Saturday 19 September 2015

iCEPs 11- UKHRAWI DAN UMMAH: REVOLUSI KEUSAHAWANAN ISLAM “WAQF JIWA”

Apakah itu iCEPS 11? iCEPs 11 merupakan satu program yang bertunjangkan keusahawanan Islam. Sehubungan itu,  iCEPS 11 ditakrifkan sebagai Islamic Convention Entrepreneurship dan 11 bermaksud kali 11. iCEPS 11 ini merupakan landasan kepada para pelajar tahun empat Fakulti Ekonomi dan Muamalat USIM untuk sama-sama mengembleng tenaga bagi mengasah dan mengeluarkan skill keusahawanan yang ada dalam diri mereka.


Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”.Lanjutan daripada program ini, pada 30 April 2015 (Rabu ) di Dewan Kuliah Pusat 3 (DKP3) USIM, telah berlangsungnya Majlis Pelancaran iCEPs11, Watikah Pelantikan Jawatankuasa Pelaksana Pelajar (JPP), iCEPs11 dan Perasmian Logo Rasmi iCEPs11. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dr. Zulkiple Abd. Ghani, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa dan turut hadir ialah Timbalan Dekan Pembangunan Pelajar dan Pengurusan Prestasi, Dr. Khairil Faizal Khairi serta Pengarah iCEPs11 iaitu Dr. MFI dan Ustaz Hisham Sabri selaku Timbalan Pengarah. Memetik ucapan yang telah disampaikan oleh perasmi, ia berharap dengan penganjuran konvensyen keusahawanan ini juga kita sebagai sebuah universiti Islam, dapat menaikkan dan menjulang Islam melalui cara keusahawanan. Tema yang dibawa pada tahun ini iaitu “Ukhrawi dan Ummah: Revolusi Keusahawanan Islam”, bagaimana kita menjadikan keusahawanan itu sebagai landasan ataupun jambatan untuk kita mencari saham-saham akhirat dan kita menyumbang kembali kepada masyarakat. Konsep iCEPs11 kali ini iaitu “Waqf Jiwa”. Ia sangat bertepatan dengan kami sebagai anak muda, yang tiada harta mahupun wang ringgit yang banyak, dapat mengerahkan tenaga muda kami, memerah keringat kami untuk mencari dana bagi menjalankan konvensyen ini.


Di pengakhiran konvensyen ini iaitu pada 26 -29 November 2015, mereka berazam akan menyumbangkan beberapa bahagian keuntungan kepada anak-anak yatim dan golongan yang memerlukan di sekitar Kelantan khususnya dan kawasan lain amnya dengan kerjasama NGO di Malaysia. Semoga dengan sumbangan yang kecil ini, ia dapat memberi kebaikan yang berpanjangan kepada sesiapa yang bersama menyumbang untuk mencapainya. Bagi sesiapa yang ingin mengetahui perkembangan aktiviti iCEPs11 sebuah laman sesawang untuk iCEPs11 telah diwujudkan iaitu http://iceps11.usim.edu.my/.

No comments:

Post a Comment