Monday, 16 March 2020

ISLAMIC THEOLOGY and Al-FALAH 2020


Sebagai seorang Muslim yang berpegang kepada LIMA RUKUN ISLAM dan beriman dengan ENAM RUKUN IMAN bagi membuktikan ketaqwaan kepada YANG MAKA AGONG maka kehidupan di dunia ini dianggap sebagai tempat untuk bercucuk tanam demi menuai hasil di negeri abadi nanti iaitu HARI AKHIRAT. Jesteru itu apa yang terpenting dalam kehidupan manusia Islam adalam mencapai AL-FALAH (KEJAYAAAN & KEBERUNTUNGAN).
AL-FALAH boleh disimpulkan sebagai berikut:

AL-FALAH = BAHAGIAN DUNIA + BAHAGIA AKHIRAT

BAHAGIA DUNIA + BAHAGIA AKHIRAT= IMAN DAN TAQWA

MAKA;

AL-FALAH=IMAN DAN TAQWA

Untuk mencapai al-Falah ini terdapat 10 ciri berasaskan ayat-ayat Al-Quran yang perlu dihayati dan amalkan antaranya:
i-kekhusyukkan dalam melakukan sesuatu (berkualiti kerana Allah dan bukan untuk perhatian manusia semata-mata
ii. menunaikan zakat
iii. mengerjakan solat
iv. menjaga dan memelihara nafsu seks
v. jujur dengan amanah yang diberikan

Mutakhir ini dunia dikejutkan dengan sejenis penyakit COVID19 yang pada asalnya bermula dari negara China yang kini telah menular ke bebrapa buah negara lain termasuk negara Malaysia. Impaknya telah memberi kesan kepada ekonomi dan sosial massyarakat Malaysia. Peningkatan kes COVID19 yang meningkat sedikit demi sedikit walaupun pelbagai usaha gigih diusahakan oleh pihak KKM telah menimbulkan kerisauan masyarakat. Untuk mengharapkan pihak KKM sahaja untuk membenteras penyakit ini adalah tidak memadai. Masyarakat sekeliling wajib membantu pihak KKM secara kolektif membenteras penyakit ini. Namun terdapat segelintir masyarakat yang cuba mengambil peluang untuk TRAVEL ke luar negara rentetan penurunan harga oleh pihak syarikat penerbangan kesan COVID19. Sebelum ini juga terdapat farmasi yang cuba menjual topeng muka yang melebihi harga pasaran kepada orang ramai untuk mengaut keuntungan dalam situasi tidak sekarang.

Hari ini juga pasaraya dibeberapa tempat dikunjungi oleh orang ramai berbanding hari biasa seolah-olah berlaku situasi “Pembelian Panik”.  

 Jika kita kaitkan situasi COVID19 dan Islamic Theology, apakah pandangan kamu?


Thursday, 18 July 2019

Wang Zakat Untuk PEMBANGUNAN INSANI Golongan LGBT VS Wang Zakat Untuk Golongan LGBT


Bismillah Walhamdulillah Allahuakhbar.
Seringkali kita mendengar di akhbar arus perdana atau media massa dan elektronik tentang golongan LGBT. Siapakah LGBT ini? LGBT membawa maksud L-Lesbian, G-gay, B-bisexual dan T-transgander. Golongan ini sejak mutakhir ini mula muncul dan berani membawa hak dan isu mereka ke tatapan masyarakat. Sebagai sebuah masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum, golongan ini juga mempunyai peranan mereka tersendiri. Namun bagi agama Islam golongan ini

tidak Image result for zakatberada di landasan sebenarnya dan perlu didekati, didampingi dan diajak berunding serta berkawan sambil berdakwah dan bukan mengenepikan golongan ini daripada masyarakat. Oleh itu melalui Majlis Agama Islam Negeri-Negeri dan JAKIM sesuatu wajib dilakukan bagi membasmi permasalahan ini daripada terus merebak sehingga menjadi parah dan barah dalam masyarakat Malaysia umumnya dan Islam khususnya.
Image result for LGBTOleh itu, melalui alat Kewangan Sosial Islam (Islamic Social Finance) iaitu ZAKAT, maka golongan LGBT ini mampu didekati dan diberi peluang untuk mereka kembali kepada fitrah sebagai manusia yang normal. Persoalannya adakah wang ZAKAT boleh diberikan kepada LGBT? Atau adakah wang ZAKAT boleh diberikan untuk pembangunan Insani melalui pelbagai program yang dirancang oleh sesebuah organisasi? JAWAPANYA ialah wang ZAKAT tidak boleh diberikan kepada golongan LGBT tetapi wang ZAKAT boleh diberikan untuk pembangunan Insani melalui pelbagai program yang dirancang oleh sesebuah organisasi.Macam sama je? Nampak macam sama tetapi ia sangat berbeza. Sekiranya wang ZAKAT diberikan kepada golongan LGBT maka ia akan mengundang pelbagai kesulitan lain yang memungkinkan objektif untuk memulihkan golongan ini menjadi sia-sia tetapi jika wang ZAKAT diberikan kepada NGO atau sesebuah organisasi yang menganjurkan program pembangunan insani untuk membantu golongan LGBT menjadi manusia normal maka ia diharuskan di dalam Islam. Majlis Fatwa Negeri Kedah dan majlis Fatwa Negeri Selangor telah mengHARUSKAN wang zakat digunakan untuk pembangunan insani golongan LGBT.

Image result for riqabKenapa LGBT termasuk golongan RIQAB? LGBT termasuk di dalam golongan Riqab kerana Riqab  ialah seseorang yang terbelenggu di bawah suatu kuasa atau keadaan yang menjadi hambatan kepada dirinya bagi menjalani kehidupan yang lebih baik (LZS), Riqab ialah orang-orang Islam tercengkam dengan perhambaan dan penaklukan samada dari segi cengkaman fizikal atau mental seperti cengkaman kejahilan dan terbelenggu di bawah kawalan orang-orang tertentu (PPZ), Riqab ialah seseorang yang terbelenggu dan tiada kebebasan diri dan termasuk juga untuk melepaskan muslim yang ditawan oleh orang-orang kafir. Kesimpulanya ketiga-tiga negeri ini menggunakan istilah DIBELENGGU untuk meninterpretasikan golongan Riqab.
Namun Riqab pada zaman awal Islam dahulu merujuk kepada tawanan perang sahaja (dibelenggu) dan ia tidak mempunyai impak kepada kesihatan masyarakat, kemakmuran masyarakat, keharmonian masyarakat dan akhlak masyarakat. Namun Riqab LGBT ini mempunyai impak negatif yang jauh lebih buruk berbanding Riqab tawanan perang. Cuba bayangkan golongan LGBT ini yang mengidap HIV akibat perbuatan negatif mereka? Kesimpulannya  pengagihan wang zakat untuk pembangunan insani golongan LGBT adalah merupakan pendekatan yang selaras dengan MAQASID SYARIAH di MALAYSIA. Wassalam. Wakaf Jiwa

Monday, 8 July 2019

Kadar Zakat Fitrah 2019; RM7, RM14 atau RM21



 Assalamualaikum. Buat pertama kalinya di Malaysia kadar zakat fitrah di Malaysia mengalami sedikit pembaharuan. Sebelum ini kadar zakat fitrah setahun adalah tetap pada satu kadar sahaja. Namun pada tahun 2019 kadar ini berubah mengikut jenis beras yang di makan oleh seseorang individu. Sebelum saya mengupas tentang perubahan kadar ini, lebih baik kita memahami dahulu apakah yang dimaksudkan zakat fitrah.


Related image
Zakat fitrah juga dikenali sebagai zakat badan atau zakat kepala. Perkataan fitrah itu sendiri berasal dari bahasa Arab iaitu ‘fitri’ yang membawa maksud berbuka. Zakat fitrah sering dikaitkan dengan puasa Ramadhan bagi masyarakat Islam di mana sejarah telah membuktikan kepada dunia bahawa bagaimana kehebatan yang ditonjolkan oleh tentera Islam di bulan ramadhan melalui perang Badar ini apabila bilangan mereka hanya 313 orang tetapi tentera kafir terdiri daripada 1000 orang yang diketuai oleh kafilah Abu Sufyan. Namun keberkatan dan kesucian bulan ramadhan telah memberi ransangan kemenangan kepada mereka.

Pada mulanya kadar zakat fitrah itu dikira mengikut timbangan ataupun sukatan buah kurma atau anggur. Namun di Malaysia sukatan zakat fitrah ini adalah berasaskan beras iaitu segantang beras di mana segantang beras bersamaan 2.7kg sahaja. Selain itu jumhur ulama telah memberi keutamaan supaya nilai atau kadar zakat fitrah ini juga boleh dibayar dengan jumlah wang tunai sebagai ganti kepada tamar atau anggur ataupun beras tetapi jumlah wang yang dibayar zakat itu mestilah sama nilai dengan segantang tamar atau segantang tepung atau segantang beras. Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan
JENIS BAYARAN
NILAI
Segantang beras
2.7 kilogram
Wang Tunai
Mestilah sama dengan nilai semasa segantang beras
Namun kadar zakat fitrah bagi tahun 2019 mengalami sedikit pembaharuan bagi beberapa negeri antaranya Perak, Kedah dan Selangor. Ini dapat dilihat seperti gambarajah yang diberikan. Bagi penulis, kaedah pengiraan zakat seperti ini lebih tepat . Walaupun begitu beberapa perkara harus diambil kira dan dimurnikan seperti:
1. Seorang petani yang sakit dan terpaksa makan beras yang berharga 5kg RM50 untuk menjaga kesihatannya. Adakah beliau perlu membayar zakat fitrah RM21?
2. Seseorang individu yang makan pelbagai jenis beras dalam tempoh setahun di mana kadar penggunaan beras ini adalah sama sama ada yang biasa atau yang mahal. Bagaimana pengiraan kadar zakat fitrah tersebut.
Walaupun begitu pengenalan kaedah zakat fitrah yang berbeza kadar harganya dilihat oleh penulis sangat menarik kerana ia menggambarkan nilai Islam sebenar yang bersifat adil, universal, sesuai sepanjang zaman dan memenuhi maqasid syariah. wassalam

Thursday, 1 March 2018

Pengurusan Harta Islam ( Islamic Wealth Management FOR iSLAMIC MAN )

Manusia yang bergelar Islamic Man amat berbeza dengan manusia yang bergelar Economic Man. Mereka yang mengejar keduniaan dengan mengenepikan prinsip-prinsip Syariah dalam amalan gaya hidup mereka dan meletakkan dunia sebagai matlamat utama berbanding akhirat, maka golongan ini layak digelar Economic Man. Namun bagi seseorang Muslim yang mengaku sebagai Islamic Man, yang bukan sahaja berpegang kepada RuKun Iman dan Rukun Islam semata-mata tetapi gaya kehidupan di dunia juga senantiasa mengikut acuan Islam. Berikut merupakan gaya hidup seseorang yang bergelar Islamic Man:


Thursday, 14 September 2017

KADAR GST 6% DI TURUNKAN KEPADA 2- 4%?

.
Assalamualaikum. Artikel di atas telah dinukilkan olehku untuk tatapan semua. Moga ia memberi manfaat untuk semua. Yang mustahak ialah maksud surat daripada artikel itu harus difahami secara makro dan yang penting lagi ialah maksdu tersirat daripada artikel ku itu perlu digali dan dikaji serta dipertimbangkan demi maslahah rakyat sejagat. Walaupun artikel ku itu ada yang sedikit telah dipotong, namun atas semangat WAKAF ILMU dan WAKAF JIWA ku nukilkan jua. Alhamdulillah. selamat membaca dan harap maaf.

Wednesday, 30 August 2017

PELABURAN WANG ZAKAT: BOLEH ATAU SEBALIKNYA

Sistem Kewangan Sosial Islam telah menyenaraikan zakat, wakaf, hibah, sedekah dan wasiat sebagai instrumen dalam pengagihan kekayaan dalam masyarakat. Kehidupan manusia yang semakin menghampiri REVOLUSI PERINDUSTRIAN 4.0  menyaksikan semakin banyak sistem kehidupan manusia berpaksikan kepada kecanggihan tenkologi. Sekiranya Revolusi ini tidak dikawal atau diacu dengan acuan Syariah maka dibimbangi ia boleh mencacatkan struktur kehidupan manusia yang mungkin membawa kepada jurang hidup antara golongan kaya dan miskin semakin jauh. Jesteru itu, sesuatu ijtihad baharu yang perlu kepada penambahbaikan instrumen penyusunan masyarakat agar lebih adil dan sejahtera perlu diterokai.

Dewasa ini kita sering mendengar tentang wakaf bermula dengan wakaf harta sehinggalah kepada wakaf tunai dan wakaf korporat. Wakaf ditonjolkan sebagai alat utama dalam mewujudkan masyarakat yang adil dan sejahtera. Pelbagai geran dan peruntukan diberikan dalam bidang ini agar wakaf ini diterokai dan sesuatu benda baharu tentang wakaf dapat diterjemahkan dalam bentuk mewujudkan masyarakat yang hidup aman dan sejahtera. Sesungguhnya usaha ini perlu disokong walaupun wakaf itu sebenarnya bukan bersifat wajib di dalam Islam berbanding zakat.

Jesteru itu, zakat yang telah diberi penekanan tentang peri pentingnya dalam Syariah Islam khususnya dalam ekonomi Islam sebagai alat utama penyusunan masyarakat agar melahirkan masyarakat Madani perlu diberi perhatian oleh pihak berkaitan. Pernahkan kita terfikir golongan miskin kini bukan sahaja wujud dikampung-kampung tetapi juga dikawasan pekan, bandar dan kota metropolitan. Pernahkah kita terfikir bahawa wang zakat yang diberikan kepada asnaf itu akan habis dibelanjakan oleh mereka dan mengharapkan bantuan zakat lagi di masa hadapan. Pernahkan kita terfikir zakat ini mampu diagihkan dengan jumlah yang jauh lebih besar daripada kutipan zakat sekiranya diuruskan dengan bijaksana. Pernahkah kita terfikir bahawa zakat ini boleh merentasi sempadan sekiranya didalam sesebuah masyarakat itu tidak ada lagi golongan asnaf2 lapan. Pernahkah kita terfikir bahawa zakat mampu membasmi sistem riba.Maksudnya di sini zakat perlu diberi nafas baharu mengikut perkembangan semasa tetapi masih tertakluk kepada sumber-sumber primary dalam Islam. Bagi mengatasi dan menjawab persoalan PERNAHKAH itu, maka satu usaha jitu perlu dilakukan bagi mencari kaedah bagi membolehkan WANG ZAKAT DILABURKAN demi maslahah umat Islam yang semakin mencabar atas dasar Istihsan.

Walaupun pandangan ulama ada yang tidak bersetuju wang zakat ini dilaburkan, ada juga pandangan ulama yang mengharuskan agar wang zakat ini dilaburkan. Pada pandangan sidang pembaca, wajarkah wang zakat ini dilaburkan? di mana keuntungan wang yang dilaburkan ini akan diberikan kepada asnaf2 dan bukan kepada institusi zakat itu sendiri kerana tugas institusi zakat hanya sebagai pemegang amanah sahaja. wassalam.