Wednesday 14 July 2021

KEWAJARAN MENGAMBIL KEMUDAHAN MORATORIUM ATAU TIDAK SEMPENA PKP 3.0

 Moratorium sempena PKP 3.0 telah diumumkan oleh kerajaan dan berkuatkuasa 7 Julai 2021 semua golongan layak untuk memohon iaitu B40, M40 dan T20. Kemudahan moratorium ini merupakan tawaran yang dibuat oleh pihak bank kepada pelanggan masing-masing dan Moratorium antara bank berbeza termasuk perbankan Islam dan konvensional. PKP yang berlanjutan sehingga 3.0 menyebabkan wujud perlbagai golongan dan sektor yang terjejas pendapatan. Ada yang hilang 100% sumber pendapatan, ada yang 70% hilang pendapatan, ada yang 50% hilang pendapatan dan ada yang 30 hilang punca pendapatan dan pelbagai lagi. Jesteru itu kemudahan moratorium yang berkuatkuasa 7 Julai ini memberi nafas lega dan juga sedikit kelegaan kepada golongan yang terkesan dengan Pandemic COVID19. Persoalannya adakah moratarium yang ditawarkan oleh pihak bank kepada pelanggan memberi kelebihan kepada pelanggan atau sebaliknya. Apakah formula dan faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum memohon moratorium atau sebaliknya. Mohon pandangan dan ulasan untuk kefahaman bersama. 

 AMBANK-pembiayaan/pinjaman perumahan




Pembiayann/Pinjaman kenderaan




28 comments:

  1. muhammad solihin bin saludin (1190844)
    Pada pandangan saya moratorium ini boleh digunakan kepada pihak atau individual yang terkesan dan terjejas teruk pada ketika ini dengan mengambil peluang tersebut dengan sebaiknya.

    Mungkin ada dalam kalangan kita yang bukan sahaja telah kehilangan pekerjaan kerana telah diberhentikan kerja malah kehilangan pendapatan kerana tidak dapat berniaga pada ketika ini.

    Tambahan pula moratorium dapat membantu untuk menjana semula ekonomi negara apabila rakyat mempunyai lebihan wang dalam tangan yang boleh digunakan untuk dibelanjakan.

    Apabila money supply meningkat, maka pembelian juga meningkat , oleh itu kita dapat membaik pulih ekonomi sedikit demi sedikit. sekian terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Saya percaya bahawa moratorium ini adalah antara usaha yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi meringankan dan mengurangkan beban rakyat di masa pkp yang sempit ini. Program ini mampu membantu keluarga yang mempunyai masalah keuangan, tetapi perlulah dielakkan penangguhan kepada yang berpendapatan stabil. Ukur baju di badan masing masing.. itu sahaja.. Assalamualaikum.

    Muhammad Arif Aiman Bin Abdul Halim 1190894

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. PKP 3.0 yang dilaksanakan kerajaan telah menyebabkan ramai rakyat kehilangan pendapatan mereka sehingga menyebabkan ada yang mengambil tindakan agresif akibat daripada masalah ini. Justeru, tindakan untuk melaksanakan moratorium ini adalah tindakan yang baik untuk membantu rakyat mengatasi masalah kewangan yang dihadapi. Moratorium dapat memberikan bantuan aliran tunai segera kepada peminjam dan pelanggan yang mungkin menghadapi kekangan kewangan sementara akibat pandemik COVID-19.

    Habibah Az-zahra bt Anuwar
    1190847

    ReplyDelete
  4. Pada pendapat saya, pelaksanaan moratorium boleh memberi kesan positif kepada rakyat, terutamanya mereka yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.Moratorium yang dilaksanakan adalah bagi membolehkan individu atau peniaga untuk mempunyai lebihkan tunai, cukup untuk digunakan sepanjang beberapa bulan yang mencabar ini. Dengan ini, individu dapat berbelanja seperti biasa sekaligus mampu menggerakkan ekonomi negara.

    Oleh itu, moratorium umumnya memberi impak positif kepada masyarakat dan ekonomi negara.Jadi, wajar bagi masyarakat yang memenuhi syarat untuk mengambil kemudahan moratorium ini.

    ZAWANI ZAHIRAH BINTI ZOOL NASRI
    1190872
    KME 4

    ReplyDelete
  5. Pada pendapat saya, moratorium yang dilaksanakan dapat memberi kemudahan kepada peniaga-peniaga b40 dan m40, dimana mereka dapat kemudahan dalam penangguhan hutang.
    Akan tetapi,terdapat juga pihak bank yang memberi kemudahan untuk penangguhan hutang dengan membuat penggandaan faedah. Ini akan memberi kesan buruk kepada golongan peniaga pada masa akan datang.Maka, pihak bank perlu mengambil cakna akan kesan pada masa kini dan pada masa akan datang.

    Siti Norjannah Binti Mohd Zahari 1190874

    ReplyDelete
  6. Asslamualaikum
    Pada pandangan saya,moratorium 3.0 mempunyai kesan baik kepada golongan B40,M40 dan T20 atau usahawan mikro kerana ia dapat mengurangkan tekanan kepada mereka disebabkan cabaran ekonomi yang dihadapi semasa pandemik ini.Jadi ia dapat mengangkat sedikit beban yang dipikul oleh rakyat semasa tempoh enam bulan kerana pengurangan pendapatan yang dihadapi.

    Pelaksaan moratorium pada kali ini tidak memberi kesan besar kepada institusi perbankan dengan mengambil impala pelaksanaan moratorium pkp 1.0 yang lalu.Tetapi bank masih mendapat kuntungan bersih bagi 2020 walaupon kuntungannya tidak seperti Tahun sebelumnya.Oleh itu.dengan pelaksanaan moratorium 6 bulan tanpa syarat, tanpa sebarang dokumentasi dan ditambah tanpa faedah dapat mengurangkan beban rakyat yang mana usaha kerajaan bertepatan dengan situasi sekarang .


    Nadhiratul Aini Binti Abdullah 1190848

    ReplyDelete
  7. NURUL IMANI BINTI MOHD DIT 1190823

    pada pendapat saya,wajar bagi rakyat untuk mengambil kemudahan moratorium sempena pkp3.0.Hal ini kerana,disebabkan pandemik covid -19 semakin menjadi-jadi,had pergerakan rakyat adalah sangat terhad sama ada untuk melakukan kerja kerja diluar .Pendapatan rakyat sangat terjejas kerana tidak dapat meneruskan pekerjaan dan hanya tinggal di rumah.Jika pendapatan rakyat rendah,mereka tidak lagi mampu untuk membayar lebihan pinjaman yang dilakukan di bank.Justeru,rakyat sewajarnya mengambil kemudahan ini untuk kebaikan mereka.Selain itu,seperti yang dinyatakan di artikel di atas bahawa golongan yang layak untuk memohon adalah golongan tertentu seperti B40,M40 dan T20.Syarat yang dipertimbangkan ini adalah sangat wajar kerana seperti yang kita ketahui bahawa golongan-golongan ini adalah golongan yang sederhana atau pendapatan kurang berbanding golongan yang kaya raya.Mereka akan lebih terjejas berbanding golongan-golongan lain.

    ReplyDelete
  8. NUR SYAKIRAH BINTI AN'NAS 1190812

    Pada pendapat saya, kemudahan moratorium yang ditawarkan kepada pelanggan bank adalah wajar terutamanya di musim pandemik Covid-19.Seperti mana yang kita tahu, pandemik Covid-19 ini sangat memberi kesan kepada semua orang tanpa mengira golongan B40, M40 atau T20 terutamanya dari segi pendapatan individu yang terjejas teruk. Dengan adanya kemudahan moratorium ini, ia dapat meringankan beban pelanggan yang terkesan akibat pandemik Covid-19 ini dan mereka dapat menggunakan pendapatan yang ada untuk keperluan hidup. Apabila jumlah wang yang ada di dalam tangan rakyat lebih banyak, maka lebih banyak perbelanjaan akan dilakukan dan ia akan menggerakkan ekonomi semula.

    ReplyDelete
  9. Kewujudan moratorium untuk membantu rakyat yang terjejas punca pendapatan sepanjang Pkp3.0 ini membayar balik pinjaman. Tetapi disertakan moratorium dengan penambahan dari segi faedah. Kaedah ini seperti menambah lagi beban rakyat setelah tempoh 6 bulan dengan peningkatan dari segi kadar bayaran.Keadaan rakyat kini yang tidak mampu membayar balik pinjaman harus membayar lebih lagi daripada apa yang mereka patut bayar. Perkara ini akan menyebabkan ramai yang tidak mampu untuk mengambil moratorium.

    ReplyDelete
  10. Pada pendapat saya, moratorium ini merupakan satu inisiatif kepada pelanggan bank kerana ia dapat membantu pelanggan mengurangkan beban sepanjang pandemik covid-19 ini. Ramai rakyat yang kehilangan atau terputus pendapatan sejak pandemik ini berlaku. Maka, dengan adanya moratorium ini, ia mampu mengurangkan tekanan ekonomi kepada individu yang berkenaan. Seperti contoh di atas iaitu daripada AmBank, 6 bulan penangguhan pembayaran dijalankan. Para pelanggan akan tarik nafas lega kerana tidak perlu membayar sepanjang 6 bulan tersebut.

    Nurul Iman Bt Shamsul Kamal
    1190859
    KME 4

    ReplyDelete
  11. Pada pandangan saya, kemudahan pinjaman moratorium yang dibuat oleh AMBANK ini tidak wajar. Hal ini kerana, walaupun tempoh bayaran balik dipanjangkan tetapi kadar pulangan yang dikenakan meningkat. Jadi, ini menyusahkan pihak yang meminjam dikemudian hari untuk membayarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. NUR SYARAHANA BINTI DARZI
      1190817
      KME 4

      Delete
  12. moratarium adalah satu inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk membantu mereka yang terkesan dengan pkp. Akan tetapi, menurut saya pandangan saya kelebihan moratarium ini banyak kepada pihak bank berbanding kepada peminjam. Para peminjam perlu timbang semula apabila mereka memanjangkan tempoh pinjaman bermaksud mereka perlu membayar lebih banyak faedah dan pemanjangan tempoh untuk menyelesaikan hutang tersebut. Peminjam terikat dengan hutang lebih lama.Oleh itu, p
    eminjam perlu menitik beratkan tentang penambahan tempoh pinjaman yang memberi kesan kepada penambahan faedah. (NURARYANIE BT RAMLI,1190797,KME4)

    ReplyDelete
  13. NUR DANIA ARISYA BT HAIRULNIZAM 1191958.
    Formula dan faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum memohon moratarium ialah pemohon perlulah melihat interest chargers yang dikenakan adalah tinggi atau masih sama walaupun setelah permohonan dilakukan.Selain itu,tempoh bagi pembayaran balik pinjam juga akan berubah menjadi lebih lama disebabkan permohonan moratarium ini yang memberi masa selama 6 bulan untuk memberi peluang kepada pemohon untuk membaikpilih kembali kewangan mereka.Faktor yang menyebabkan pemohon ingin mekohon moratarium adalah disebabkan kesempitan melunaskan hutang yang telah dibuat akibat diberhentikan kerja atau pendapatan berkurang disebabkan pandemik ini.Permohonan ini layak dimohon oleh pelbagai golongan.Dan pembukaan permohonan ini sangat membantu dan sangat wajar diambil bagi sesiapa yang mengalami masalah dalam menyelesaikan hutang dengan bank.Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dan pemberian moratarium juga sangat memberi kelebihan kepada pemohon atau pelanggan.Dan bank juga mendapat keuntungan kerana tenpoh pembayaran pelanggan dilanjutkan.Ini memberi faedah kepada bank kerana pelanggan masih terikat tangungjawab dengan bank.

      Delete
  14. NOOR HIDAYU NABILA BT REZI
    1190845
    KME4

    Bagi pendapat saya , pihak peminjam akan dapat menikmati tangguhan bayaran pinjaman jika mereka memohon moratarium tersebut . Hal ini dpat memberi kelebihan kepada pihak peminjam dengan mendapat pengecualian untuk membayar pinjaman . Namun demikian , jika peminjam memohon moratarium ini mereka perlu menanggung kadar faedah yang lebih tinggi dan tempoh bayaran balik akan menjadi lama serta mereka perlu memahami bahawa dengan mengambil bantuan bayaran balik pinjaman, kos pinjaman akan meningkat secara keseluruhan kerana faedah atau keuntungan akan diambil kira ke atas bayaran balik pinjaman yang tertangguh. Jadi, peminjam perlu mempertimbangkan tentang kebaikan dan keburukan sebelum mereka memohon moratarium tersebut.

    ReplyDelete
  15. NURUL FAZILAH BINTI HASAN
    1190818
    KME4

    Pada pandangan saya, kemudahan moratorium yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat ini sangat membantu bagi sesetengah pihak. Namun, wajar atau tidak pihak itu mengambil moratorium ini, ia mengikut kemampuan pihak tersebut. Ada sesetengah pihak terkesan dari segi kewangan seperti 70% hilang punca pendapatan dan seumpamanya dengan pendemik Covid-19 merasakan dengan mengambil moratorium ini dapat mengurangkan beban mereka yang sedang ditanggung. Walaupun, ia akan mengakibatkan tempoh bayaran balik semakin panjang dan kadar pulangan semakin meningkat. Namun, keadaan telah mendesakkan mereka untuk berbuat demikian dan saya merasakan mereka wajar untuk mengambil moratorium ini. Begitu juga, dengan sesetengah pihak merasakan mereka masih mampu untuk membayar balik hutang mereka dan mereka merasakan tidak wajar untuk mereka ambil moratorium ini kerana pendapatan mereka masih mencukupi walaupun setelah bayar hutang mereka. Secara kesimpulan yang saya dapat simpulkan, kemudahan moratorium ada kebaikan dan keburukan kepada mereka yang mengambil atau tidak mengambil dan mengambil moratorium ini juga bergantung kepada kemampuan pihak tersebut.

    ReplyDelete
  16. Pandangan saya, moratorium yang ditawarkan akan memberi kelebihan kepada pelanggan sekiranya mereka benar-benar dalam keadaan terdesak atau tidak mampu untuk meneruskan pembayaran ansuran bulanan. Akan tetapi, pelanggan hanya dapat menikmatinya selama 6 bulan sahaja. Pada tempoh seterusnya, ianya lebih membebankan mereka berbanding dengan sebelum moratorium dilaksanakan. Jika pelanggan mampu tetapi juga ingin memohon moratorium, ianya akan lebih merugikan pelanggan kerana cas tambahan akan dikenakan atas sebab berlakunya penangguhan pembayaran. Kesimpulannya, pelanggan perlu mengkaji kesan selepas tempoh moratorium tamat, sama ada mampu menanggungnya atau tidak.

    ReplyDelete
  17. Pada pandangan saya, pengambilan moratorium sempena pkp 3.0 ini adalah bergantung kepada setiap individu. Ini tidak sama bagi setiap seorang tetapi bergantung kepada situasi yang sudah semestinya berbeza di antara satu sama lain.

    Ianya melibatkan mereka yang sudah kehilangan atau terputus sumber pendapatan atau mereka yang mengalami kekurangan dana atau mereka yang masih kekal menerima gaji tetap sepanjang tempoh pandemik Covid-19.

    Oleh itu, bagi golongan yang tidak terjejas sepanjang tempoh pandemik Covid-19 tidak digalakkan untuk mengambil moratorium ini. Ini kerana, pengambilan moratorium ini akan meningkatkan kos pinjaman atau kos pembiayaan.

    Alya Syarafana Binti Sharbani 1190849 (KME4)

    ReplyDelete
  18. Aina Syuhada Binti Affendi 1190826 (kme4)

    Pada pandangan saya, adalah sangat wajar rakyat Malaysia untuk menerima moratorium. Yang pastinya, ramai rakyat yang terjejas dengan wabak covid-19 yang melanda negara kita sekarang. Moratorium ini adalah bertujuan untuk meringankan bebanan kewangan yang ditanggung oleh rakyat. Institusi perbankan menawarkan penangguhan kepada semua pembayaran balik pinjaman. Penangguhan bayaran balik pinjaman memang akan membantu mereka yang dalam keadaan terdesak dan tidak dapat membayar balik pinjaman buat sementara waktu sekarang ini.

    ReplyDelete
  19. Moratorium kedengaran seperti dapat membantu mengurangkan beban rakyat yang terjejas ketika pandemik ini, akan tetapi moratorium sebenarnya akan menambahkan kos pinjaman peminjam. Walaupun peminjam dapat menangguhkan bayaran balik hutang tanpa penalti tetapi interest tetap berjalan. Finance minister, Tengku Zafrul clearly stated "Moratorium not interest free, but banks told to waive compounded interest". Ia seperti bank mengambil kesempatan untuk mendapatkan keuntungan ketika moratorium dilaksanakan.

    Oleh itu, pada pendapat saya, bagi mereka yang tidak terdesak untuk memerlukan duit untuk diguna pakai dalam kehidupan seharian dan masih mempunyai kewangan yang kukuh, tidak perlu apply moratorium. Manakala, bagi mereka yang betul-betul terdesak dan perlu menggunakan kewangan untuk keperluan yang lebih penting, disarankan untuk apply moratorium.

    KME1 (1190888)

    ReplyDelete
  20. Moratorium merupakan pinjaman yang ditawarkan oleh pihak bank kepada orang ramai bagi membantu mereka meringankan beban kehidupan yang dialami semasa pandemik COVID-19.

    Pada pendapat saya,rakyat Malaysia wajar moratorium yang ditawarkan oleh bank sekiranya dalam keadaan terdesak serta mengurangkan beban hidup dalam keadaan pandemik COVID-19 yang boleh menyebabkan kebanyakan rakyat hilamg sumber pendapatan mereka.

    ReplyDelete
  21. Pada pandangan saya, moratorium yang diperkenalkan sempena pkp 3.0 ini adalah wajar dan merupakan satu inisiatif yang sangat baik. Mereka yang terjejas pada ketika ini akan ditangguhkan terlebih dahulu pembayaran mereka dan hal ini dapat membantu mereka menstabilkan kewangan sepanjang tempoh tersebut. Namun begitu, bagi pihak yang terjejas secara kesuluruhannya, moratorium yang akan diambil ini adalah kurang wajar. Hal ini kerana penangguhan enam bulan pada awalnya itu akan menjadikan tempoh pinjaman/bayaran balik mereka lebih panjang. Maka, faedah bulanan yang tertangguh sepanjang tempoh moratorium akan menyebabkan peningkatan kos pinjaman begitu juga dengan jumlah akhir yang perlu dibayar balik akan meningkat. Sehubungan dengan itu, pihak yang ingin mengambil moratorium perlulah merancang kewangan mereka agar tidak menghadapi kesukaran ketika membayar balik pinjaman di kemudian hari.

    NUR HIDAYAH BINTI MUHD SAIFULLIZAN
    1190889

    ReplyDelete
  22. SURAYA ADNIN BINTI ABD MUTALIB (1190856) - KME4

    Pada pandangan saya, inisiatif yang kerjaan beri kepada peminjam iaitu moratorium sangat lah wajar dan membantu bagi sesetengah pihak. Saya rasa jika golongan itu mampu untuk membayar installment itu, maka dia tidak perlu lah memohon moratorium ini, andai jika seseorang itu betul-betul tidak mampu untuk membayar installment seperti golongan B40 dan M40, maka mereka wajar memohon. Seperti contoh yang penulis berikan iaitu Ambank. Terdapat dua jenis pembiayaan/pinjaman yang Ambank tawarkan iaitu pembiayaan perumahan dan pembiayaan kenderaan. Jika kita dapat lihat dan bandingkan, terdapat sedikit penambahan pada tempoh pembayaran semula pinjaman dan juga jumlah loan jika memohon moratorium. Oleh itu, jika hendak moratoirum, seseorang perlu lah merancang dan mengurus kewangan mereka dengan baik supaya tidak berlaku masalah untuk membayar pada masa hadapan. Sekian dari saya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  23. Pada pendapat saya, kewajaran untuk mengambil kemudahan moratorium adalah bergantung kepada kelas individu berkaitan. Jika kelas individu tersebut ialah kelas B40, maka individu tersebut wajar untuk mengambil kemudahan moratorium. Hal ini kerana kebanyakan daripada golongan B40 terkesan dengan PKP 3.0. Kewangan mereka terjejas dan wang yang mereka ada perlu digunakan untuk keperluan yang lebih penting berbanding dengan pinjaman. Kemudahan moratorium ini secara langsung dapat mengurangkan beban keluarga B40.

    SITI NUR NAJIHAH BINTI SHAHROM - 1190862

    ReplyDelete
  24. Pada pendapat saya, wajar rakyat yang terkesan dengan PKP 3.0 mengambil kemudahan moratorium bagi membantu mereka yang terjejas dalam masalah kewangan. Usaha yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan dengan melaksanakan kemudahan moratorium ini dapat meringankan dan mengurangkan beban rakyat di masa pkp ini.

    ReplyDelete