Monday 8 July 2019

Kadar Zakat Fitrah 2019; RM7, RM14 atau RM21



 Assalamualaikum. Buat pertama kalinya di Malaysia kadar zakat fitrah di Malaysia mengalami sedikit pembaharuan. Sebelum ini kadar zakat fitrah setahun adalah tetap pada satu kadar sahaja. Namun pada tahun 2019 kadar ini berubah mengikut jenis beras yang di makan oleh seseorang individu. Sebelum saya mengupas tentang perubahan kadar ini, lebih baik kita memahami dahulu apakah yang dimaksudkan zakat fitrah.


Related image
Zakat fitrah juga dikenali sebagai zakat badan atau zakat kepala. Perkataan fitrah itu sendiri berasal dari bahasa Arab iaitu ‘fitri’ yang membawa maksud berbuka. Zakat fitrah sering dikaitkan dengan puasa Ramadhan bagi masyarakat Islam di mana sejarah telah membuktikan kepada dunia bahawa bagaimana kehebatan yang ditonjolkan oleh tentera Islam di bulan ramadhan melalui perang Badar ini apabila bilangan mereka hanya 313 orang tetapi tentera kafir terdiri daripada 1000 orang yang diketuai oleh kafilah Abu Sufyan. Namun keberkatan dan kesucian bulan ramadhan telah memberi ransangan kemenangan kepada mereka.

Pada mulanya kadar zakat fitrah itu dikira mengikut timbangan ataupun sukatan buah kurma atau anggur. Namun di Malaysia sukatan zakat fitrah ini adalah berasaskan beras iaitu segantang beras di mana segantang beras bersamaan 2.7kg sahaja. Selain itu jumhur ulama telah memberi keutamaan supaya nilai atau kadar zakat fitrah ini juga boleh dibayar dengan jumlah wang tunai sebagai ganti kepada tamar atau anggur ataupun beras tetapi jumlah wang yang dibayar zakat itu mestilah sama nilai dengan segantang tamar atau segantang tepung atau segantang beras. Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan
JENIS BAYARAN
NILAI
Segantang beras
2.7 kilogram
Wang Tunai
Mestilah sama dengan nilai semasa segantang beras
Namun kadar zakat fitrah bagi tahun 2019 mengalami sedikit pembaharuan bagi beberapa negeri antaranya Perak, Kedah dan Selangor. Ini dapat dilihat seperti gambarajah yang diberikan. Bagi penulis, kaedah pengiraan zakat seperti ini lebih tepat . Walaupun begitu beberapa perkara harus diambil kira dan dimurnikan seperti:
1. Seorang petani yang sakit dan terpaksa makan beras yang berharga 5kg RM50 untuk menjaga kesihatannya. Adakah beliau perlu membayar zakat fitrah RM21?
2. Seseorang individu yang makan pelbagai jenis beras dalam tempoh setahun di mana kadar penggunaan beras ini adalah sama sama ada yang biasa atau yang mahal. Bagaimana pengiraan kadar zakat fitrah tersebut.
Walaupun begitu pengenalan kaedah zakat fitrah yang berbeza kadar harganya dilihat oleh penulis sangat menarik kerana ia menggambarkan nilai Islam sebenar yang bersifat adil, universal, sesuai sepanjang zaman dan memenuhi maqasid syariah. wassalam

No comments:

Post a Comment