Monday 16 March 2020

ISLAMIC THEOLOGY and Al-FALAH 2020


Sebagai seorang Muslim yang berpegang kepada LIMA RUKUN ISLAM dan beriman dengan ENAM RUKUN IMAN bagi membuktikan ketaqwaan kepada YANG MAKA AGONG maka kehidupan di dunia ini dianggap sebagai tempat untuk bercucuk tanam demi menuai hasil di negeri abadi nanti iaitu HARI AKHIRAT. Jesteru itu apa yang terpenting dalam kehidupan manusia Islam adalam mencapai AL-FALAH (KEJAYAAAN & KEBERUNTUNGAN).
AL-FALAH boleh disimpulkan sebagai berikut:

AL-FALAH = BAHAGIAN DUNIA + BAHAGIA AKHIRAT

BAHAGIA DUNIA + BAHAGIA AKHIRAT= IMAN DAN TAQWA

MAKA;

AL-FALAH=IMAN DAN TAQWA

Untuk mencapai al-Falah ini terdapat 10 ciri berasaskan ayat-ayat Al-Quran yang perlu dihayati dan amalkan antaranya:
i-kekhusyukkan dalam melakukan sesuatu (berkualiti kerana Allah dan bukan untuk perhatian manusia semata-mata
ii. menunaikan zakat
iii. mengerjakan solat
iv. menjaga dan memelihara nafsu seks
v. jujur dengan amanah yang diberikan

Mutakhir ini dunia dikejutkan dengan sejenis penyakit COVID19 yang pada asalnya bermula dari negara China yang kini telah menular ke bebrapa buah negara lain termasuk negara Malaysia. Impaknya telah memberi kesan kepada ekonomi dan sosial massyarakat Malaysia. Peningkatan kes COVID19 yang meningkat sedikit demi sedikit walaupun pelbagai usaha gigih diusahakan oleh pihak KKM telah menimbulkan kerisauan masyarakat. Untuk mengharapkan pihak KKM sahaja untuk membenteras penyakit ini adalah tidak memadai. Masyarakat sekeliling wajib membantu pihak KKM secara kolektif membenteras penyakit ini. Namun terdapat segelintir masyarakat yang cuba mengambil peluang untuk TRAVEL ke luar negara rentetan penurunan harga oleh pihak syarikat penerbangan kesan COVID19. Sebelum ini juga terdapat farmasi yang cuba menjual topeng muka yang melebihi harga pasaran kepada orang ramai untuk mengaut keuntungan dalam situasi tidak sekarang.

Hari ini juga pasaraya dibeberapa tempat dikunjungi oleh orang ramai berbanding hari biasa seolah-olah berlaku situasi “Pembelian Panik”.  

 Jika kita kaitkan situasi COVID19 dan Islamic Theology, apakah pandangan kamu?


8 comments:

  1. Pada pandangan saya, Isu semasa yang berlaku 2020 iaitu Covid-19 yang mana berasal dari negara China dan kemudiannya merebak di negara-negara lain khususnya Malaysia Tanah Air ku sendiri. Dan kemudiannya kita dapat lihat, ekonomi semakin jatuh malah krisis kesihatan yang semakin meningkat itu boleh mengheret dunia ke dalam kemelesetan.
    Berikutan dengan itu, Rakyat Malaysia kini lebih mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan dan kesihatan mereka dengan pembelian panik alat-alat perlindungan seperti hand sanitizer,mask,tissue sanitizer dan segala sabun dettol,namun ada pihak peniaga yang mengambil kesempatan dengan menaikkan harga jualan 2x ganda berbanding harga sebenar demi meningkatkan keutungan tanpa menghiraukan sama ada rakyat yang tidak cukup wang untuk membeli dan sebagaikannya.Tidak sama berlaku di Singapura,farmasi-farmasi menjual sanitizer tool dengan harga yang rendah demi menjaga kebajikan bersama da nada juga Negara luar yang mengedarkan alat sanitizer secara percuma .Oleh itu, KPDNHEP(Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) harus menggerakkan segala langkah dalam memantau pasaran supaya tidak berlaku peniaga-peniaga yang melanggar undang-undang sedia ada dan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011. Dalam skop Islam, keselamatan dan penjagaan kesihatan rakyat adalah lebih penting daripada mengaut keuntungan tanpa berikemanusiaan.Tidak dinafikan , pada awal kes Corona Virus terjadi,Kerajaan telah menyekat warga asing khususnya negara Wuhan untuk memasuki Malaysia,namun ada institusi "Airline" yang sengaja meletakkan harga flight dengan harga yang rendah seperti melancong ke korea dan china demi menjaga keuntungan syarikat tanpa memikirkan impak yang terjadi dikalangan rakyat.

    Disini untuk mengulaskan lebih lanjut Theology Islam, UNTUNG YANG BERLIPAT GANDA?ADAKAH RIBA’?
    Pada asalnya,dalam Islam tidak ada pengkhususan membabitkan kesalahan dalam melakukan keuntungan perniagaan, namun jika ia melibatkan penipuan ,menganaiya orang lain,harga yang terlalu tinggi bagi barang keperluan seperti berlaku di Covid-19 ( rakyat memerlukan mask dan sebagainya) ia melibatkan hak khiyar ( pilihan bagi pembeli membatalkan akad) . Kesimpulannya, mengambil untung berlipat ganda dalam perniagaan adalah bukanlah sejenis riba’ dan diharuskan selagi tidak berlaMUFTku KEZALIMAN DAN PENINDASAN .Ini kerana, keuntungan bersifat relitif dan tidak boleh dibandingkan secara mutlak dengan harga pasaran sebelum ditolak dengan hasil jualan itu dengan perbelanjaan perlu ditanggung peniaga sebelum mendapatkan keuntungan. (UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT LEBIH BOLEH RUJUK LAMAN WEB MUFTI WP ATAU KITAB FIQH AL-MANHAJI)

    Seterusnya,mengenai rakyat yang degil yang mana tidak mengikuti perintah kerajaan dengan melancung bercuti kesana sini terutamanya di Negara orang, dan melakukan perhimpunan Ijtimak Islam,Tabligh dan sebagainya adalah berdasarkan diri sendiri.Kerana dalam Islam, bala Allah bukan untuk diri rakyat itu seorang, akan tetapi satu negeri. Seperti Covid-19, yang mana hanya seorang positif covid -19,boleh mengefeksikan beribu manusia yang disekelilingnya.Allah sudah memberi pengajaran buat hambanya namun buat hamba yang masih tidak menyedari, bertaubatlah kepada Allah. Isu Masjid ditutup tidak kurang disebut oleh masyarakat Muslim khususnya, yang tidak masuk akal apabila rakyat yang tidak berpengatahuan membantah dan berhujah tanpa ilmu malah hanya menggunakan akal dan nafsu semata.Bagi saya, perlunya Masjid ditutup semntara bagi mengelakkan Jemaah berkumpul dan berlaku bermacam yang tidak diduga . Masjid ditutup bukan bersahaja sahaja, seperti berlaku di Masjid daerah Selangor yang mana masjid ditutup adalah bertujuan melakukan aktiviti pembersihan selepas kes covid-19 berlaku disana.

    Nurhanna Zubairi ( No. Matrik : 1162736 )
    FB : Hanna Niky


    ReplyDelete
  2. Terlalu banyak perbahasan dan pendapat saya,saya akhiri kesimpulannya disini, 6 tanda kiamat ,
    1. IBU MELAHIRKAN ANAK YANG DERHAKA
    2. ALLAH MENCABUT ILMU DENGAN MENINGGALKAN ULAMA’
    3. MUNCUL ORANG YANG JAHIL KEMUDIAN DIANGGGAP BERILMU,PANDAI BERBICARA,MEMAKAI PAKAIAN ULAMA’ TETAPI SESAT LAGI MENYESATKAN( SEPERTI YANG BERLAKU SEKARANG ,YANG MANA ORANG JAHIL LEBIH MARAH MEMBAHASKAN TENTANG ISU MASJID DITUTUP SEMENTRA)
    4. BANYAK TERJADI GEMPA BUMI,T-SUNAMI DI NEGARA ,DAN KEJADIAN TERSEBUT MEMBUAT MANUSIA TERTEKAN DAN TIDAK BERAMAL, (SEPERTI KES COVID-19,MANUSIA MENJADI PANIK MEMBELI BARANG-BARANG KEPERLUAN DEMI KESELAMATAN TANPA MENYEDARI YANG MENJADIKAN PENYAKIT DAN MENGHAPUSKAN PENYAKIT ADALAH ALLAH)
    5. MASA SALING MENDEKATI SEPERTI BARU SAHAJA SOLAT JUMAAT DAN ESOK SUDAH SOLAT JUMAAT LAGI.
    6. FITNAH/BUNUH BERLELUASA

    Sekian dari saya,jika pendangan dan pendapat saya lari dari isu yang ingin di”comment” maafkan saya .

    FB: Hanna Niky
    Nurhanna Zubairi (1162736)

    ReplyDelete
  3. Pada waktu ini, masyarakat dunia keseluruhannya sedang mengharungi suatu keadaan yang paling getir, apabila munculnya penularan wabak Novel Coronavirus (Covid-19), termasuklah Malaysia khususnya. Wabak virus berjangkit yang berasal dari China ini telah menular dengan begitu pantas sekali bagai cendawan tumbuh selepas hujan.

    Situasi ini telah mengundang masalah yang besar kepada masyarakat global, termasuklah kuasa besar dunia, iaitu China sendiri. Kita diperlihatkan sebelum ini kehebatan negara China, terutamanya dari sudut ekonomi dan perniagaan. Rata-ratanya, hampir kesemua negara di pelusuk dunia mempunyai traksaksi perniagaan dengan China. Mereka menakluki pasaran global dan merupakan saingan kuat kepada negara-negara membangun seperti Amerika Syarikat, Russia, Britain dan lain-lain. Namun, mereka tidaklah sempurna. Ekonomi mereka telah jatuh merudum apabila Wuhan dan beberapa bandar di China telah mengisytiharkan perintah berkurung atau ‘lockdown’.

    Sebelum ini kita hidup dalam kesenangan. Kita mempunyai keluarga, duit, harta, pekerjaan, pangkat, kemewahan dan hampir segalanya. Namun, di saat Allah titipkan musibah, iman dan ketakwaan kita diuji. Kita hilang sumber pendapatan, hilang orang yang tersayang, hilang nikmat kesihatan dan sebagainya.

    Pelbagai nikmat yang Allah berikan sebelum ini seakan-akan ditarik balik. Contohnya:

    1) Nikmat untuk bersiar-siar dan melancong bersama keluarga
    2) Nikmat untuk bertemu keluarga dan sanak-saudara di kampung
    3) Nikmat untuk menghadiri majlis keramaian
    4) Nikmat tidak dapat merasai harga petrol paling rendah pada masa kini
    5) Nikmat kesihatan yang baik (apabila terkenanya jangkitan virus)
    6) Nikmat untuk pergi ke masjid dan menunaikan solat Jumaat
    7) Nikmat untuk pergi ke belajar di sekolah
    8) Nikmat kebebasan menggunakan kemudahan bank dan fasiliti awam dan lain-lain lagi.

    Seseorang yang mempunyai iman dan taqwa, pastinya akan lebih berfikir secara berhikmah dan redha dengan ketentuan Allah. Nikmat-nikmat ini Allah tarik buat sementara untuk menguji keimanan kita. Tatkala manusia leka dengan urusan dunia, Allah menguji kita dengan sedikit musibah. Dan disebalik musibah itu, tersembunyinya nikmat dan rahmat yang besar. Hanya yang celik hati dan akal sahaja yang dapat menilainya.


    sambungan....

    Maryam Husna Binti Ahmad Firdaus
    No. Matriks: 3190032

    ReplyDelete
  4. sambungan....


    Musibah yang melanda ini menunjukkan kekuasaan Allah yang Maha Esa. Kita hanya sebagai hamba Allah yang rendah martabatnya. Apabila berlakunya ujian wabak Covid-19 ini, kita perlu lebih mendekatkan diri kepada Allah. Misalnya, dengan memperbanyakkan membaca Al-Quran, tidak meninggalkan solat wajib, melakukan lebih banyak solat sunat, meluangkan masa bersama keluarga di rumah dengan bertazkirah, membaca buku, mengemas rumah dan melakukan pelbagai perkara lain yang berfaedah. Ketika ini juga, Allah telah membuka ruang untuk meningkatkan pahala kepada golongan yang kaya untuk berkongsi rezeki dan bersedekah kepada golongan yang memerlukan.

    Ini adalah antara hikmah-hikmah yang Allah berikan kepada manusia, terutamanya yang selalu mengejar keduniaan dan alpa terhadap tanggungjawab kepada keluarga. Bagi peserta-peserta tabligh ijtimak tabligh di Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur baru-baru ini, keimanan mereka turut diuji. Hanya mereka yang mementingkan diri sendiri sahaja yang tidak akan melakukan ujian saringan Covid-19 dengan alasan lebih takutkan Allah daripada wabak ini. Walhal, jika wabak ini menular disebabkan dirinya yang telah memudaratkan orang lain, ini adalah suatu dosa yang besar. Antara hikmah lain yang Allah ingin tunjukkan juga ialah kepentingan berwuduk untuk bersolat 5 waktu. Amalan berwuduk sekurang-kurang lima kali sehari itu mempamerkan kebersihan dalam Islam. Ini dapat dikaitkan dengan kekerapan membasuh tangan dan anggota badan untuk membasmi kuman merebak. Ini juga adalah satu ruang dakwah kepada kita kepada rakan-rakan kita yang belum menerima hidayah.

    Oleh itu, perbanyakkan memuji Allah di samping terus berusaha untuk mengelakkan penularan wabak ini. Ujian yang Allah kurniakan ini adalah yang terbaik buat kita dan pastinya akan lebih menguatkan diri kita. Hanya Allah sahaja yang mengetahui sebabnya.

    Kerana itu, tiada tempat lain lagi yang kita perlu mengadu melainkan Allah. Dengan itu, kita akan dapat mengecapi Al-Falah dunia dan akhirat.


    Terima Kasih.


    Maryam Husna Binti Ahmad Firdaus
    No. Matriks: 3190032

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,

    Dunia sedang mengalami “unprecedented situation” dimana keadaan ini belum pernah berlaku dalam sejarah dunia. COVID-19 menular hampir ke seluruh dunia kerana globalisasi ataupun dasar pintu terbuka diantara negara. Pergerakan manusia menjadi laju dan cepat yang membawa kepada penularan wabak yang pantas. Isu ekonomi bukan sahaja dialami oleh Malaysia bahkan seluruh dunia terkesan kerana hampir semua negara menutup pintu sempadan dan import eksport terhenti. Ini menekan pemimpin Malaysia khasnya dan dunia amnya mengisytiharkan perang kepada COVID-19. Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah menyifatkan bahawa kita sedang berperang dengan musuh yang tidak nampak dan sukar untuk dikawal tambah lagi penawar berupa vaksin tidak lagi ditemui saintis dunia. Dunia perubatan hanya menggunakan ubat yang sedia ada untuk melawan virus ini.

    Tindakan menutup pintu sempadan negara memberi kesan kepada ‘supply’ yang kurang tetapi ‘demand’ yang mendadak naik terutamanya yang berkaitan dengan keperluan kesihatan. Untung sahaja, rakyat Malaysia begitu bermurah hati membantu barisan hadapan negara dengan membekalkan dan menyediakan beberapa keperluan. Sikap saling membantu ini sangat diperlukan di saat getir ini. Namun isu ini tidak selesai kerana masih ada sebahagian farmasi telah menaikkan harga penutup muka dan pencuci pembasmi kuman dengan harga yang tidak masuk akal. Bagi saya, tindakan ini sangatlah tidak wajar dilakukan kerana telah membebankan rakyat yang sedang mengalami fasa defisit kewangan. Trend kenaikan mendadak harga barang bukan hanya terjadi kepada barang keperluan kesihatan bahkan kenaikan harga ini juga melibatkan harga barangan harian. Hal ini mungkin terjadi kerana ada segelintir rakyat yang melakukan pembelian panik sebelum PKP dikuatkuasa. Kerajaan melarang rakyat melakukan pembelian panik kerana ia akan melumpuhkan ekonomi serta merta.

    Adapun isu rakyat yang melancong kerana penawaran harga tiket yang murah sangat tidak wajar. Sebagai satu komuniti kita harus sedar bahawa kita mempunyai tanggungjawab sosial dalam isu ini. Kemaslahatan masyarakat perlu diutamakan berbanding dengan nafsu individu. Dalam Islam sendiri sangat menitikberatkan hal yang berkaitan nyawa sehinggakan menjaga nyawa menjadi turutan teratas dalam Mqasid Syariah. Ini bukanlah masa yang sesuai untuk ke luar negara. Seharusnya mereka sedar bahawa tindakan mereka ini menyulitkan kerajaan dalam usaha membendung wabak ini merebak.

    Sambungan...

    ReplyDelete
  8. Iman dan taqwa bukan sahaja berkaitan dengan hal-hal akhirat bahkan meliputi hal dunia juga. Dunia adalah tempat bercucuk tanam dan akhirat tempat tuaian hasil. Orang yang beriman dan bertaqwa seharusnya mentaati Allah, Rasul dan pemimpin sepertimana firman Allah yang bermaksud:

    Wahai orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah, taatlah kamu kepada Rasul serta (taatlah kepada) ulil amri (para pemimpin) dari kalangan kamu.
    Surah Al-Nisa’ (59)

    Isu tidak amanah dan jujur sehingga kenaikan harga mendadak dan melebihkan kepentingan diri seperti pembelian panik dan melancong keluar negara boleh diselesaikan jika mereka betul-betul beriman kepada Allah dengan mentaati arahan pemerintah. Kerajaan telah menggariskan beberapa peraturan dan memberi arahan dari semasa ke semasa untuk kemaslahatan rakyat. Bagi saya, kerajaan telah bertindak cemerlang dan pantas dalam menangani isu ini. Kempen kesedaran dilakukan secara konsisten untuk menyedarkan rakyat tentang betapa seriusnya situasi semasa. Kefahaman dan kepatuhan rakyat sangat diperlukan oleh kerajaan untuk membendung penularan wabak agar tidak menjadi lebih teruk.

    Dunia akan mengalami fasa ‘new normal’ dimana keadaan ekonomi dan sosial akan berubah hampir 100%. Kelestarian Alam, Kesihatan Awam, Sekuriti Makanan, Keadilan Sosial, dan Integrasi Ekonomi bakal menjadi keutamaan negara. Dari segi sosial pula, kita tidak dibenarkan untuk berkumpul dan berziarah dalam situasi wabak bagi meminimumkan kontak. Bagi umat Islam, kita sangat terkesan dengan penutupan masjid dan penutupan kota Mekah menjelang Ramadan. COVID-19 merupakan ‘reset button’ kepada dunia. Seolah-olah semua kesibukan terhenti secara tiba-tiba dan serentak. PKP ynag telah dikuatkuasakan oleh kerajaan seharusnya menjadi titik muhasabah buat kita seluruh orang Islam. Bukannya melakukan seuatu yang melalaikan ketika berada dirumah dan seharusnya kita lebih mendekatkan diri kepada Allah ketika dalam musibah. Hidupkanlah sunnah di rumah masing-masing. Sebelum ini kita terlalu asyik dan alpa dengan dunia,mengejar sesuatu yang tidak pasti, sudah masanya kita berhenti sejenak memikirkan apa hikmah disebalik musibah yang menimpa. Jika kita tidak mampu menyumbang sebagai barisan hadapan, kita boleh membantu mereka dengan doa dan bertaubat dengan dosa-dosa kita. Moga dengan taubat kita Allah akan angkat wabak ini pergi. Jika kita beriman dengan Tauhid Uluhiyah dan Rububiyah, kita haruslah percaya bahawa Allah yang Maha Kuasa menjalankan wabak ini dimuka bumi dan Allah jugalah yang Maha Kuasa mengangkat wabak ini.

    Terima kasih.

    Nur Ain Syahida Aira binti Mohd Riduan
    3190028

    ReplyDelete