Thursday, 9 December 2021

PATUHI SOP DEMI AGAMA DAN NEGARA AGAR KEBAHAGIAAN GENERASI MASA HADAPAN SEJAHTERA



Sesungguhnya terdapat beberapa ayat di dalam Al-Quran yang telah menyuruh kita agar patuh kepada Allah SWT, Rasul dan Pemerintah. Maka marilah kita sama-sama menjaga SOP kerana VARIAN COVID19 OMICRON sangat bahaya kerana kadar mutasinya sangat tinggi. Dengan patuh kepada SOP Malaysia Insya Allah akan mampu menghadapi lonjakan kes Covid 19. Selamat membaca.


 

ISLAMIC WEALTH PLANNING AND MANAGEMENT FOR 2022 ONWARDS

 


Islamic Estate Planning is broadly concerned with making arrangements to most effectively deal with your personal property and assets after you have passed away.



FIVE (5) of EIGHT (8) components of a financial plan and the process of creating a valid will according to Quran and Sunnah.


FIVE (5) types of financial instrument.


Do you think ALL MUSLIM in Malaysia needs family takaful coverage.

Wednesday, 14 July 2021

KEWAJARAN MENGAMBIL KEMUDAHAN MORATORIUM ATAU TIDAK SEMPENA PKP 3.0

 Moratorium sempena PKP 3.0 telah diumumkan oleh kerajaan dan berkuatkuasa 7 Julai 2021 semua golongan layak untuk memohon iaitu B40, M40 dan T20. Kemudahan moratorium ini merupakan tawaran yang dibuat oleh pihak bank kepada pelanggan masing-masing dan Moratorium antara bank berbeza termasuk perbankan Islam dan konvensional. PKP yang berlanjutan sehingga 3.0 menyebabkan wujud perlbagai golongan dan sektor yang terjejas pendapatan. Ada yang hilang 100% sumber pendapatan, ada yang 70% hilang pendapatan, ada yang 50% hilang pendapatan dan ada yang 30 hilang punca pendapatan dan pelbagai lagi. Jesteru itu kemudahan moratorium yang berkuatkuasa 7 Julai ini memberi nafas lega dan juga sedikit kelegaan kepada golongan yang terkesan dengan Pandemic COVID19. Persoalannya adakah moratarium yang ditawarkan oleh pihak bank kepada pelanggan memberi kelebihan kepada pelanggan atau sebaliknya. Apakah formula dan faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum memohon moratorium atau sebaliknya. Mohon pandangan dan ulasan untuk kefahaman bersama. 

 AMBANK-pembiayaan/pinjaman perumahan




Pembiayann/Pinjaman kenderaan




Tuesday, 13 July 2021

PEMBIAYAAN ISLAM: LEBIH BAIK MOHON MORATORIUM ATAU TIDAK PERLU

 Pengumuman oleh kerajaan tentang tawaran moratorium oleh institusi perbankan di Malaysia telah memberi berita gembira kepada para pelanggan bank. Tawaran moratorium ini bukan sahaja hanya terhad kepada bank konvensional tetapi juga perbankan Islam.Sebelum 7hb Julai 2021 penawaran moratorium dilihat amat membebankan pelanggan kerana moratorium 3 bulan akan menyebabkan kontrak pembiayaan akan dilanjutkan sehingga 12 bulan manakala moratorium 6 bulan menyebabkan kontrak asal pembiayaan bertambah kepada 24 bulan. Namun selepas 8hb Julai 2021 polisi ini tidak lagi terpakai di mana moratorium selama 6 bulan akan menyebabkan tempoh kontrak pinjaman dilanjutkan hanya 6 bulan sahaja. Walaupun begitu perlukan kita memohon moratorium daripada pihak bank? apakan penentu dan faktor yang membolehkan seserorang itu mengambil kemudahan moratorium? Mohon kongsi pandangan.


Monday, 12 July 2021

MORATORIUM PKP 3.0 : NAK AMBIL ATAU TIDAK?

 Moratorium merupakan salah satu kemudahan sementara yang diberikan oleh pihak bank kepada pelanggan. Ia meliputi produk pembiayaan perumahan, pembiayaan kenderaan dan pelbagai lagi. Moratorium PKP 3.0 ini terbuka kepada semua golongan b40, m40 dan t20 di mana mereka yang berminat perlu memohon dengan pihak bank. Namun persoalanya adakah perlu seseorang itu mengambil moratorium atau tidak? Apakah yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat keputusan untuk mengambil moratorium ini? Mohon penjelasan.

Pembiayaan Perumahan CIMB



Pembiayaan Kenderaan CIMB




Sunday, 11 July 2021

PERLUKAH PELANGGAN DI MUSIM PKP 3.0 MEMOHON KEMUDAHAN MORATORIUM DENGAN PIHAK BANK?

 Tawaran MORATORIUM oleh pihak bank kepada pelanggan semsa PKP 3.0 memberi pelbagai tanggapan kepada masyarakat. Ada yang menyatakan ia sesuatu yang positif kerana memberi nilai tambah kepada aliran tunai dan peluang simpanan manakala ada sesetengah pula yang menyatakan ia sesuatu yang negatif kerana berlakunya penambahan jumlah hutang/pinjaman/pembiayaan disebabkan penambahan masa bayaran balik hutang/pinjaman/pembiayaan. Moratorium 6 bulan tetapi lanjutan bayaran balik hingga 24 manakala moratorium 3 bulan tetapi lanjutan bayaran balik hingga 12 bulan?  Betul ke semua andaian ini. Apa yang perlu dinilai dan pertimbangkan sebelum mengambil atau menolak moratorium ini. Mohon pandangan.






Monday, 14 June 2021

PERASUAH CITA RASA TINGGI

 Rasuah memang sesuatu yang amat merbahaya kerana ia boleh meruntuhkan sesebuah masyarakat yang bertamadun seterusnya membinasakan sesebuah negara. Perbuatan rasuah memang dikeji di dalam Islam. Sebagai seorang Muslim kita berpegang kepada ENAM RUKUN IMAN antaranya percaya kepada ALLAH SWT, PERCAYA KEPADA MALAIKAT dan PERCAYA KEPADA HARI KIAMAT/PEMBALASAN. Jika rukun-rukun iman ini dihayati insya Allah gejala rasuah dapat dielakkan. 

Selamat membaca moga artikel dibawah memberi sedikit kesedaran kepada kita.

https://www.sinarharian.com.my/article/144043/KHAS/Sinar-Rasuah-Buster/Perasuah-cita-rasa-tinggi


SHAH ALAM - Golongan terlibat rasuah kebiasaannya individu yang memiliki cita rasa yang sangat tinggi.

Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Mohd Faisol Ibrahim berkata, bagi memenuhi keinginan itu, golongan tersebut berusaha mencapai sesuatu walaupun dengan cara yang salah.

“Biasanya rasuah wujud disebabkan mereka berkuasa dan mempunyai kepentingan terhadap sesuatu benda atau objek sehingga tidak tahu membezakan antara halal dan haram.

“Sekiranya mempunyai iman yang kuat dan percaya kepada hari akhirat nescaya mereka tidak berani melakukannya,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Faisol menegaskan, rasuah akan memberikan impak negatif terhadap individu lain akibat aktiviti tidak sihat itu.

“Golongan yang terkesan akibat rasuah adalah masyarakat yang tidak terlibat dengan apa-apa kepentingan tetapi menjadi mangsa akibat perbuatan rasuah.

“Mereka sepatutnya mendapat hak tetapi dinafikan oleh amalan rasuah.

“Kualiti kehidupan masyarakat juga menjadi parah jika setiap lapisan masyarakat terjebak rasuah demi mendapatkan sesuatu walaupun hakikatnya itu adalah hak mereka,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mohd Faisol menyokong usaha Sinar Harian melaksanakan kempen Sinar Rasuah Busters dalam usaha membanteras gejala rasuah di negara ini.

“Sebagai media arus perdana yang sentiasa cakna kepada isu semasa negara dan masyarakat, Sinar Harian mempunyai ruang dan pilihan untuk menyedarkan masyarakat tentang penyakit rasuah yang amat berbahaya kepada generasi akan datang jika tidak dibanteras dari sekarang.

“Melalui Rasuah Busters segala informasi berkaitan rasuah dapat disebarkan lebih cepat dengan gaya dan kaedah yang pelbagai agar masyarakat dapat memahami serta mengambil tindakan dan pada masa yang sama membantu pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,” katanya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/144043/KHAS/Sinar-Rasuah-Buster/Perasuah-cita-rasa-tinggi

© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf