Monday 12 July 2021

MORATORIUM PKP 3.0 : NAK AMBIL ATAU TIDAK?

 Moratorium merupakan salah satu kemudahan sementara yang diberikan oleh pihak bank kepada pelanggan. Ia meliputi produk pembiayaan perumahan, pembiayaan kenderaan dan pelbagai lagi. Moratorium PKP 3.0 ini terbuka kepada semua golongan b40, m40 dan t20 di mana mereka yang berminat perlu memohon dengan pihak bank. Namun persoalanya adakah perlu seseorang itu mengambil moratorium atau tidak? Apakah yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat keputusan untuk mengambil moratorium ini? Mohon penjelasan.

Pembiayaan Perumahan CIMB



Pembiayaan Kenderaan CIMB




29 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Pada pandangan saya, moratorium yang diusulkan baru-baru ini mempunyai sudut positif yang boleh kita pertimbangkan.
    Antaranya ialah:
    Moratorium ini tidak menjejaskan skor kredit individu. Berdasarkan kepada CTOS(Credit Reporting Agency), penangguhan bayaran tidak dikategorikan sebagai tunggakan pinjaman. Jadi, ia tidak akan menjejaskan reputasi individu untuk permohonan pinjaman akan datang.
    Akan tetapi, jika individu memilih untuk moratorium bersasar dengan tidak membayar ansuran bulanan, jumlah terakhir yang perlu dibayar apabila pinjaman matang mungkin akan menjadi lebih tinggi. Ini mungkin akan menyusahkan individu di masa akan datang untuk membayar semula dengan jumlah terakhir yang sangat tinggi.
    Kesimpulannya, bagi saya moratorium ini perlu difikirkan dengan teliti bagi setiap individu yang berhajat untuk memohon. Perlu dikira aspek fleksibiliti kewangan yang mampu diurus oleh setiap individu.
    Wallahu'alam.

    KME2
    1193074
    -Muhammad Fadli-

    ReplyDelete
    Replies
    1. komen dan ulasan yang sangat tuntas. good comment

      Delete
  3. Assalamualaikum, bagi pandangan saya adakah seseorang itu perlu mengambil moratorium atau tidak ianya bergantung kepada simpanan seseorang kerana moratorium ini adalah tunggakan hutang yang diberikan oleh pihak bank CIMB bagi mengurangkan beban peminjam. Perlu kita tahu bahawa moratorium ini atau tunggakan hutang ianya akan disertakan dengan interest atau bunga pada tempoh 6 bulan tersebut. Jadi Ketika membuat pertimbangan untuk mengambil ataupun tidak moratorium, adalah di mana anda dalam situasi yang terbeban dalam membayar hutang, anda boleh mengambil moratorium, tetapi sekali lagi perlu diingatkan bahawa ianya akan disertai dengan interest atau bunga kerana jika anda merasa terbeban tetapi tidak mengambil moratorium, pada satu saat anda tidak lagi boleh membayar hutang bulanan selama 2/3 bulan bank akan mengambil tindakan undang-undang dan kereta anda boleh ditarik.

    ReplyDelete
  4. Pada pendapat saya, keperluan seseorang itu untuk mengambil moratorium sudah semestinya tidak sama bagi setiap individu, kerana ia bergantung kepada situasi yang dihadapi individu tersebut. Bagi mereka yang terkesan dan memerlukan bantuan, bolehlah ambil moratorium ini untuk mengatur semula kehidupan dan juga kewangan. Tetapi, mereka perlu mengambil kira dan mengetahui perbezaan dan spesifikasi dalam setiap pilihan moratorium yang ditawarkan oleh pihak bank. Mereka perlu memilih pilihan yang paling sesuai dengan kemampuan mereka supaya mereka dapat membayar semula dengan mudah dan tidak membebankan diri mereka pada masa hadapan.

    ReplyDelete
  5. Pada pandangan saya, rancangan moratorium yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan amatlah membantu rakyat dalam pengurusan kewangan di zaman pandemik COVID-19 ini. Tambahan lagi kepada golongan B40 dan golongan yang diberhentikan kerja. Sebelum seseorang memutuskan untuk meneruskan moratorium ini, mereka perlu menilai terlebih dahulu kesan jangak masa pendek dan panjang kepada mereka. Dalam rancangan moratorium ini, pemohon boleh memilih sama ada untuk meneruskan penangguhan bayaran ansuran bulanan selama tiga bulan atau
    mengurangkan bayaran ansuran bulanan sebanyak 50% selama enam bulan. Pemilihan ini diputuskan berdasarkan situasi dan keupayaan mereka sendiri agar ia tidak membebankan diri mereka pada masa kini dan juga di masa hadapan.

    Fatin Nurjeha (1190825)
    KME2

    ReplyDelete
  6. Bagi pendapat saya rakyat yang mempunyai masalah kewangan terutamanya yang disebabkan dengan pandemik Covid-19 ini digalakkan mengambil moratorium. Moratorium ini adalah salah satu inisiatif daripada kerajaan yang bertujuan meringankan beban rakyat yang terkesan dengan pandemik baharu ini. Sepanjang moratorium ini berlangsung, mereka yang berkenaan, boleh memikirkan solusi-solusi bagi menangani masalah kewangan yang dihadapi. Sebagai contoh mencari pekerjaan baharu dan juga melibatkan diri dengan perniagaan atas talian seperti memulakan perniagaan sendiri yang berasaskan online dan sebagainya.

    Nurdini Syamilah Johan (1190838)
    KME 2

    ReplyDelete
  7. Pada pandangan saya, moratorium tidak perlu diambil kerana sekiranya seseorang itu mengambil moratorium bermakna tempoh hutang akan menjadi semakin lama dan interest yang mereka perlu tanggung juga akan bertambah. Ini akan merugikan kepada peminjam itu sendiri. Oleh hal yang demikian, setiap orang ujian yang Tuhan berikan tidak sama. Mungkin seseorang itu diuji dengan masalah kewangan. Oleh itu, mereka tidak dapat membayar hutang tersebut dengan baik seperti sebelum ini. Bagi masalah ini, saya mencadangkan untuk mengambil moratorium pilihan 2 bagi yang membuat pinjaman perumahan dengan CIMB. Pilihan 2 adalah 50% potongan installment selama 6 bulan berbanding pilihan 1 iaitu 100% potongannya selama 6 bulan. Pilihan 2 adalah lebih baik kerana penambahan interest adalah sebanyak RM4568 berbanding pilihan 1 iaitu RM8993. Di sini terdapat perbezaan sebanyak RM4425 untuk peminjam perlu tanggung sekiranya peminjam memilih pilihan 1. Hal ini,peminjam perlu mengeluarkan duit lebih banyak untuk membayar interest tersebut.

    Nur Atirah Binti Mohd Kassim (1193139)
    KME2

    ReplyDelete
  8. Pada pandangan saya, pengambilan moratorium bergantung kepada keadaan individu pada keadaan sekarang kerana ramai individu yang terputus sumber pendapatan malah ramai individu daripada golongan M40 tergelincir kepada B40. Jika seseorang tidak mampu membayar pinjaman terutamanya golongan B40, mereka sangat digalakkan untuk mengambil moratorium disebabkan dapat mengurangkan kos hidup dan beban yang perlu ditanggungnya serta dapat menguruskan aliran tunai dengan baik. Tetapi jika masih mampu, seeloknya tangguh atau batalkan keputusan untuk mengambil moratorium. Hal ini kerana, tempoh pinjaman seseorang individu akan menjadi lebih panjang disebabkan penangguhan malah jumlah akhir pinjaman akan menjadi lebih tinggi disebabkan wujudnya faedah terakru sewaktu pelaksaan moratorium. Kesimpulannya, pengambilan moratorium perlulah dirancang dengan sebaiknya bergantung kepada kemampuan seseorang individu pada pandemik Covid-19.

    Nor Izni Bazilah (1190876)
    KME2

    ReplyDelete
  9. Pada pendapat saya, moratorium merupakan salah satu perancangan yang baik daripada pihak kerajaan. Namun ia masih bergantung kepada individu itu sendiri sama ada perlu untuk mengambil moratorium atau tidak. Sekiranya individu itu ingin menangguh pembayaran hutang atau memperbaiki perbenlajaan kehidupan, mungkin wajar untuk mereka untuk memohon moratorium. Namun in hanyalah kebaikan sementara sahaja kerana ianya akan mewujudkan isu lain dalam hal ini. Dalam apa jua keadaan, perkara ini perlulah dirancang dengan baik.

    ReplyDelete
  10. Pada pandangan saya, inisiatif kerajaan dalam mengurangkan beban rakyat ini adalah langkah yang bagus. Tetapi moratorium ini bergantung pada setiap individu itu sendiri. Setiap individu perlu menyemak semula kewangan peribadi masing-masing sama ada perlu ambil atau tidak. Moratarium ini dikhususkan kepada mereka yang betul-betul tidak mampu meneruskan pembiayaan pinjaman mereka dan dinasihatkan untuk menerima moratorium ini sebagai langkah yang terbaik agar beban yang ditanggung dapat dikurangkan buat seketika waktu. Tetapi untuk mereka yang mampu untuk teruskan pembiayaan pinjaman mereka, maka tidak perlulah menerima atau memohon moratorium ini, kerana ia memberi kesan pada tempoh pembiayaan masa akan datang dan charge addtional interest akan dikenakan. Keputusan untuk terima atau tidak bergantung pada kewangan masing-masing dan jika terima moratorium ini, mereka pelu buat keputusan yang bijak dalam memilih penangguhan 6 bulan secara penuh atau potongan 50% selama 6 bulan. Ini kerana mereka perlu juga fikirkan kesannya pada masa akan datang iaitu tempoh pinjaman yang akan dipanjang dan interest juga akan dikenakan. Maka perlulah mengkaji dan buat keputusan yang bijak

    ReplyDelete
  11. Pada pandangan saya, inisiatif morotarium adalah inisiatif yang baik yang diberi oleh kerajaan. Namun, morotarium ini bukanlah jalan penyelesaian untuk semua dan perlulah rakyat menimbang berat daripada segala sudut kerana tidak semua inidvidu berada dalam keadaan yang sama. Dan, jika seseorang individu ingin mengambil morotarium, perlunya individu membuat pilihan yang betul kerana setiap morotarium yang diberi pilihan mempunyai pelbagai spesifikasi dan tempoh bayaran balik. Justeru, perlunya seseorang individu mengambil kira setiap sudut sebelum membuat pilihan untuk mengambil morotarium dalam keadaan pandemik Covid-19 ini. Kesimpulannya, untuk membuat pilihan untuk mengambil morotarium adalah berdasarkan keadaan individu tersebut untuk melangsungkan kehidupan dalam keadaan pandemik covdi-19 ini.

    Amni Nadzirah (1190837)
    KME2

    ReplyDelete
  12. pada pandangan saya, moratarium ini adalah inisiatif yang baik dalam mengurangkan beban rakyat yang tidak berkemampuan terutama bagi rakyat yang terjejas pendapatan mereka akibat pandemik covid-19 dan tidak mempunyai jalan penyelesaian lain lagi selain untuk mengambil moratarium ini. Namun, ia tertakluk juga kepada individu itu sendiri, bagi individu yang berkemampuan mereka dinasihatkan agar mengambil moratarium dengan 50% potongan bayaran ansuran untuk 6 bulan kerana jika pembayaran pinjaman itu ditangguhkan pada akhir tarikh maturiti itu mereka akan mendapati bahawa jumlah terakhir yang perlu dibayar apabila pinjaman matang mungkin akan menjadi lebih tinggi dan tempoh pinjaman menjadi lebih lama. ini juga dapat membebankan lagi individu itu. oleh itu, individu mestilah bijak dalam membuat keputusan yang boleh memudahkan dan meringankan beban mereka sendiri.

    ReplyDelete
  13. Saya berpendapat bahawa moratorium patut ditawarkan kepada para peminjam dikala pandemik Covid-19 ini melanda kerana berkemungkinan terdapatnya golongan para peminjam yang sangat terkesan sehingga hutang sudah menjadi suatu bebanan yang tidak mampu lagi dibayar keseluruhannya untuk beberapa bulan ini demi mengutamakan kelangsungan hidup. Oleh itu, inisiatif yang diambil ini mempunyai tujuan yang bagus maka sekiranya para peminjam yang benar-benar layak bolehlah memohon dan memilih pilihan manakah yang lebih sesuai mengikut situasi mereka masa kini serta keupayaan membayar dikemudiannya. Walaubagaimanapun, para peminjam seharusnya sedar bahawa moratorium hanyalah sementara dan akan mengubah kadar bayaran pinjaman tersebut bagi tempoh yang juga bertambah pada masa depan. Keputusan ditangan para peminjam itu sendiri maka kajian kendiri untuk menilai tahap keperluan diri dan tanggungan sama ada moratorium kali ini perlu ataupun tidak perlu bagi mereka disamping sanggup menerima terma dan syarat yang ditetapkan. Akhir sekali, penawaran moratorium sangat bertepatan dengan inisiatif oleh pihak bank dan pihak yang berkaitan untuk membantu meringankan beban rakyat yang kian terjejas dari segi ekonomi mahupun aspek sosial. Sekian, Terima Kasih.

    Muhammad Faizzuddin Bin Roslan
    - 1190868 -
    KME 2

    ReplyDelete
  14. pada pendapat saya, moratarium ini merupakan penangguhan hutang demi membantu isi rumah dalam melangsungkan kehidupan seseorang itu. setiap isi rumah berbeza keperluan dan berbea tahap kesenangan mereka. Jadi penangguhan hutang ini bergantung kepada individu tersebut berdasarkan kemampuan diri individu tersebut. Jika individu tersebut berkemampuan dalam meneruskan pembiayaan hutang beserta dapat melangsungkan hidup seharian dengan baik itu adalah yang terbaik supaya dapat menjelaskan hutang itu dengan secepat mungkin kerena seperti yang kita tahu setiap individu yang membuat pinjaman untuk keperluan harian seperti pinajaman rumah atau pinjaman kenderaan manakala jika individu tersebut memerlukan duit untuk kelangsungan hidup semasa adalah jalan terbaiknya untuk mengambil moratarium itu bagi membantu individu itu dalam melangsungkan hidup semasa pandemik covid 19 ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aufa Dina Binti Suhardi
      1190803
      KME 2

      Delete
    2. Saya percaya bahawa moratorium ini adalah antara usaha yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi meringankan dan mengurangkan beban rakyat di masa pkp yang sempit ini. Program ini mampu membantu keluarga yang mempunyai masalah keuangan, tetapi perlulah dielakkan penangguhan kepada yang berpendapatan stabil. Ukur baju di badan masing masing.. itu sahaja.. Assalamualaikum.

      Delete
  15. Saya percaya bahawa moratorium ini adalah antara usaha yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi meringankan dan mengurangkan beban rakyat di masa pkp yang sempit ini. Program ini mampu membantu keluarga yang mempunyai masalah keuangan, tetapi perlulah dielakkan penangguhan kepada yang berpendapatan stabil. Ukur baju di badan masing masing.. itu sahaja.. Assalamualaikum.

    Muhammad Arif Aiman Bin Abdul Halim 1190894

    ReplyDelete
  16. Pada pendapat saya, moratorium ini ialah penangguhan bayaran balik pinjaman atau pembiayaan yang sebenarnya bertujuan untuk membantu aliran tunai peminjam atau pelanggan yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Jadi kepada mereka yang memerlukan bantuan, disarankan untuk mengambil moratorium ini.

    WAN HUSNA BINTI WAN AB RAHMAN
    1190850

    ReplyDelete
  17. Pada pendapat saya, moratorium ini mempunyai banyak kelebihan terutamanya ketika berlakunya pandemic covid-19 ini kerana ramai orang kehilangan sumber pendapat, dengan moratorium mereka dapat menangguhkan dahulu pembiayaan seperti rumah, kereta dan sebagainya dan dapat mengutamakan pendapatan yang ada untuk perkara lebih penting seperti keperluan harian. Tetapi sekiranya, kita masih mampu untuk segala pembiayaan tersebut, saya rasa tidak wajar untuk mengambil moratorium ini kerana pada pendapat saya, institusi kewangan seperti bank juga perlu dana masing-masing untuk meneruskan khidmat mereka, mungkin akan mengambil risiko kepada orang awam pada masa hadapan seperti meletakkan kadar faedah yang lebih tinggi sekiranya lewat membuat pembayaran atau denda yang seumpama dengannya.



    FATIN MAIMUNAH BINTI GHAZALI
    1190836

    ReplyDelete