Pada suatu masa dahulu, durian dianggap buah tempatan yang paling "LEGEND" kerana bukan sahaja bentuknya yang cantik dan berduri tetapi isinya yang harum, manis, lemak dan berkrim. Durian dahulu ditanam di kawasan kampung dan tanah-tanah bukit untuk dijadikan dusun durian.
Kini perubahan masa dan zaman menyaksikan perubahan besar bukan sahaja berlaku kepada rakyat Malaysia tetapi juga buah durian. Buah durian kini telah mencipta Tsunami Harga apabila beberapa jenama baru buah durian telah muncul selain durian kampung. Durian berjenama kini bukan sahaja wujud di dusun atau kampung tetapi kini di kawasan bandar atau pinggir bandar kelihatan beberapa bidang tanah telah diusahakan tanaman durian ini kerana wujudnya permintaan dari negara luar khususnya negara China yang mempunyai pasaran berlipat kali ganda di Malaysia.
King bukan sahaja terletak kepada pangkat dan kedudukan bagi manusia tetapi juga buah durian di mana buah durian berjenama MUSANG KING telah menggemparkan Malaysia suatu ketika dahulu kerana harnya yang tidak masuk akal sehingga mencecah puluhan malahan ratusan ringgit bagi sebiji durian Musang King bertaraf A.
Warna hitam pula senonim dengan Tagline HITAM ITU MENAWAN dan kebanyakkan kereta mewah yang fully black kelihatan cantik dan bergaya. Begitu juga dengan buah durian apabila kini wujud pula buah durian DURI HITAM yang menjadi antara pencabar kepada Musang King. Harganya juga mencengkam jiwa dan poket pembelinya.
Udang yang paling sedap dan antara yg mahal adalah spesis Udang Galah. Begitu juga buah durian terdapat juga nama durian yang berjenama UDANG MERAH. Isi durian berwarna merah dan manis menjadikan durian ini kegilaan penggemar durian. Durian ini juga antara pencabar kepada durian Musang King.
Di Putrajaya terdapat sebuah pusat membeli belah yang sangat hebat dan mengujakan iaitu IOI. Ini kerana di situ terdapat pelbagai jenis barangan berjenama, makanan dan minuman serta restoran yang hebat dan juga pusat sukan yang menyeronokkan seperti bowling dan court badminton. Namun buah durian pun tidak terkecuali apabila jenama DURIAN IOI muncul dan menjadi pencabar terhebat kepada Musang King. Harganya juga bukan calang-calang. Rasanya juga sedap dan lemak berkrim.
Durian yang berjenama ini telah menenggelamkan asal usul durian iaitu durian kampung. Dengan harga yang begitu mahal menyebabkan segolongan tertentu sahaja yang mampu memiliki dan merasainya. Ada pula yang sanggup mengorbankan wang demi merasai kenikmatan rasa durian berjenama ini. Yang kurang pendapatan atau yang tidak mampu hanya mampu melihat dan like di FB sahaja.
Hari demi hari, bulan demi bulan dan tahun demi tahun menyaksikan tahun 2026 ini harga durian berjenama mula mengalami kejatuhan harga yang mendadak bagi pasaran tempatan. Ramai orang berpusu-pusu membeli disebabkan pemborong durian mula menawarkan harga yang rendah bagi bersaing dengan pemborong yang lain agar durian mereka habis dijual.
Lebihan penawaran mula menyaksikan kesan kejatuha harga durian yang berjenama. Bayangkan durian Musang King dan IOI kini dijual antara RM6 hingga RM10 per/kg. Begitu juga dengan durian-durian berjenama yang lain. Isu saiz buah bukan menjadi isu utama kerana isi buah besar dan buah kecil adalah sama jika dari jenama buah durian yang sama.
Persoalannya adalah siapa yang UNTUNG? jawapannya adalah pembeli dan penggemar mendapat untung kerana harga durian berjenama kini mampu milik dan mampu dibeli serta di rasa, manakala penjual durian pula juga untung kerana mampu menjual durian berjenama dengan cepat dan laris serta mengaut keuntungan dalam bentuk volum yang terjual adalah besar.

No comments:
Post a Comment