Seiring dengan kemajuan teknologi masa kini, corak
perbelanjaan dalam kalangan masyarakat juga turut berubah. Sebagai contoh,
konsep perniagaan beli dulu dahulu bayar kemudian (BNPL) semakin meluas digunakan. Pun begitu, konsep
yang pada asalnya bertujuan memudahkan orang ramai tetapi ada segelintir yang
menyalahgunakan hingga mendatangkan mudarat kepada diri sendiri yang mana ada
antara mereka yang terperangkap dengan hutang kerana mengambil mudah penggunana
konsep pembelian tersebut.
Sebenarnya penyediaan sistem BNPL dalam pasaran ekonomi di
Malaysia merupakan sesuatu yang sangat baik dan bermanfaat kepada orang ramai
khususnya negara Malaysia sekarang yang sudah mula bergerak ke arah dunia
digital. Sebagai contoh platform SPaylater Shoppe, Hoolah, PAYLATER, dan
beberapa lagi platform sebenarnya menjadi pemudah cara kepada orang ramai melakukan
pembelian tanpa melibatkan komitmen bayaran yang tinggi serta menjimatkan masa,
tenaga dan juga bajet. Namun sejauhmana sistem itu memberi manfaat atau pun
tidak adalah bergantung kepada individu itu sendiri. Sekirannya seseorang
individu menjadikan platform ini sebagai satu cara untuk mendapatkan barangan
secara cepat tanpa perlu mengeluarkan modal dan tanpa memikirkan keupayaan
pendapatan mereka kelak, maka BNPL akan
memakan diri mereka sendiri. Begitu juga individu yang mempunyai sikap yang suka
berhutang dan culas membayar akan terperangkap dengan sistem BNPL ini. Dalam
erti kata lain sistem BNPL merupakan sesuatu sistem yang baik dan bermanfaat
selagi mana orang ramai bijak menggunakannya mengikut keperluan dan bukan
kehendak semata-mata serta mempunyai displin yg tinggi dalam bayaran balik
hutang. Sebaliknya BNPL akan menjadi perangkap yang memakan diri sendiri jika
orang ramai mempunyai sikap melewat atau culas membayar hutang tetapi mempunyai
kemahuan yang tinggi terhadap membeli barangan.
2.Bagaimanakah perbandingan BNPL dengan kaedah pinjaman
lain, mana yang lebih selamat?
Secara umumnya BNPL lebih baik jika dibandingkan dengan
pinjaman-pinjaman lain seperti pinjaman melalui kad kredit, pinjaman peribadi
dan beberapa lagi. Ini kerana kebiasannya BNPL menawarkan 0 kadar bunga,
sedangkan kadar keuntungan dan kadar bunga bagi kad kredit dikenakan antara
12-18%. Begitu juga pinjaman dan pembiayaan peribadi yang dikenakan oleh pihak
bank pada kadar 4-5%. Sekiranya orang ramai bijak dan berdisplin menggunakan
sistem BNPL yang dibangunkan oleh beberapa platform di Malaysia, mereka akan
mendapat manfaat yang besar. Dalam erti kata lain mereka perlu melunaskan
hutang melalui BNPL ini secara tetap dan tidak tertangguh. Untuk selamat mereka
boleh membuat bayaran secara potongan automatik dari akaun peribadi. Jadi ini
amat membantu orang ramai untuk mengelak daripada dikenakan caj yang tinggi
sekiranya mereka gagal membayar pada waktunya. Walaupun begitu sekiranya
individu tersebut culas membayar hutang atau lewat membayar hutang, maka sistem
BNPL akan mengenakkan caj tambahan yang jauh tinggi berbanding sistem
perbankan. Orang ramai perlu ingat bahawa platform yang wujud di bawah sistem
BNPL ini menawarkan tempoh hutang dan pinjaman dalam masa yang singkat seperti
3 bulan, 6 bulan atau 12 bulan. Masa yang singkat ini menjadi kekangan kepada
orang ramai jika tidak bijak menguruskan bajet mereka.
3.Apakah saranan kepada orang ramai apabila berbelanja
menggunakan konsep ini?
Saranan saya kepada orang ramai apabila berbelanja
menggunakan konsep ini adalah yang pertama berbelanja kepada barangan yang
bersifat keperluan terlebih dahulu dan bukan kehendak. Yang kedua, pastikan isi
rumah membuat pengiraan pendapatan isi rumah tentang kedudukan kewangan mereka sama
ada mampu atau tidak untuk membayar balik hutang dan pinjaman dalam masa
singkat. Ketiga pastikan mereka yang ingin menggunakan platform dibawah sistem
BNPL ini merupakan individu yang berdisplin dan bertangungjawab dengan apa yang
dilakukan supaya kelak mereka dapat menunaikan hutang mengikut tempoh yang
diberikan. Yang terakhir adalah hutang yang dilakukan melalui BNPL ini wajib
dibayar mengikut tarikh yang ditetapkan dan tidak boleh lewat.
MFI@chegar
No comments:
Post a Comment