Saturday 19 September 2015

Muamalah Di Pasar Malam

 Pasar malam boleh dikatakan sebagai satu medan bagi para penduduk di Malaysia mendapatkan bahan mentah secara murah daripada pembeli. Pasar malam diibarat tempat yangperludikunjungi bagi mendapatkan pelbagai barang yang diperlukan khususnya barang dapur atau barang rumah.
Ada penjual yang menjual ikan segar, buah-buahan segar, sayur, ulam, makanan kampung, makanan kampung seperti keropok lekor, ubi rebus, jagung rebus, makanan barat seperti burger, roti john, daging salai, dan macam-macam lagi.
Namun sejauhmana penjual ini berlaku jujur kepada para pelanggan. Jualan secara menipu amat dilarang di dalam Islam. Jualan secara menindas atau mengambil kesempatan juga amat dilarang di dalam Islam.Jualan barangan yang ditegah oleh Islam juga amat dilarang di dalam Islam.Maka sebagai seorang penjual Muslim khususnya, konsep jujur, amamah, benar, tolong dan konsep ehsan perlu ada pada diri mereka. Berikut merupakan perkara yang kerapkali berlaku di dalam muamalah pasar malam:
i. membeli buah durian, tetapi apabila pulang ke rumah di dapati buah durian yang dibeli telah pecah, isi buah menjadi masam dan hanya sebilangan kecil isi durian yang dimakan. Walhal semasa hendak membeli penjual telah menunjukkan bahagian isi durian yang sempurna dengan mengopek bahagian yang sempurna sahaja dengan menyembunyikan bahagian yang buruk.
ii. membeli buah rambutan yang manis dan lekang isinya sebanyak 3 kilo tetapi apabila pulang didapati hanya dua kilo yang boleh dimakan manakala 1 kilo lagi tidak boleh dimakan kerana isinya masam dan berair. Rupanya semasa pembeli memasukkan rambutan ke dalam plastik, beliau hanya mengambil hanya buah durian yang sempurna dibahagian hadapan meja sebanyak 2 kilo  manakala 1 kilo lagi pembeli ambil dari bahagian bawah iaiti yang tidak sempurna
iii. menjual ikan yang dibeli pada harga borong lama dengan harga baharu kepada pembeli
iv. menjual barang curi yang diperolehi daripada pencuri kepada pembeli dengan harga murah
v. memberi maklumat palsu kepada pembeli seperti barang ini baru sampai, barang ini original walhal cetak rompak dan pelbagai lagi

Sebenarmya banyak lagi perkara-perkara muamalah yang berlaku di pasar malam yang tidak mengikut muamalah |Islam. Sekiranya perkara ini terus berlaku, maka keberkatan rezeki yang diperolehi oleh penjual melalui hasil titik peluh di pasar malam akan tergugat kerana ada unsur-unsur yang tidak dibenarkan oleh syarak Maka berhati-hatilah wahai penjual pasar malam. Peniaga pasar malam yang baik ialah peniaga yang jujur dengan pembeli, harga barang tidak tinggi tetapi masih untung, mementingkan kuantiti pembeli yang ramai berbanding harga barang tinggi, tidak meninggalkan sembahyang walau berniaga di pasar malam, bercakap benar tentang barang dan harga yang dijual, mementingkan kepuasan pembeli berbanding keuntungan maksimum, suka memberi lebih memberi barang kepada pembeli dan sebagainya. Peniaga pasar malam seumpama ini dipanggil pasar malam al-Abrar yang tahu tentang peranannya sebagai khalifah dimuka bumi yang sementara sahaja ini.

2 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Saya bersetuju dengan pendapat Dr. dalam hal ini kerana sebagai seorang peniaga muslim, sepatutnya kita tidak hanya mementingkan keuntungan dunia semata-mata, tetapi keuntungan akhirat juga patut dijadikan matlamat dalam berurus niaga kerana hakikat dunia ini hanyalah tempat persinggahan sementara. Ramai muslim yang menyedari hakikat ini tetapi tidak ramai yang mengamalkannya.
    Sekiranya sikap jujur dan amanah wujud dalam setiap diri peniaga, pasti ekonomi negara akan meningkat kerana timbul keyakinan dan kepercayaan orang ramai ketika berjual-beli dan perkara ini akan menarik perhatian orang luar untuk datang ke negara kita tanpa perlu membuat sebarang hebahan.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum dr .
    Contoh lain yang dapat kita lihat , ialah menipu dalam menjual beli ikan seperti dalam video di youtube . Peniaga cina di dalam video tersebut menipu dengan cara mengisi air di dalam ikan ikan yang dijual nya , supaya ia nampak seperti ikan segar yang gemuk gemuk , mempunyai isi yang banyak . Dan apabila ditimbang , pembeli membayar harga yg tinggi/mahal untuk seekor ikan yang dibeli dari peniaga cina itu . Walhal ikan ikan tersebut hanya dipenuhi dengan air , kurang isi nya . Peniaga cina itu tidak jujur dengan barang dagangan nya , malah menipu untuk mendapat keuntungan lebih .

    Sesungguhnya , Allah berfirman dalam surah Al-Mutaffifin ayat 1-3, "Celakalah bagi orang orang yang curang (dalam takaran dan timbangan)! Iaitu orang orang yang apabila menerima takaran daripada orang lain , mereka minta dicukupkan. Dan apabila mereka menakar atau menimbang (untuk orang lain) , mereka mengurangi ."

    Allah melaknat orang yang menipu dalam menimbang (urusan jual beli). Bukan sahaja perniagaan tidak berkat , hidup juga tidak akan diberkati oleh Allah malah diakhirat kelak akan mendapat balasan atas apa yang dilakukan di bumi ini . Apa apa yang kita buat , jika niat ikhlas kerana Allah , inshaa Allah Dia akan beri yang terbaik untuk kita . Walaupun berniaga tak banyak untung , tetapi rezeki yang kita dapat itu halal dan jika kita bersabar , Allah akan gandakan rezeki untuk kita . Sentiasa jadikan Rasulullah sebagai teladan/contoh dalam urusan berjual beli .

    ReplyDelete