Thursday 17 September 2015

Memaksimumkan Pahala Melalui Pelaburan Rumah Sewa

Sebagai muslim, kita wajib percaya bahawa hidup di dunia adalah sementara manakala hidup di hari akhirat (day of judgement) adalah selama-lamanya. Berdasarkan kepercayaan ini maka akan terbentuklah keimanan yang kuat. Ramai masyarakat Islam hari ini berlumba-lumba mencari pendapatan dengan mencipta keuntungan sehingga tidak membezakan halal dan haram. Ada golongan yang suka mencari keuntungan dengan cara mudah seperti bisnes MLM, jual beli emas dan sebagainya lagi dengan mengenepikan prinsip-prinsip syariah dalam bermuamalat. Ada juga golongan muslim yang terlibat dengan pelaburan hartanah seperti rumah sewa dan sebagainya. Namun pelaburan yang dilaksanakan ini oebih berorentasikan keuntungan semata-mata telah menjadikan mereka sama seperti golongan konvensional.

Bagaimana hendak menjadi menjadi palaburan Islam yang bijak di samping memaksimumkan pahala?  Sebagai contoh, kebanyakan tuan rumah akan meletakkan  syarat 2 +1 atau 3+1 kepada penyewa iaitu 2 bulan deposit atau 3 bulan deposit dan 1 bayaran bulanan permulaan. Inilah yang banyak dipraktikkan oleh mereka yang mementingkan keuntungan semata-mata tanpa melihat bahawa rumah sewa  ini sebenarnya aset sebagai mencipta pahala berganda.

Sebagai seorang muslim, kita masih boleh mencipta keuntungan dengan hanya meletakkan 1+1 dengan niat untuk menolong mereka yang betul memerlukan kediaman untuk belajar, bekerja dan sebagainya. Walaupun margin keuntungan adalah kecil dengan hanya 1+1 berbanding 2+2 atau 3+1, tetapi nikmat kemanisan falah dan barakah daripada Maha Pencipta  akan diperolehi sepanjang kita hidup di dunia dan akan dituai pada hari akhirat kerana kita berjaya membantu mereka yang memerlukan bantuan di samping kita sendiri tetap mendapat keuntungan.

No comments:

Post a Comment