Sunday 11 July 2021

PERLUKAH PELANGGAN DI MUSIM PKP 3.0 MEMOHON KEMUDAHAN MORATORIUM DENGAN PIHAK BANK?

 Tawaran MORATORIUM oleh pihak bank kepada pelanggan semsa PKP 3.0 memberi pelbagai tanggapan kepada masyarakat. Ada yang menyatakan ia sesuatu yang positif kerana memberi nilai tambah kepada aliran tunai dan peluang simpanan manakala ada sesetengah pula yang menyatakan ia sesuatu yang negatif kerana berlakunya penambahan jumlah hutang/pinjaman/pembiayaan disebabkan penambahan masa bayaran balik hutang/pinjaman/pembiayaan. Moratorium 6 bulan tetapi lanjutan bayaran balik hingga 24 manakala moratorium 3 bulan tetapi lanjutan bayaran balik hingga 12 bulan?  Betul ke semua andaian ini. Apa yang perlu dinilai dan pertimbangkan sebelum mengambil atau menolak moratorium ini. Mohon pandangan.






12 comments:

  1. Pada pandangan saya, moratorium ini bagus kepada orang yang memerlukan wang untuk memastikan barang keperluan tidak berkurangan tetapi ia mungkin memberi kesan kepada mereka untuk membayar balik.

    ReplyDelete
  2. Pada pandangan saya, moratorium ada kebaikan dan keburukannya. Kebaikannya ialah dapat mengurangkan beban orang yang mempunyai hutang dengan bank namun keburukannya ialah tempoh peminjaman akan bertambah menjadi tempoh yang lebih lama selain pinjaman masih dikenakan faedah atau keuntungan terakru yang akan dibawa selepas moratorium berakhir.

    ReplyDelete
  3. Pada pandangan saya, moratorium memberi kelebihan kepada pelanngan bank yang mengalami kekurangan pendapatan tidak kira dari golongan B40,M40 atau T20 akibat pandemik. Namun ia juga mengakibatkan tempoh pinjaman mereka bertambah dan faedah meningkat. Ia juga memberi kebaikan kepada institusi perbankan kerana mendapat keuntungan yang tinggi daripada faedah yang terkumpul dari pinjaman pelanggan.

    Areana Neeza,1190851

    ReplyDelete
  4. Pada pandangan saya , moratorium ini memberi kesan positif dan juga negatif . Kesan positifnya , membantu mengurangkan beban golongan isi rumah terutamanya golongan B40 yang terjejas/ kehilangan pendapatan akibat pandemik COVID-19. Kesan negatifnya , akan menjadi bebanan kepada mereka pada masa akan datang kerana tempoh pinjaman meningkat dan peminjam berdepan hutang tinggi.

    Aina Natasya (1190853)

    ReplyDelete
  5. Pada pandangan saya, saya dapat melihat bahawa moratorium ini dapat memberi kelebihan atau kebaikan kepada golongan B40 / golongan yang mengalami kekurangan pendapatan.Di samping memberi kesan positif,moratorium juga dapat memberi keburukan / kesan yang negatif dengan tempoh pinjaman menjadi lama dan akan memberi kesan dengan berdepan hutang yang tinggi untuk membayar balik.Kita dapat melihat bahawa moratorium dapat memberi kesan yang baik,bahkan juga memberi kesan yang buruk.

    ReplyDelete
  6. bagi saya pemberian moratorium ni kebaikannya hanyalah buat jangka masa pendek sahaja tapi kesannya akan membawa ke jangka masa yang panjang. tak dinafikan, dengan pemberian moratorium ini boleh membantu mereka yang terdesak memerlukan duit, tetapi perlu diingat juga yang mereka perlu membayar balik di masa akan datang dengan kadar nilai wang yang tak sama dengan penerimaan waktu sekarang.

    ReplyDelete
  7. Pada pandangan saya, moratorium antara bantuan yang paling dinantikan terutamanya dalam keadaan rakyat semakin dihimpit kesusahan dan tertekan sejak PKP dilaksanakan. Bank bagaimanapun tidak akan mengenakan faedah terkompaun atau penalti lewat bayar kepada peminjam yang memohon moratorium. Moratorium memberi impak positif terutamanya dalam membantu menyediakan lebihan aliran tunai kepada rakyat dan peniaga untuk berbelanja khususnya barang keperluan harian dan makanan serta seterusnya menyokong pergerakan ekonomi. Ia juga membantu perniagaan dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS)

    Farisya Nabiha 1190866

    ReplyDelete
  8. Pada pandangan saya Moraturium membawa kebaikan kepada golongan yang terjejas pendapatan sepanjang PKP ini. Dengan adanya moraturium ini wang yang sewajarnya digunakan untuk membayar hutang bank dapat digunakan untuk membeli keperluan harian untuk meneruskan kehidupan dan simpanan untuk kecemasan.

    Nur Hashilah (1190839)

    ReplyDelete
  9. Pendapat saya, rakyat pada waktu kini sangat memerlukan bantuan kerana ada yang tidak dapat bekerja yakni kehilangan pekerjaan dan tiada pendapatan untuk menyara hidup. Kehidupan tidak sama lagi seperti dulu akibat daripada Perintah Kawalan Pergerakan yang mengehadkan aktiviti kegiatan sosial dan ekonomi. Justeru, bantuan daripada kerajaan lah yang diperlukan oleh rakyat untuk meneruskan hidup. Oleh itu, inisiatif moratorium yang diumumkan 15 Jun lalu amat berguna dan bermakna buat rakyat. Namun, walaupun moratorium ini membuatkan tempoh pinjaman lebih lama dan peminjam perlu mengambil kira setiap aspek sebelum membuat keputusan untuk menerima atau menolak moratorium. Sekiranya peminjam memohon ansuran yang lebih rendah selepas moratorium (bukannya menyimpan ansuran asal), jangka masa pinjaman mungkin lebih panjang.

    Ozlaili Raudhah - 1190843

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Pada pandangan saya, beberapa aspek perlu diambil kira sebelum mengambil moratorium antaranya adakah kita perlu moratorium tersebut. Sebagai contoh, jika sesorang itu bekerja dengan sektor kerajaan dan setiap bulan dia mendapat gaji dan gaji itu cukup untuk menyara diri dan keluarganya, maka tidak perlulah untuk mengambil moratorium ini kerana moratorium ini akan lebih bermanfaat kepada golongan yang tiada sumber pendapatan. Jika di kemudian hari kita susah, maka ia akan menjadi bebanan kepada kita untuk membayar balik pinjaman ini. Jika seseorang itu bekerja dengan sektor swasta dan sumber pendapatannya terputus, maka amatlah wajar untuk dia mengambil moratorium ini demi meneruskan kelansungan hidup. Aspek yang kedua perlu diambil kira ialah bayaran pinjaman di masa hadapan. Jika seseorang itu masih mendapat sumber pendapatan, maka tidak perlu dia mengambil moratorium ini kerana dia masih ada sumber kewangan dan tidak perlu untuk bersusah payah memikirkan untuk membayar pinjaman di masa hadapan. Kita perlu berikan peluang kepada yang lebih memerlukan moratorium ini. Jadi, itu ialah beberapa aspek dari pandangan saya yang perlu diambil kira sama ada untuk mengambil moratorium atau tidak.

    Ahmad Atif- 1190798

    ReplyDelete
  12. Pada pendapat saya, perlu pelanggan yang terjejas di musim PKP 3.0 memohon kemudahan moratorium dengan pihak bank. Hal ini kerana moratorium dapat membantu individu serta perniagaan yang terjejas akibat wabak COVID-19. Semasa tempoh moratorium, institusi kewangan tidak menerima sebarang bayaran balik, malah mereka perlu terus memenuhi obligasi dengan menanggung kos deposit dan sumber pendanaan, sambil menyediakan pinjaman dan pembiayaan kepada ekonomi.Justeru langkah moratorium ini adalah bagi memastikan setiap individu dan peniaga mempunyai lebihan tunai supaya dapat bertahan dan boleh berbelanja seterusnya menggerakkan ekonomi negara.

    SITI FATIMAH AZZAHRA' BINTI MOHD SAFIEI (1190900)

    ReplyDelete