Monday, 5 October 2015

APLIKASI MUSYARAKAH DALAM PENGANJURAN FUN RIDE 2015

Apakah itu musyarakah? musyarakah ialah akad persetujuan kerjasama antara dua pihak atau lebih untuk menjalankan sesuatu usaha tertentu dimana masing-masing  memberikan sumbangan dana atau fizikal yang bersifat kepakaran dan bersetuju bahawa keuntungan dan risiko akan ditanggung bersama mengikut kadar yang dipersetujui.

Berdasarkan konsep diatas maka satu program yang dianjurkan oleh iCEPs 11 telah menggunakan pendekatan ini di mana pihak iCEPs menyumbangkan tenaga dan kepakaran serta sejumlah wang, manakala pihak TESCO Nilai telah menyumbang bahan mentah dan bahan berharga untuk memastikan program itu berlangsung.
 
Sebanyak 300 peserta telah mengambil bahagian yang melibatkan pelbagai lapisan umur, bangsa dan agama dalam pertandingan ini. Namun matlamat asal penganjuran program ini adalah untuk mewujudkan masyarakat yang sihat dan mengamalkan gaya hidup bersukan. Majlis yang berlangsung pada 16 September 2015 di Bandar Baru Nilai ini telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni USIM iaitu Prof Dato Dr. Hassan Basri bin Awang Mat Dahan.
 Gambar 1: Prof Dato Dr. Hassan bersama penulis dan juga pemenang FUN RIDE

 


Gambar 2: Prof Dato. TNCHEPA diiringi oleh penulis melepaskan peserta FUN RIDE pada jam 8.30am di hadapan TESCO NILAI

Gambar 3: Penulis bersama Dato TNCHEPA USIM dan juga pengurus TESCO NILAI (baju berwarna hitam) semasa menantikan ketibaan para peserta FUN RIDE 2015

Sunday, 4 October 2015

ADAKAH PERMAINAN KUTU DIBOLEHKAN DALAM ISLAM? faisol

Adakah permainan kutu ini dibolehkan dalam Islam?


Permainan kutu seringkali dikaitkan dengan masyarakat di kampung-kampung berbanding di bandar. Namun perubahan masa yang semakin mencabar kehidupan menyebabkan permainan kutu kini mula menular ke masyarakat bandar. Ini kerana kos sara hidup dibandar yang begitu tinggi memerlukan masyarakat bandar bijak mengurus kewangan mereka agar tidak dihimpit arus kemiskinan bandar. Kebiasaanya permainan kutu ini di berlaku kampung kerana masyarakat kampung merancang perancangan kewangan mereka bagi membeli barangan mahal seperti emas, membeli perabot rumah dan sebagainya. Namun di bandar permainan kutu ini dijalankan bagi meringankan beban seseorang melalui simpanan sukarela melalui skim kutu ini.


Permainan kutu bolehlah didefinisikan sebagai simpanan sukarela secara bersama dan berkala pada kadar yang sama bagi setiap anggota yang terlibat dengan skim kutu ini berdasarkan konsep taa’wun (membantu) dan pinjaman ikhlas di mana wang simpanan ini akan diperolehi oleh setiap ahli yang terlibat dengan kontrak permainan kutu ini mengikut tarikh yang telah dipersetujui secara kolektif di antara ahli dan bayaran yang diterima oleh setiap ahli adalah mengikut giliran serta jumlahnya adalah sama.


Sebagai contoh sepuluh orang penduduk Taman Dinar menyumbang dana kewangan masing dengan kadar RM200 pada setiap bulan selama 10 bulan berturut-turut. Ini membawa maksud  setiap bulan jumlah wang yang terkumpul ialah RM2000. Sepuluh orang  penduduk tadi akan melakukan perbincangan secara adil dan ikhlas untuk menentukan siapa yang berhak menerima duit kutu paling awal dan siapakah yang terakhir akan menerima duit kutu yang telah dikumpulkan itu. Dalam erti kata lain 10 orang penduduk tadi akan menerima wang mengikut sistem giliran yang telah dipersetujui dikalangan mereka (10 orang tadi) berdasarkan konsep taa'wun. Ini amat bertepatan dengan firman Allah SWT  yang bermaksud:


“Bertolong-tolonglah kamu pada perkara –perkara kebaikan (kebajikan) dan taqwa dan jangan kamu bekerjasama dalam perkara-perkara dosa dan boleh menimbulkan permusuhan”
                                                                                                Surah al-Maidah: ayat 2


Di dalam Islam setiap urusan muamalat yang berlaku mestilah berdasarkan Syariah iaitu berlandaskan al-Quran, Sunah, ijmak dan qias. Maka jika dilihat secara umum melalui proses pembentukan dan operasi permainan kutu ini maka ia dikatakan harus selagi mana ia tidak melibatkan riba. Firman Allah SWT  di dalam Al-Quran yang bermaksud:
“....Padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba....” (surah Al-Baqarah:275)


Begitu juga hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Mas’ud yang bermaksud:


“Rasulullah SAW melaknat orang yang makan riba, orang memberi riba, saksinya dan penulisnya”


 Kenapakah ia dibolehkan?
Harus di sini berdasarkan bukti bahawa:
i.              Jumlah yang disumbangkan/disimpan oleh setiap ahli adalah sama
ii.             Jumlah yang akan diterima adalah sama di kalangan ahli
iii.            Wujudnya sistem penerimaan jumlah wang yang disumbangkan secara giliran serta adil dan disepekati di kalangan ahli
iv.           Tidak wujud unsur-unsur riba iaitu tidak terdapat seorangpun yang membayar lebih daripada ahli lain
v.            Tiada unsur gharar ataupun ketidakpastian iaitu tarikh ataupun masa penerimaan jumlah wang yang disimpan oleh ahli akan diberikan kepada ahli mengikut masa dan tarikh yang telah dipersetujui melalui musyawarah (persetujuan bersama mengikut sistem giliran)
Apakah jenis permainan kutu yang  boleh dan tidak dibolehkan dalam Islam?

Jenis Permainan kutu yang dibolehkan ialah permainan kutu yang tidak melibatkan unsur penindasan (riba) dan juga meragukan (gharar) dalam semasa pelaksanaan permainan ini. Selain itu ia mestilah memenuhi tntutan Syariah.

Jenis permainan kutu yang tidak boleh ialah permainan kutu yang melibatkan unsur penindasan (riba) di kalangan ahli dan juga mempunyai unsur meragukan (gharar) dalam semasa pelaksanaan permainan ini seperti penentuan giliran penerimaan wang kutu bagi setiap ahli yang tidak jelas, kaedah bayaran dan kutipan yang tidak jelas, masa pembayaran yang tidak jelas, serta permainan kutu ini tidak langsung memenuhi tuntutan Syariah

 Pekerja office saya ada membuat "main kutu". satu kepala atau seorang RM100 seramai 11 orang jadinya setiap orang akan dapat 1100 (100 duit sendiri) tiap bulan. Yang jadi masalahnya tiap bulan cabutan akan dibuat, siapa dapat happy la.. Bolehkah jika saya katakan permainan kutu ini mempunyai unsur judi?

Asas hukum kepada permaiana kutu ini adalah harus selagi mana ia tidak melibatkan unsur riba dan gharar (ketidakpastian). Namun begitu bagi memastikan konsep keharusan ini mencerminkan Islam itu adil, maka pekerja yang menganjurkan kutu itu mestilah seorang yang mempunyai ciri-ciri amanah serta ahlinya juga mesti mempunyai ciri yang sama. Selain itu dalam permainan kutu ini juga mestilah mempunyai kontrak perjanjian di antara ahli bagi memastikan semua ahli berpuashati dengan operasi dan system giliran permainan ini agar masing-masing mendapat hak yang sama. Di samping itu, setiap ahli mestilah terikat dengan kontrak permainaa kutu ini antaranya membayar wang kutu mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Sekiranya semua yang dianyatakan diatas dipatuhi maka ia dianggap harus dan tidak berjudi kerana semuanya adalah jelas dan tidak meragukan serta dijamin melalui akad yang termenterai dikalangan ahli. Namun permainan kutu ini dianggap judi jika tarikh penerimaan wang kutu dikalangan ahli tidak ditetapkan semasa pelaksanaan permainan ini. 
Adakah fikir kalau dibuat cabutan nombor giliran yang dah tetap siapa yang dapat tiap bulan sebagai contah mamat bulan Jan, abu Feb, ali Mac dan seterusnya itu adalah harus.Islam itu adil. Keadilan Islam ini meliputi semua segi termasuk muamalat. Maka jika cabutan nombor giliran penerimaan wang kutu di kalangan ahli ini dibuat secara musyawarah semasa akad termenterai di kalangan ahli maka ia menjadi harus.

Apakah cara terbaik untuk menyimpan duit kerana ramai yang bermain kutu dengan fokus untuk menyimpan wang dan membeli barangan yang dihajati.
Dunia yang penuh dengan liku-liku kehidupan memerlukan seseorang itu bijak dalam pengurusan kewangannya termasul dalam soal menyimpan duit. Menyimpan duit mestilah di sesuatu tempat yang menjamin keselamatan wang yang disimpan serta tidak terlibat dengan unsur riba dan risiko kehilangan wang adalah rendah. Antaranya menyimpan di institusi perbankan Islam melalui simpanan tetap wadiah, menyimpan wang dalam bentuk pelaburan seperti membeli jongkong emas daripada institusi berlesen dan sebagainya lagi. Melalui simpanan sebegini risiko kehilangan wang yang disimpan adalah rendah kerana ianya dijamin. Bayangkanlah jika seseorang yang bermain permainan kutu ini, kedapatan ada seorang ahli yang tidak membayar kepada ahli. Sudahpasti ahli lain akan mengalami kerugian seterusnya mewujudkan perbalahan dan pergaduhan sedangkan permainan kutu ini adalah atas dasar taawun iaitu tolong menolong. Maka sebaiknya simpanlah duit di tempat yang risiko kehilanganya adalah minimum dan dijamin keselamatanya.

Bagaimanakah pula cara Baginda dan sahabat menyimpan wang?

Rasulullah merupakan seorang yang hebat dan unggul dalam apa jua bidang yang baginda ceburi. Kehebatan dan keunggulan Rasulullah ini dapat di gambarkan melalui teori FAST iaitu F –fathanah iaitu bijaksana, A-amanah, S-siddiq iaitu benar dan T-tabliq iaitu menyampaikan.
Maka tidak hairanlah semasa kehidupan baginda dulu, transaksi simpanan wang hanya dibuat oleh mereka yang mempunyai harta dan simpanan dengan mereka yang mempunyai reputasi ciri amanah yang tinggi. Ini kerana institusi perbankan masih belum wujud. Maka sebelum baginda diutuskan menjadi Rasul, baginda amat terkenal dengan sifat amanah yang tinggi. Baginda akan menyimpan segala deposit yang dibuat oleh orang ramai sehinggalah pada saat terakhir sebelum baginda berpindah dari Mekah ke Madinah di mana baginda melantik Saidina Ali untuk memulangkan segala simpanan itu kepada tuan punya hak. Simpanan yang dibuat sebelum dan selepas kerasulan baginda adalah bertujuan keselamatan dan bukan mengaut keuntungan.
Begitu juga dengan seorang sahabat nabi yang bernama Az-Zubair al-awwam yang telah mentranformasikan konsep simpanan kepada bentuk pinjaman di mana Az-Zubair tidak lagi sanggup menerima wang daripada orang ramai dalam bentuk simpanan kerana bimbang kehilangan wang tersebut adalah menjadi tanggungjawabnya. Akhirnya konsep simpanan tadi telah ditukar kepada pinjaman yang akhirnya membolehkan Az-Zubair mempunyai hak untuk menggunakanya kerana peminjam bertanggungjawab memulang semula apa yang dipinjamkan. Begitu juga dengan anaknya yang bernama Abdulla Az-Zubair yang selalu mengambil wang daripada orang ramai di Mekah lalu di tulisnya pengesahan penerimaan wang tersebut sebagai bukti untuk dituntut oleh tuan punya milik nanti.
sumber:  www.sinarharian.com.my/rencana

Friday, 2 October 2015

USAHAWAN MUSLIM DAN PERNIAGAAN-mkm



CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN ISLAM

Agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai empat sumber ilmu utama, iaitu al-Qur’an, Hadis, Ijmak Ulamak dan Qiyas. Dari empat sumber ilmu ini lahirlah dua bentuk ilmu iaitu ilmu fardhu ain dan ilmu fardhu kifayah. Ilmu fardhu ain ialah kewajipan ke atas setiap individu manakala ilmu fardhu kifayah ialah kewajipan sosial. Ilmu fardhu ain terbahagi pula kepada tiga bentuk iaitu ilmu tauhid, ilmu fekah dan ilmu tasawuf. Ilmu fardhu kifayah pula ialah ilmu-ilmu gunaan yang khusus, umpamanya ilmu perubatan, ilmu politik, ilmu pemerintahan, ilmu ekonomi, ilmu sosial, ilmu pembangunan, ilmu perniagaan dan sebagainya.

Seseorang usahawan yang belajar dan mengamalkan kedua-dua ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah sahaja yang akan berjaya dengan cemerlang bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat. Ilmu fardhu ain akan meningkatkan iman dan taqwa serta meningkatkan kerohanian, manakala ilmu fardu kifayah meningkatkan kecekapan,keberkesanan dan profesionalisma seseorang. Mustahil bagi seseorang usahawan dapat menjadi cemerlang dan menggemilangkan Islam kalau mereka hanya mempunyai kecekapan dalam mengendalikan ilmu fardu kifayah, dalam kes ini ilmu keusahawanan, sekiranya mereka tidak mempelajari dan mengamalkan ilmu fardu ain dan begitulah juga sebaliknya.

Golongan usahawan Islam merupakan sebahagian dari masyarakat Islam yang penting. Kerana mereka berkeupayaan untuk menggemilangkan Islam. Oleh itu mereka mestilah mempunyai dua asas yang penting. Pertama, mereka mesti menjadi usahawan yang cukup sebagai seorang manusia sepertimana ditetapkan oleh Islam, iaitu manusia yang mempunyai kesempurnaan gabungan rohani dan jasmani yang hidup di dunia ini untuk memenuhi janji sebagai hamba dan khalifah Allah s.w.t untuk memakmurkan alam ini. Kedua, sebagai garis panduan, mereka mestilah berilmu dengan ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah yang bersumberkan al-Qur’an, Hadith, Ijmak Ulamak dan Qiyas, dan mengamalkan ilmu-ilmu berkenaan secara menyeluruh.

Oleh yang demikian tidak dapat disangkal lagi bahawa usahawan Islam harus mempunyai nilai, etika dan keperibadian Islam untuk membezakan mereka dengan para usahawan lain. Antara ciri-ciri yang perlu ada dalam diri setiap usahawan Islam ialah:

i.          Usahawan yang tidak lalai daripada mengingati Allah s.w.t dan menunaikan fardu ain. Contohnya walau pun sibuk berniaga, bekerja, bertani dan sebagainya, tetapi tidak meninggalkan sembahyang lima waktu, tidak mengabaikan menuntut ilmu fardu ain, tidak mengabaikan didikan keluarga, menjaga aurat, sentiasa menunaikan zakat dan sebagainya.

ii.         Usahawan yang berusaha dan bekerja mencari rezeki yang halal bagi mendapat keredhaan Allah s.w.t. Mereka tidak mencari harta untuk memuaskan keperluan keduniaan semata-mata atau bertakbur atau untuk bermegah-megah dengan kekayaan atau meminta untuk dihormati.

iii.         Usahawan yang melaksanakan kerjanya berteraskan akidah Islamiah
[1] dengan menyerahkan segala usahanya di bawah peliharaan Allah s.w.t serta dengan keyakinan bahawa segala amalannya akan dihisab oleh Allah s.w.t pada hari akhirat kelak[2].

iv.        Usahawan yang proaktif dan produktif, realistik, berprinsip serta menghayati budaya kerja berencana serta berwawasan dengan wawasan Islam.

v.         Usahawan yang bersifat sabar, lapang dada dan tulen rasa dalam kerjanya.


ADAB-ADAB DAN ETIKA USAHAWAN MUSLIM DALAM PERNIAGAAN

Di bawah ini dipetik daripada kitab “Adab dalam Agama” oleh Imam al-Ghazali,[3] iaitu tentang adab-adab dan etika selaku ahli usahawan Islam yang patut dijaga dan diamalkan.

Yang pertama ialah usahawan Muslim mesti bersifat adil[4], saksama dan ihsan. Konsep adil merujuk kepada keseimbangan yang sempurna dan bermuamalat dengan menggelakkan diri daripada berurusan dengan barangan atau perkhidmatan yang haram, menjauhkan diri dari perkara syubhat, menanam sifat jujur dalam jual beli, menjauhi riba, menjauhi penipuan dan manipulasi serta menggelakkan diri daripada unsur-unsur perjudian.

Yang kedua ialah usahawan Muslim seharusnya memiliki ilmu keusahawanan dan ilmu perdagangan dari perspektif Islam. Pengetahuan ini akan membolehkan beliau memahami antara urusan perniagaan yang hak dengan yang batil. Tanpa kelengkapan ilmu keusahawanan dan ilmu perniagaan Islam, seseorang usahawan Muslim, walaupun cuba bersikap adil dan ihsan, akan terjerumus atau terperangkap dalam sistem perniagaan yang tidak diredhai Allah s.w.t.

Yang ketiga ialah usahawan Muslim bermatlamatkan pekerjaan sebagai satu ibadah dan tanggungjawab[5] dengan objektif-objektif berikut iaitu bersederhana dalam kehidupan (tawaduk), menabung untuk keluarga dan perkara-perkara di luar jangkaan dan serta memberi perkhidmatan kepada masyarakat dan fisabilillah[6].

Yang keempat ialah seorang usahawan Muslim tidak boleh memanipulasi dan menindas perniagaan orang lain serta tidak mengurangkan sukatan atau timbangan. Hendaklah mengadakan pekerja yang khas dalam urusan timbang menimbang dan sukatan yang jujur. Selain itu dalam menimbang dan menyukat, hendaklah dilebihkan sedikit untuk pembeli atau sekurang-kurangnya dicukupkan timbangan dan sukatannya.

Yang kelima ialah seorang usahawan Muslim tidak perlu tergopoh-gapah atau mempercepat-cepatkan dalam menyukat dan menimbang. Tetapi hendaklah dilakukan  dengan cermat dan perlihatkan kepada pembeli akan nilai sebenarnya. Selain itu pembeli dilayani mengikut keadaan masing-masing. Jika pembeli eorang usahawan, dimuliakan. Jika seorang miskin dan lemah dikasihi. Jika pembeli adalah jiran, hendaklah dilebihkan.[7]

Yang keenam ialah seoarang usahawan Muslim perlu menjual barangan dengan harga yang berpatutan. Jumlah pelanggan (pembeli) akan bertambah jika harga barangan berpatutan dan sebaliknya. Di samping itu jika anda seorang pengarah atau pengurus, hendaklah anda bertungkus lumus menguruskan perniagaan. Janganlah menyerah bulat-bulat kepada pekerja bawahan sehingga membebankan mereka. Selain itu sekiranya pembeli atau pelanggan berhutang dan tidak mampu membayar, lupuskan dengan menghalalkannya. Jika ia berhutang dan meminta tangguh kerana kesuntukan kewangan, berilah keringanan kepadanya. Jangan terlalu mendesak meminta hutang.

Yang terakhir ialah seorang usahawan Muslim jangan terlalu memuji-muji secara berlebihan barangan yang dijual sehingga mengelirukan pembeli dan hendaklah bercakap benar mengenai barangan yang dijual. Elakkan daripada sifat keji ketika menaikkan harga barang iaitu menaikkan harga yang terlalu tinggi sehingga membebankan pembeli. Mereka juga perlu menghindarkan diri dari menjalankan urusniaga yang bersifat tidak halal. Di samping itu sebagai usahawan Muslim juga mereka perlu menjauhi pertengkaran dangan pelanggan, jauhi berbohong ketika bercakap, jauhi pertengkaran dengan pelanggan dan kurangkan bergurau senda yang tidak baik dengan pelanggan.

Berdasarkan kepada perbincangan di atas, adakah perkara ini berlaku di dalam urusniaga seharian kita dengan peniaga-peniaga di kedai-kedai, pasar tani, pasar malam, komplek membeli belah dan pasaraya-pasaraya besar?


[1] Mustafa Haji Daud (1995), Perniagaan Menurut Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., h. 3.
[2] Ibid., h. 3-5.
[3] Al-Ghazzali (1991), Adab dalam Agama, A. M. Basalamah (terj.). Jakarta: Gema Insani Press, h. 15-30.
[4] Syed Nawab Haider Naqvi (1990), Etika dan Ekonomi: Satu Sintesis Islam. Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd., h. 43.
[5] Ibid., h. 46-48.
[6] Muhammad Nejatullah Siddiqi (1988), Perusahaan Ekonomi Dalam Islam, Md. Sharif Bharuddin dan Akibah Abu Hassan (terj.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 21.
[7] Nicolas P. Aghnides (1981), op. cit., h. 423.

Thursday, 1 October 2015

KUNJUNGAN BERJUMPA CEO MAIWP



Tanggal 1 Oktober 2015, jam 10.30am satu detik bersejarah dan penuh dengan pengajaran kepada penulis apabila telah bertemu dengan Datuk Zainal Abidin iaitu CEO Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan di Jalan Ipoh Kuala Lumpur. Pertemuan enam mata yang berlangsung di tingkat 8 telah memberi satu lagi pengalaman baharu tentang kepimpinan Islam.

Kedatangan penulis bersama sahabat dari ILIM telah disambut dengan kemesraan tanpa ada 
kekangan kedudukan oleh Datuk Zainal. Keperibadian beliau yang sangat ramah, rendah diri, suka menolong dan sebagainya lagi telah terpancar melalui percakapan dan perbuatan beliau semasa perbincangan berlangsung.

Kunjugan penulis bersama pihak ILIM ke MAIWP adalah bagi membincangkan pelaksanaan program untuk meningkatkan kekuatan ekonomi umat Islam di Malaysia melalui pendekatan Konvensyen Kebangsaan Keusahawanan Islam yang dijangka akan berlangsung pada 17-19 September 2015. Majlis konvensyen tersebut akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Dalam perbincangan tersebut, setiap detik percakapan dan perbuatan beliau adalah bersifat positif. Penulis cukup berasa teruja dengan sifat seorang CEO yang betul memperlihatkan konsep kepimpinan Islam dalam pentadbiran organisasi. Alhamdulillah perbincangan tersebut telah membuahkan hasil yang positif dengan izinNya.

APARTMENT VILLA TROPIKA UKM UNTUK DISEWA/RENT



NOW OPEN FOR SALE 2024
DIRECT OWNER
BELOW MARKET PRICE ONLY RM269K



UKM View, Level 5 dari 15 level (lift provided)
Keluasan Rumah = 870sqf, 3 bilik, 2 bilik air
1 parking lot di level 3


 
 
 Below are the amenities at that area:-
• Walking distance to UKM Commuter Station, Sekolah Sri Al- Amin, Bangi and Taska Islam.
• Center of all the transportation such as bas and taxi. Very convenient to UKM with public transport.
• 2 km to UKM Bangi and 3 km to Hentian Kajang
• 3 km to LEKAS/PLUS Highway and 5 km to Bandar Kajang.
• 15 km to Putrajaya and 20 km to Cyberjaya.
• 10 minutes to Econsave and 15 minutes to Al Zaharah / Al Nur Medical Centre / PKNS / WARTA.
• 2 km to GMI, Alam Sari and 800 m to Taman Universiti.

 Amenities:-
1.       Children Playground, Community Hall, Multi Purpose Hall, Kindergarden, Covered Parking, 1   
                parking lot, Surau, Mini Market, Gated and Guarded, 24 hours Security, Lift, Security with   
                Access Card.