Thursday, 16 March 2017

INSTITUTIONS OF AL-HISBAH IN ECONOMIC SYSTEMS


Economic functions
Øright weights and measures
Øchecking business frauds
Øcorrecting market  imperfections
ØHoarding
Øunfair monopolies
Øinformation monopoly
Øessential goods supply and price
Øownership rights
AL-HISBAH ECONOMIC FUNCTIONS

Sunday, 5 March 2017

Isu-Isu Berkaitan Perundangan Perbankan Islam di Malaysia

Bismillah walhamdulillah. Sistem perbankan Islam di Malaysia merupakan antara sistem perbankan Islam yang terawal wujud di bumi yang fana ini. Bermula pada tahun 1983 dengan berpaksikan Akta Perbakan Islam 1983, sistem perbankan Islam di Malaysia kini mengorak langkah dengan lebih jauh demi kelangsungan kepentingan ummah dan demi konsep Rahmatan Lil'alamin. Atas dasar itu pada tahun 2013 melalui BNM telah diperkenalkan IFSA 2013 bagi memastikan Perbankan Islam sentiasa relevan di hati masyarakat dan selaras dengan objektif kewujudan perbankan Islam itu sendiri. Sungguhpun demikian, pada hakikatnya hari ini beberapa perkara perlu dilihat dengan lebih terperinci agar permasalahan ini tidak memberi gambaran yang negatif terhadap perbankan Islam iaitu:

a. Islamic banks Insufficient Legal Protection
b.  Jurisdiction– Civil or Shariah Court
c. Disparity in Concepts and Practice
d. Ownership of Underlying Assets
e.  Lender of Last resort
f. Amendmen of existing laws

Sehubungan itu sesuatu perlu dilakukan agar perkara-perkara di atas dapat diatasi seterusnya dapat membantu perbankan Islam memonopoli industri perbankan di Malaysia.






Thursday, 2 March 2017

Persediaan Sebelum Menunaikan Umrah 2017

Ibadat Umrah hanya perlu dilakukan sekali seumur hidup. Sekiranya mampu untuk menunaikan umrah lebih daripada sekali maka ia dianggap bonus tetapi kena pastikan Umrah kita adalah umrah yang Maqbulah (diterima).

1. Bagi mereka yang pertama sekali ingin menunaikan Umrah, terdapat dua pilihan yang ada iaitu:
a. Menggunakan TH Travel & Services Sdn Bhd
b. Menggunakan TRavel Agency Swasta seperti :
 i. ANDALUSIA TRAVEL & TOURS SDN BHD
ii. PLATINUM GESTURE TRAVEL & TOURSE SDN BHD
iii.  UTAS TRAVEL & TOURS WORLDWIDE HOLIDAYS SDN BHD
iv. YHA TRAVEL & TOURS SDN BHD

2. Membuat pertimbangan harga pakej dan perkhidmatan yang ditawarkan. Perkara yang perlu diambil kira adalah:
i. Jenis Kapal terbang (Yang terbaik adalah MAS & SAUDI ARABIA)
ii. Mendarat di Jeddah atau Madinah (masing-masing mempunyai kelebihan)
iii. Hotel yang ditawarkan semasa di Makkah (digalakkan untuk mencari hotel yang hanya 50m daripada Masjidil Haram)
iv. deposit bayaran (TH Travel hanya RM1000/jemaah berbanding Travel Agen Swasta iaitu RM300 hingga RM4000/jemaah)
v. diskaun (kebiasaanya untuk kanak-kanak diskaun diberikan sebanyak 20% (RM500/kanak2) daripada harga dewasa jika menggunakan Penerbangan Saudi Arabia.

3. Menyediakan Surat Nikah  (Yang dah berkahwin) dan surat beranak (anak-anak) yang telah disahkan oleh Pejabat Agama dan Wisma Putra di mana dokumen ini perlu diserahkan kepada  Kementerian Luar Negeri Malaysia
(Bahagian Konsular)
Kompleks Wisma Putra
No 1, Jalan Wisma Putra, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62602 Putrajaya

4. Membuat bayaran penuh kepada pihak Travel Agency yang telah dipilih bersama
  1. Passport Antarabangsa yang masih berlaku selama 6 bulan dari tarikh berangkat dengan 6 mukasurat kosong.
  2. Gambar untuk Visa Umrah 4 keping bersaiz 4 x 6cm. berlatarbelakang putih dan saiz muka 80% (Lelaki:Tidak bersongkok /  Wanita: Bertudung)
  3. Buku/Surat suntikan meningitis ACYW135.
  4. Surat Nikah yang telah disahkan
  5. Surat beranak yang telah disahkan

5. Menghadiri kursus Umrah di masjid-masjid di mana kursus ini adalah percuma dan digalakkan hadir sekurang-kurangnya 2 kali (Kursus ini bermula jam 9am-1pm sahaja)

6. Membuat suntikan Meningitis di mana suntikan ini wajib bagi semua jemaah termasuk kanak-kanak (dikecualikan jika ada surat doktor) di mana suntikan ini jika diambil di sekitar tempat kursus Umrah iaitu masjid kos adalah murah iaitu RM135 sahaja berbanding ditempat lain yang boleh mencecah RM190.

7.  Membeli barang-barang keperluan (sila minta senarai barang yang perlu dibawa daripada travel agen)

8. Melakukan aktiviti senaman secara berkala kerana masa untuk:
i. tawaf 40 minit -7 pusingan
ii. saie  (bukit sofa ke bukit marwah ) 1 jam - 4 kali sofa ke warwah dan 3  kali marwah ke sofa
iii. tahalul 10 minit- gunting rambut-minimum 3 helai tetapi saya sarankan gunting sampai botak bagi lelaki kerana ikut sunnah serta rambut yang digunting ini akan bercahaya di hari akhirat nanti.  

PESANAN;
ELAKKAN MASA BANYAK DIHABISKAN DI DALAM HOTEL ATAU MEMBELI BELAH SEBALIKNYA MASA BANYAK DIPERUNTUKKAN DI DALAM MASJIDIL HARAM ATAU MASJIDIL NABAWI.

Moga Nukilan ku yang sedikit ini memberi pencerahan kepada bakal-bakal jemaah UMRAH. wassalam






Sunday, 25 December 2016

Kaedah Menguruskan Keuntungan dan Transaksi Yang Tidak Patuh Shariah oleh Perbankan dan Kewangan Islam

"Pembersihan' oleh Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Sekiranya Pendapatan Diperolehi Mempunyai Unsur Yang Tidak Patuh Shariah?




Sumber: A FRAMEWORK FOR ISLAMIC FINANCIAL INSTITUTIONS TO DEAL WITH SHARÔÑAH NON-COMPLIANT TRANSACTIONS, Proceeding of Shariah Conference (SEC) 2013.

Thursday, 15 December 2016

Soalan Pemahaman Ta'widh dan Gharamah



A.     Baihaqi secured a financing from the Islamic banks of RM100,000 in December 2016 which is paid montly for RM2,000 per month. The installment commence from January and he has paid installment successfully for the first 6 months. However, in July, August and September he failed to pay the installments due to his finacial instability. 
Required:
1.    Calculate the ta’widh amount to be paid by Baihaqi.

2.    Calculate the payment to be paid by Baihaqi in the month of September

3.    What are the differences between Ta’widh and Gharamah.

B.     Mofaisib secured a Murabahah Home financing from the Islamic banks of RM200,000 in January
2016 which is paid montly for RM4,200 per month. The installment commence from February 2016 and he has paid installment successfully for the first 2 months. However, in the consequetive 2 months, he failed to pay the installments. 
Required:
1.    Calculate the amount of late payment charges that Mofaisib has to pay if the penalty rate given is 7.5%.

2.    Calculate the ta’widh amount to be paid by Mofaisib.

3.    Calculate the gharamah amount to be paid by Mofaisib.

4.    Calculate the payment to be paid by Mofaisib in the month of September

5.            List all the required treatments should be performed by Islamic banks when dealing with gharamah collection.

URBUN


Al-urbun iaitu amalan berjual beli yang melibatkan bayaran pendahuluan oleh bakal pembeli kepada penjual di mana bayaran pendahuluan ini disebut `down payment`


Definisi Urbun
Perkataan `urbun` dari segi bahasa membawa erti taslif atau taqdim, iaitu pendahuluan (Ibn Manzur 1990: hal 284) `Urbun` atau `arabun` mengandungi maksud yang sama.(al-Misri 2005: hal 174 ) Ia juga diertikan sebagai bayaran muka atau pendahuluan. ( al-Zuhaili 2005: hal 461) Dimaksudkan Bay al-urbun ialah seseorang yang membeli sesuatu barangan, lalu dia membuat bayaran kepada penjual sebahagian dari harga barang tersebut sebanyak satu dirham ataupun atau lebih dengan perhitungan jika kedua-duanya meneruskan kontrak jual beli, maka wang pendahuluan itu akan menjadi sebahagian daripada harga barang dan jika kontrak jual beli itu tidak diteruskan maka wang pendahuluan itu akan menjadi hak penjual. (al-Zuhaili 2005: hal 462) 

Ciri-ciri
bay al-urbun mengandungi beberapa ciri (Ab Mumin Ab. Ghani & Fadillah Mansor 2006; hal 143) seperti berikut; 
a ) Pembeli mempunyai hak untuk membuat pilihan sama ada membeli barangan atau tidak untuk satu-satu tempoh yang tertentu, namun ia bukanlah menjadi kewajipannya untuk membeli.
b ) Penjual pula tiada hak untuk menjual kepada mana-mana pembeli lain , sekalipun ditawarkan dengan harga yang lebih tinggi dan ia berkewajipan untuk menunggu dalam satu tempoh yang telah dijanjikan kerana telah menerima wang pendahuluan. 
c ) Harga barangan itu telah dipersetujui bersama. Ini dapat dilihat berasaskan perjanjian mereka bahawa sekiranya proses jualbeli itu disempurnakan, maka bayaran pendahuluan tersebut dianggap menjadi sebahagian daripada harga barangan.
d ) Terdapat tempoh yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak untuk memastikan pembelian barangan berlaku atau tidak. 

Sekiranya keempat-empat ciri tersebut hendaklah dipenuhi maka sah transaksi tersebut. Sebaliknya jika keempat-empat ciri tersebut tidak dipenuhi, maka urusniaga itu dianggap terkeluar daripada kategori bay al-urbun.


Menurut Wahbah al-Zuhayli, faktor `urf menjadikan amalan `Urbun adalah harus.

Contoh

Contohnya Hasbi telah menjual kereta Honda Accord model 2004 kepada Qisi dengan harga RM50,000 dengan bayaran `Urbun sebanyak RM5,000 telah diberikan oleh Qisi. Jika Qisi tidak mahu membeli tersebut dalam tempoh satu bulan (dipersetuji bersama) daripada Qisi , wang RM5,000 akan dianggap milik Hasbi dan beliau tidak dibenarkan menjual kereta tersebut kepada orang lain sekalipun ada yang menawarkan dengan harga lebih tinggi. Dalam tempoh sebulan itu, sekiranya Qisi mendapati ada penjual lain yang menjual kereta yang sama dengan harga jauh lebih murah iaitu RM40,000, Qisi mungkin akan membatalkan pembelian dengan Hasbi. Sekalipun Rm5,000 telah diberikan kepada Hasbi, Qisi masih untung RM5,000 berbanding jika dia meneruskan pembelian dengan Hasbi. Ini bermakna Qisi telah kehabisan RM40,000 + RM5,000 (deposit) tetapi tidak kehabisan RM50,000 (RM45k+RM5,000) sekiranya dibeli daripada Hasbi. Dalam pada itu, Hasbi pula sebenarnya telah mengikat Qisi untuk terus membeli kenderaan dengannya kerana sekalipun dia tidak boleh menjual kepada orang lain, jika ada tawaran lain kepada B dengan harga RM40,000, Qisi tetap membeli daripadanya kerana deposit telah diberikan.

Contoh 2

Mofaisib hendak menjual rumahnya di Bandar Baru Bangi dengan harga RM 200,000 (strike price). Tufail berminat untuk membeli rumah tersebut untuk tujuan pelaburan tetapi tidak mempunyai wang yang cukup untuk membayar secara tunai. Setelah diadakan perbincangan, Mofaisib bersetuju menjual hak membeli (right to buy) rumah kepada Tufail dengan harga RM 20,000 (premium) dengan tempoh opsyen selama lapan bulan. Selepas lapan bulan kemudian, kerajaan Negeri Selangor mengumumkan insentif baru bagi merangsangkan sektor hartanah di Selangor dan ini telah mempengaruhi harga rumah di pasaran. Secara tidak langsung juga harga pasaran rumah yang ingin dibeli oleh Tufail telah meningkat sehingga mencecah RM 300,000 (market price). Oleh kerana Ali dah bayar premium rumah tersebut, maka Tufail berhak membeli rumah tersebut dengan harga RM 200,000(strike price) sahaja kerana perjanjian awal tersebut, walaupun harga pasaran semasa sudah melonjak. Sebaliknya jika, selepas lapan bulan tempoh berlalu, berlaku kegawatan ekonomi sehingga menyebabkan pasaran hartanah jatuh merudum termasuk di Bandar Baru Bangi. Dalam situasi ini, Tufail tidak boleh dipaksa untuk membeli rumah tersebut dengan harga RM 200,000 (strike price) walaupun sudah membayar premium RM 20,000 kerana ia adalah kontrak opsyen dan bukan sales & purchase agreement. Oleh itu Tufail hanya kerugian RM 20,000 sahaja.