Permulaan tahun 2023 dengan sedikit komentar di Sinar Harian berkaitan ketirisan. Selamat membaca dan semoga ada manfaat walaupun sedikit.
EKONOMI KEWANGAN SOSIAL ISLAM
ISLAMIC SOCIAL FINANCE
Friday, 20 January 2023
Thursday, 29 December 2022
Saturday, 24 December 2022
ISU KENAIKAN HARGA AYAM & TELUR AYAM DAN KAITAN DENGAN EKONOMI ISLAM
Kenaikan harga ayam & telur ayam yang berlarutan sejak akhir-akhir ini telah menjadi isu perbualan bukan sahaja di kalangan masyarakat tetapi turut melibatkan pembuat polisi negara. Bagi telur ayam yang berada di pasaran sekarang dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu jenis biasa, jenis omega, dan jenis organik. Jika telur ayam jenis biasa dijual dalam bentuk tray yang merangkumi jenis A (mahal), B dan C. Ada juga telur ayam biasa yang dikeluarkan mengikut jenama tertentu dan dijual dalam unit yang sedikit. Telur ayam jenis omega pula agak mahal dan jual dalam unit yang kecil. Begitu juga dengan telur ayam jenis organik. Yang pasti ayam dan telur ayam merupakan dua jenis barangan yang berbeza.
Pernah pada suatu ketika ketika pengguna pergi ke kedai runcit dan pasar-pasar berkaitan di dapati bekalan telur telah kehabisan beracap kali. Ketiadaaan bekalan telur ayam ini pula tidak dapat ditampung oleh penjual dalam jangka masa biasa. Jika kehabisan bekalan telur ayam di kedai runcit dapat ditampung semula dalam tempoh beberapa hari tetapi tidak berlaku ketika ini. Ini telah menjejaskan kehidupan isi rumah yang berpendapatan rendah khususnya fakir miskin kerana mungkin bagi mereka telur ayam adalah barang daruriyyat (keperluan) dan ayam adalah makanan mewah. Mungkin telur ayam merupakan barang Hajiyyat bagi golongan M40 dan ayam adalah barangan kamaliyat. Sudah pasti kedua-dua barangan ini mempunyai nilai yang jauh berbeza pula dengan golongan T20.
Jadi beberapa persoalan mengenai faktor kekurangan penawaran ayam & telur ayam di pasaran menjadi tanda tanya kepada pengguna khususnya golongan yang berpendapatan rendah yang banyak menggunakan telur ayam ini. Faktor kekurangan penawaran telur ayam mungkin berlaku disebabkan;
a. ayam betina banyak mati kesan penyakit dan telur ayam tidak menjadi atau
b. wujudnya aktiviti sorok telur ayam bagi menaikan harga ayam di pasaran atau
c. banyak telur ayam tempatan telah dieksport disebabkan harga lebih tinggi atau
d. wujudnya kartel peniaga ayam yang sengaja mewujudkan suasana panik bagi meningkatkan harga ayam atau
e.pemakanan untuk ternakan ayam telur semakin mahal menyebabkan usahawan telur ayam berhenti ternak ayam dan
f. lain-lain
Jesteru itu, jika dilihat kepada beberapa faktor di atas, kerajaan seharusnya campur tangan dengan memperkenalkan solusi yg membolehkan bekalan ayam & telur ayam kembali seperti sedia kala. Cadangan pembuat polisi yang mencadangkan supaya pengguna Jangan Membeli Telur Ayam Jika Mahal Bagi Memberi Tekanan Kepada Penjual @ Jangan Makan Ayam bukan merupakan langkah yang baik dan mesra rakyat. Mungkin sudah tiba masanya Kementerian Pertanian khususnya mengorak langkah mewujudkan sebuah syarikat tempatan milik kerajaan menjadi pengeluar utama ayam & telur ayam di Malaysia supaya pasaran ayam dah telur ayam dapat dikawal. Selain itu ayam & telur ayam ini berkait rapat dengan makanan utama golongan B40 dan M40. Selain itu juga ini dapat memangkin kelestarian sektor pertanian negara.
Yang lebih menarik, adakah langkah kerajaan mengimport telur ayam suatu langkah yang baik? sedangkan negara sendiri berhadapan dengan jumlah hutang negara yang mencecah RM1Trilion. Adakah langkah ini bersifat sementara atau menjadi amalan untuk tahun akan datang.
Monday, 5 December 2022
Keadaan Ekonomi Negara Kini Berbeza
Selamat membaca dan semoga memperoleh manfaat walaupun sedikit
https://www.sinarharian.com.my/article/234552/berita/nasional/keadaan-ekonomi-kini-berbeza
https://www.sinarharian.com.my/article/234552/berita/nasional/keadaan-ekonomi-kini-berbeza
Friday, 2 December 2022
LIMA IMPLIKASI NEGATIF PROJEK TANPA TENDER
SELAMAT MEMBACA DAN MOGA MEMPEROLEHI MANFAAT WALAUPAUN SEDIKIT
Friday, 11 November 2022
LIMA SARANAN YANG BOLEH DIPERTIMBANGKAN UNTUK TURUNKAN HARGA BARANG
Selamat membaca dan semoga memberi manfaat walaupun sedikit.
Sunday, 6 November 2022
Subscribe to:
Posts (Atom)