Friday, 13 May 2022

OPR MENINGKAT DAN KESANNYA KEPADA PELANGGAN BANK



Minggu ini kita digemparkan dengan kenaikan OPR (Overnight Policy Rate) oleh Bank Negara Malaysia. Kenaikan KadaR Dasar Semalaman sebanyak 25 mata kepada 2.0% ( sebelum ini 1.75%).

Persoalannya kenapa berlaku kenaikan OPR ini? Sentimen kenaikan barangan yang berlaku di negara kita sejak akhir-akhir ini amat membimbangkan khususnya era Pandemic dan Endemik ini. Makanan dan minuman di kantin sekolah dan restoran naik, harga ayam naik, harga durian dijangka naik dan pelbagai lagi. Manakala nilai Ringgit Malaysia semakin seolah-olah semakin menurun (real value) berbanding nilai muka (nominal value). Contoh sebelum ini kalau kita mempunyai RM15, kita mampu makan di KFC dengan Snack Plate, namun disebabkan inflasi harga semakin meningkat kepada RM18 hanya golongan tertentu sahaja yang mampu makan. Begitu juga jika kita mempunyai simpanan RM200,000 sejak 5 tahun lalu kita mampu membeli sebuah apartment di Bandar Baru Bangi, namun pada tahun 2022 jumlah tersebut sudah tidak mampu membeli apartment tersebut kerana harga telah meningkat kepada RM300,000 walaupun bentuk, keluasan dan lokasi adalah sama.

Kita juga dapat melihat tahun 2022 menyaksikan nilai Ringgit Malaysia semakin lemah berbanding US Dolar dan pada bulan Mei 2022 1USD=RM4.38. Bermaksud sekiranya kita ingin mengimport barang yang menggunakan USD sebagai medium pertukaran bermakna kita perlu membayar dengan harga yang lebih tinggi berbanding sebelum ini walaupun jumlah barang yang diimport adalah sama. Walaupun begitu dari sudut pelabur luar, mereka akan lebih suka meneruskan urusan import ini kerana mereka akan memperoleh pendapatan yang lebih tinggi.

Persoalannya, apakah kesan kepada pelanggan bank?

a. pihak BANK akan menaikan kadar Base Rate (BR), Base Financing Rate (BFR) dan Base Lending Rate (BLR) kerana sifat bank itu sendiri yang objEktifnya adalah memaksimumkan keuntungan. Jadi kenaikan OPR ini akan menyebabkan mereka akan menaikkan kadar BR, BFR dan BLR kerana bank tidak mahu RUGI dalam apa jua keadaan. Melalui langkah menaikkan BR, BFR dan BLR maka risiko ini akan di PINDAHKAN kepada pelanggan. Impaknya akan dapat dilihat apabila:

i. bayaran bulanan pinjaman/pembiayaan kereta akan meningkat

ii. bayaran bulanan pinjaman/pembiayaan rumah akan meningkat

iii. bayaran bulanan pinjaman/pembiayaan peribadi akan meningkat

iv. bayaran bulanan pinjaman perniagaan akan meningkat

b. Produk-produk baharu yang akan dilancarkan oleh syarikat-syarikat akan dikenakan kadar bayaran bulanan yang tinggi seperti bayaran bulanan peralatan elektrik rumah, kedai emas, Seng Heng, dan pelbagai lagi

c. Harga kenderaan juga dijangka naik

Namun untuk makluman semua, kenaikan OPR ini masih lagi rendah jika dibandingkan pada peringkat awal pandemik COVID 19 dahulu iaitu 3% lebih. Kemudian OPR ini diturunkan bagi meransangkan ekonomi negara melalui peningkatan kuasa membeli di kalangan rakyat apabila masyarakat mempunyai kecairan wang yang banyak melalui lebihan pendapatan mereka.

Oleh itu dalam situasi sekarang, kita sebagai pelanggan bank perlu bijak menguruskan kewangan diri dan keluarga. Elak melakukan sebarang pinjaman dengan pihak bank dan berbelanja ikut kemampuan dan keperluan bukan dengan kehendak.

Kesimpulanya kenaikan OPR telah menyebabkan beban kewangan kepada pelanggan bank mula meningkat. Peningkatan ini jika pelanggan bank tidak menguruskan kwangan keluarga dengan baik boleh menyebabkan isu rumah hidup dalam keadaan tidak sejahtera.








Thursday, 9 December 2021

PATUHI SOP DEMI AGAMA DAN NEGARA AGAR KEBAHAGIAAN GENERASI MASA HADAPAN SEJAHTERA



Sesungguhnya terdapat beberapa ayat di dalam Al-Quran yang telah menyuruh kita agar patuh kepada Allah SWT, Rasul dan Pemerintah. Maka marilah kita sama-sama menjaga SOP kerana VARIAN COVID19 OMICRON sangat bahaya kerana kadar mutasinya sangat tinggi. Dengan patuh kepada SOP Malaysia Insya Allah akan mampu menghadapi lonjakan kes Covid 19. Selamat membaca.


 

ISLAMIC WEALTH PLANNING AND MANAGEMENT FOR 2022 ONWARDS

 


Islamic Estate Planning is broadly concerned with making arrangements to most effectively deal with your personal property and assets after you have passed away.



FIVE (5) of EIGHT (8) components of a financial plan and the process of creating a valid will according to Quran and Sunnah.


FIVE (5) types of financial instrument.


Do you think ALL MUSLIM in Malaysia needs family takaful coverage.

Wednesday, 14 July 2021

KEWAJARAN MENGAMBIL KEMUDAHAN MORATORIUM ATAU TIDAK SEMPENA PKP 3.0

 Moratorium sempena PKP 3.0 telah diumumkan oleh kerajaan dan berkuatkuasa 7 Julai 2021 semua golongan layak untuk memohon iaitu B40, M40 dan T20. Kemudahan moratorium ini merupakan tawaran yang dibuat oleh pihak bank kepada pelanggan masing-masing dan Moratorium antara bank berbeza termasuk perbankan Islam dan konvensional. PKP yang berlanjutan sehingga 3.0 menyebabkan wujud perlbagai golongan dan sektor yang terjejas pendapatan. Ada yang hilang 100% sumber pendapatan, ada yang 70% hilang pendapatan, ada yang 50% hilang pendapatan dan ada yang 30 hilang punca pendapatan dan pelbagai lagi. Jesteru itu kemudahan moratorium yang berkuatkuasa 7 Julai ini memberi nafas lega dan juga sedikit kelegaan kepada golongan yang terkesan dengan Pandemic COVID19. Persoalannya adakah moratarium yang ditawarkan oleh pihak bank kepada pelanggan memberi kelebihan kepada pelanggan atau sebaliknya. Apakah formula dan faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum memohon moratorium atau sebaliknya. Mohon pandangan dan ulasan untuk kefahaman bersama. 

 AMBANK-pembiayaan/pinjaman perumahan




Pembiayann/Pinjaman kenderaan




Tuesday, 13 July 2021

PEMBIAYAAN ISLAM: LEBIH BAIK MOHON MORATORIUM ATAU TIDAK PERLU

 Pengumuman oleh kerajaan tentang tawaran moratorium oleh institusi perbankan di Malaysia telah memberi berita gembira kepada para pelanggan bank. Tawaran moratorium ini bukan sahaja hanya terhad kepada bank konvensional tetapi juga perbankan Islam.Sebelum 7hb Julai 2021 penawaran moratorium dilihat amat membebankan pelanggan kerana moratorium 3 bulan akan menyebabkan kontrak pembiayaan akan dilanjutkan sehingga 12 bulan manakala moratorium 6 bulan menyebabkan kontrak asal pembiayaan bertambah kepada 24 bulan. Namun selepas 8hb Julai 2021 polisi ini tidak lagi terpakai di mana moratorium selama 6 bulan akan menyebabkan tempoh kontrak pinjaman dilanjutkan hanya 6 bulan sahaja. Walaupun begitu perlukan kita memohon moratorium daripada pihak bank? apakan penentu dan faktor yang membolehkan seserorang itu mengambil kemudahan moratorium? Mohon kongsi pandangan.