanggugan untuk membayar pinjaman bulanan yang agak mahal, turut juga golongan yang di buang kerja, maka kaedah moratorium yang terbaru ini sangat membantu semua golongan dan ianya sangat patut dilaksanakan untuk golongan memerlukan ini menstabilkan kewangan mereka kembali.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum, pada pandangan saya, saya amat bersetuju dengan kaedah moratorium terbaru yang diperkenalkan oleh Kerajaan dan Bank Negara Malaysia. Kerana kaedah ini akan dapat membantu golongan yang mengalami krisis kewangan disebabkan pandemic ini, terutamanya golongan B40. Kita dapat lihat juga pandemic covid-19 ini banyak memberi kesan kepada peningkatan golongan miskin bandar yang mempunyai tanggugan untuk membayar pinjaman bulanan yang agak mahal, turut juga golongan yang di buang kerja, maka kaedah moratorium yang terbaru ini sangat membantu semua golongan dan ianya sangat patut dilaksanakan untuk golongan memerlukan ini menstabilkan kewangan mereka kembali.

    Muhammad 'Umair Bin Halim 1190821

    ReplyDelete
  6. Muhammad Syahir bin Mohd Nazri (1193141) Kme 3
    Pada pendapat saya, moratorium yang disediakan oleh pembiayaan islam ini adalah perkara yang baik, kerana ramai rakyat yang terjejas akibat PKP 3.0 bukan sahaja rakyat yang berkelas B40 sahaja malah M40 dan T20 juga terjejas akibat tidak boleh melakukan perkerjaan seperti sediakala dan ada yang diberikan cuti tanpa gaji atau diberhentikan. Jadi, untuk kelansungan hidup dan mengurangkan komitmen membayar segala pinjaman yang telah dibuat sebelum ini wajarlah untuk memohon moratarium yang disediakan oleh bank islam mengikut terma dan syarat.

    ReplyDelete
  7. X silap saya, ada dua kategori pemohon yang layak mohon moratorium, first, individu yang hilang pekerjaan, golongan b40, and perniagaan mikro or PKS. second kategori ialah peminjam yng mengalami pengurangan pndapatan. Setiap kategori ada berbeza jenis bantuan moratorium. So if kita tergolong dalam kategori itu and dalam keadaan terdesak, kita perlu memohon moratorium untuk kurangkan beban hidup

    Muhammad hazimi syaqir bin mohd hashim
    1190899

    ReplyDelete
  8. Pada pendapat saya, moratorium atau kata mudah pakej bantuan bayaran balik pembiayaan ini dibuat untuk pihak yang terjejas semasa wabak covid-19 ini. saya setuju sekiranya pihak yang terjejas mengambil moratorium yang ditawarkan oleh pihak bank islam bagi memudahkan pihak atau peniaga yang terkesan mempunyai tempoh enam bulan sahaja untuk memulihkan keadaan kewangan mereka dan kontrak pembiayaan tidak ditambah jika kontrak moratorium 6 bulan itu sahaja tempoh yang diperlukan tidak seperti sebelum ini contohnya moratorium 3 bulan akan bertambah tempoh pembiayaan ke 12 bulan. itu sahaja dari saya . terima kasih

    MOHAMAD IMRAN BIN ABDUL RAHMAN
    1190860

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada pendapat saya, pertama sekali kemudahan moratarium yang diperkenalkan oleh pihak bank wajar diberikan dan dilanjutkan kepada golongan terjejas seperti B40, M40 mahupun T20. Moratarium yang diberikan oleh pihak bank juga bergantung juga kepada pengguna sama ada perlu memohon ataupun tidak. Jikalau mereka sangat terkesan dengan situasi pandemik ini, maka mereka wajar memohon moratarium dalam tempoh yang tertentu dan pihak bank tidak boleh mengambil kesempatan ke atas mereka dengan mengenakan faedah tambahan kepada pengguna mereka kerana akan membebankan mereka lagi. Usaha ini perlu diteruskan dan diperkemaskan dari semasa ke semasa. Sekian daripada saya, Terima Kasih

      MUHAMMAD SYAKIR BIN MOHD NAZRI
      1193142

      Delete
  9. Assalamualaikum, pada pandangan saya, ia bergantung pada rakyat sama ada rakyat mampu atau tidak untuk mengambil kemudahan moratorium tersebut. Terkini, jumlah pengangguran semakin meningkat banyak sektor terpaksa ditutup sepanjang pkp 3.0 yang menyebabkan rakyat dari golongan B40 terpaksa dan sangat memerlukan sumber kewangan, maka sebaiknya mereka menggunakan peluang terbaik ini. Justeru, golongan B40 dapat mengukuhkan dan merancang kembali kewangan mereka sebaik mungkin bagi meneruskan kehidupan pada saat yang genting di kala pandemic COVID-19, dan juga membantu pihak bank dan ekonomi Negara untuk menstabilkan semula kewangan dan kebajikan pekerja pada masa yang akan datang.

    Muhammad Nur Syabil Bin Nor Afandi 1190887 KME 3

    ReplyDelete
  10. Pada pandangan saya, keperluan moratorium ini bergantung kepada seseorang individu tersebut. Ini kerana, kita tidak nafikan bahawa rakyat terkesan dengan pandemik covid-19 ini terutamanya dari segi kewangan namun terdapat sesetengah pihak yang masih mampu untuk mengharungi cabaran krisis negara kini terutamanya golongan T20 dan golongan yang berkerja dari rumah. Moratorium ini dikhaskan kepada masyarakat yang memerlukan sahaja sebagai contoh individu yang dibuang kerja, peniaga kecil-kecilan, dan sebagainya. Kesimpulannya, moratorium ini memberi kesan yang baik kepada golongan yang memerlukan dan merupakan salah satu iniatiatif yang berkesan dibuat oleh Bank Negara kepada rakyat Malaysia

    Iqmal Syahmi Bin Hisham Muddin
    1190867 KME3

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum. Pada pendapat saya, moratorium yang ditawarkan oleh institusi perbankan di Malaysia amat wajar. Seperti yang sedia maklum, hampir keseluruhan sektor ekonomi ditutup ketika pandemik dan ia menjejaskan sumber pendapatan rakyat khususnya golongan B40 dan M40. Jadi agak sukar bagi pelanggan untuk membayar kontrak pembiayaan. Dengan penawaran moratorium, mereka dapat menggunakan wang untuk menampung keperluan harian terutama bagi yang mempunyai ramai tanggungan. Walaupun ia akan melewatkan tempoh pembayaran, tetapi ia dapat mengurangkan beban kewangan terutama golongan B40 dan M40 buat sementara waktu.

    MUHAMMAD FAUZI BIN NGATRI
    1190809

    ReplyDelete
  12. Muhammad Luqman Hakim bin Padzal
    1190879 KME 3

    Pada pendapat saya, penawaran moratorium yang diumumkan oleh kerajaan adalah initiatif yang bagus bagi meringankan beban rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19. Perlu atau tidak moratorium ni adalah bergantung pada individu tersendiri, jika terlalu banyak bebanan, maka perlulah mohon moratorium tidak kira individu tersebut adalah golongan B40, M40 dan T20 yang terjejas. Malah, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta perniagaan mikro juga boleh memohon moratorium. Tetapi, jika individu mampu untuk menampung bebanan seperti biasa, maka tidak perlulah memohon moratorium kerana moratorium akan menambahkan jumlah hutang dan memanjangkan lagi tempoh pembayaran.


    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum w.b.t Pada pandangan saya tawaran moratorium merupakan satu inisiatif yang amat baik bagi membantu rakyat yang dalam kesusahan apatah lagi pada zaman tersebarnya virus Covid-19 ini. Adapun, adakah perlu atau tidak diambil moritarium driapda bank ini ? Maka pada saya, ianya adalah atas keadaan individu tersebut. Andai kata individu itu memiliki kewangan dan simpanan yang cukup dalam menanggung keluarganya, maka tidak perlu baginya untuk mengambil moratorium. Pada sudut lain pula, andai mereka tidak mempunyai kewangan dan simpanan yang mencukupi, maka amat baik bagi mereka untuk ambil moratorium ini terutamanya dalam perihal pembelian rumah dan kenderaan, kerana ia tidak merugikan. Tetapi tiap tiap indiviu perlulah lakukan anggaran dan kiraan samada mereka benar benar mampu untuk teruskan ikhtiyar hidup selama 6 bulan dengan jumlah kewangan yang ada, atau tidak. Barulah putuskan hendak ambil moratorium atau tidak

    Muhammad Nor Adnin Bin Zunaidi
    1190865

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum, pada pandangan saya, moratoruim ini sangat membantu kepada golongan yang terkesan disebabkan pandemic covid-19 seperti individu yang kehilangan pekerjaan. tambahan pula, moratorium ini bergantung kepada individu tersebut sama ada mereka mahu mengambil moratorium atau tidak dan ianya juga tidak terhad kepada golongan B40 sahaja, malah golongan lain seperti M40 dan T20 juga bole memohon. jika individu tersebut berada dalam keadaan kekurangan kewangan untuk menampung keperluan seharian, maka disarankan untuk mengambil bagi meringankan beban.

    Muhammad Nasrulhaq bin Selamat
    1190861

    ReplyDelete
  15. assalamulaikum, Bagi pendapat saya keperluan untuk mengambil moratorium bergatung kepada dua perkara. Yang pertama ialah cash flow management individu tersendiri sama ada positif cash flow (pendapatan > perbelanjaan) atau negetif cash flow(pendapatan < perbelanjaan). Sebagai contoh, jika cash flow negetif dan dengan mengambil moratorium dapat membantu meringankan baban maka jawapannya ambilah moratoruim. Kedua, kelansungan hidup juga perlu dilihat sama ada wajar untuk mengambil maoratorium. Tidak dinafikan pandemik ini membuatkan rakyat terjejas untuk meneruskan kelansungan hidup. Dalam situasi ini, kita perlu berbalik semula kepada maqasid syariah, daruriyyat (keperluan asas) . Jika individu terkesan untuk menyediakan keperluan asas untuk diri, keluarga dan sebagainya maka ambillah moratorium.

    Muhammad Afiq Bin Azlan
    1190802

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum, bagi menjawab persoalan yang ditujukan oleh penulis, saya rasa ini adalah satu peluang yang sangat baik bagi pemohon yang layak dari perbagai lapisan status sama ada B40,M40 mahupun dari kalangan T40 untuk memohan MORATORIUM dari Bank Islam seperti Pakej Bantuan Pembayaran Pemulih (BPP). Perbagai pakej yang disediakan oleh pihak Bank Islam yang dapat kita lihat sangat menitikberatkan kepada asas tujuan'Bantuan Pertolongan Kewangan' perbanding kepada asas tujuan penubuhan bank itu sendiri iaitu memaksimumkan keuntungan. Dengan mengambil moratorium ini, dapat memberi nafas lega buat orang yang terjejas bagi mendapatkan masa untuk mencari dan mencipta solusi yang terbaik bagi menstabikan ekonomi kewangan semada untuk rumah tangga ataupun untuk perniagaan yang diusahakan sebelum ini. Pelbagai pakej yang bagus yang disediakan oleh Bank Islam bagi mengurangkan beban sementara bagi menghadapi cabaran yang mendatang. Saya harap orang diluar sana yang memerlukan dapat membuka mata mereka untuk memohon bantuan ini dan memanfaatkan sebaiknya.

    Abdul Aziz b Abdullah
    110799
    KME3

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum. Pada pendapat saya tindakan institusi perbankan mewujudkan moratorium adalah langkah yang wajar kerana ianya sedikit sebanyak dapat membantu golongan-golongan yang terjejas akibat musim pandemik Covid-19. Pihak bank telah menetapkan kategori individu dan perusaha yang layak membuat permohonan moratorium yang ditawarkan. Antaranya adalah individu yang kehilangan kerja terutamanya golongan B40, M40 dan T20 dan perniaga dan perusaha yang tidak dibernarkan beroperasi akibat PKP. Dengan adanyan moratorium ini dapat memberi sokongan dari sudut pendapat kepada mereka yang kehilangan sumber pencarian bagi menampung perbelanjaan seharian mereka.

    NAYLI AZMI
    1190793

    ReplyDelete
  18. assalamualaikum, pada pendapat saya, jika seseorang itu terjejas ekonomi dan sumber pendapatan mereka kerana covid-19, maka wajarlah untuk mereka memohon moratorium daripada pihak bank. hal ini kerana, moratorium dapat mengurangkan atau menangguhkan bayaran bulanan pinjaman mereka sepanjang tempoh tertentu, dan dapatlah mereka menggunakan wang itu untuk membeli barangan keperluan yang lebih penting seperti bekalan makanan dan bil utiliti untuk meneruskan kehidupan mereka. sebaliknya, jika pendapatan mereka tidak terlalu terjejas kerana covid-19,maka digalakkan untuk tidak memohon moratorium. hal ini kerana, permohonan moratorium akan menjadikan jumlah pembayaran akhir akan menjadi lebih tinggi daripada jika kita tidak memohon moratorium. tambahan pula ia akan menyebabkan tempoh pembayaran pinjaman kita lebih panjang dari sepatutnya.

    NURSHAKIRAH
    1190864

    ReplyDelete